Bisnes

5 Strategi Tingkatkan Jualan Lepas Raya

5 strategi tingkatkan jualan lepas raya

Sebahagian besar bisnes akan mengalami kesan dengan cuti Hari Raya Aidilfitri. Mana-mana bisnes akan berdepan dengan kejatuhan jualan bermula sejak bulan Ramadan lagi. 5 strategi tingkatkan jualan lepas raya ini dikongsikan oleh Azli Ismail, Pengasas Ailin Skincare Sdn Bhd, Director of SisLin Beauty dan President of Margin Worx.

 

5 strategi tingkatkan jualan lepas raya
Ada orang boleh buat jualan sepanjang masa, hari raya bukanlah penghalang baginya.

 

1. Buat semakan database prospek. Semak semula Inbox dalam Facebook Page. Catat nombor telefon prospek. Dalam WhatApps, asingkan maklumat prospek dengan pelanggan. Bagi prospek, anda fokus untuk menjual pada mereka selepas Hari Raya Aidilfitri berakhir.

2. Buat Like Marketing berterusan. Semasa Hari Raya Aidilfitri, teruskan iklan untuk tambah Like dari prospek. Waktu ini ramai usahawan akan hentikan iklan, jadi anda teruskan iklan kerana persaingan sudah kurang.

Facebook Ads untuk Like Marketing akan jadi lebih rendah berbanding waktu selain Hari Raya Aidilfitri. Bila iklan anda sahaja yang bersiaran, prospek akan mudah tertarik kerana pesaing semua sibuk bercuti.

3. Beri kandungan untuk naikkan Engagement. Isikan penulisan yang berkaitan dengan produk dan hari raya di Facebook Page anda. Masukkan artikel yang berkaitan dengan produk dan hari raya yang boleh memberi kesan kepada prospek sehingga teringatkan produk anda. Anda boleh gunakan Schedule Post dengan menetapkan tarikh bila artikel tersebut akan diterbitkan.

 

Di antara contoh artikel yang boleh diterbitkan ialah :

  • Diet sihat di hari raya (produk langsing)
  • Komunikasi berkesan di hari raya (produk jana pendapatan, produk cari jodoh dan produk dapatkan zuriat)
  • Tips balik kampung (produk penjagaan kereta dan sistem keselamatan rumah)
  • Tips cantik musim raya (produk kecantikan atau solekan)
  • Tips bertudung musim raya (produk berkaitan tudung dan aksesori tudung)

 

Dengan mempraktikkan tips tips ini, Facebook Page anda akan kelihatan aktif walau pun di musim cuti. Lebih banyak komen, Share dan Likes yang anda dapat, lebih aktif Facebook Page anda.

4. Berhubung dengan prospek sedia ada. Jika anda sudah mempunyai prospek yang menepati tips dari langkah pertama, hubungi mereka dengan memberi ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri, bertanyakan khabar dan artikel yang anda sudah terbitkan seperti poin ketiga.

5. Promosi tanpa henti. Kembali sahaja dari kampung, anda harus kembali untuk mendapatkan pulangan kos iklan yang telah dileburkan semasa cuti raya. Gerakkan semula iklan anda untuk menjual. Jika ada 50,000 Likers anda boleh sasarkan pada Fans sahaja. Pastikan anda sudah lakukan poin pertama hingga empat.

Pada peringkat ini, anda sudah ada 2 kategori prospek iaitu dari bulan Ramadan dan bulan Syawal. Jika anda berjaya menjual kepada kedua-dua prospek ini, graf jualan anda yang turun pasti akan dapat ditingkatkan semula.

Perkara yang terpenting di saat ini ialah tawaran. Selepas cuti raya, sebahagian besar wang dibelanjakan untuk sambutan raya dan pulang ke kampung. Berikan tawaran yang sukar ditolak supaya prospek tiada alasan untuk mengatakan tidak. Masukkan elemen tempoh terhad, stok terhad dan Urgency. Nampakkan beza tawaran sebelum dan selepas raya.

Follow Up berkali-kali, masukkan Softsell dan Hardsell berganti-ganti. Ini masanya untuk mendapatkan semula modal yang sudah hangus untuk Facebook Ads. Selesai Follow Up guna WhatApps, buat panggilan telefon untuk bercakap terus dengan prospek. Mudah untuk anda terus buat jualan.

Menurut Azli Ismail lagi, beliau berhenti beriklan sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri menjelma. Hari tersebut juga Poslaju menghentikan penghantaran mereka. Content Marketing berjalan seperti yang diceritakan di atas. Masih ada pelanggan yang membuat bayaran sehari sebelum raya dan ada yang membayar pada hari raya pertama.

Jika anda nak buat duit sebelum dan selepas raya, boleh dapatkan senarai produk laku keras yang boleh di jual dari link di bawah :

–> produk laku keras sebelum dan selepas raya <–

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *