Kewangan

5 Tips Bebas Kewangan Untuk Diamalkan

5 tips bebas kewangan untuk diamalkan

Azizan Osman ada menulis 5 tips bebas kewangan untuk diamalkan. Menerusi emel yang dikirim, memang menjadi idaman ramai orang untuk hidup senang-lenang.  Ada wang untuk dibelanjakan, ada masa untuk membelanjakan dan ada tempat yang baik untuk dibelanjakan.

Sebagai orang Islam, kekayaan wang dapat membantu kita untuk lebih bersedekah, berwaqaf dan membantu masyarakat sekitar.  Kekayaan wang juga boleh memberikan kita kekayaan yang boleh digunakan untuk beribadat dengan lebih berkualiti.

Bayangkan, bila kita dengan senang sahaja boleh membantu orang lain dengan sedekah jariah tanpa perlu berfikir panjang. Nak menunaikan umrah dan haji pun, boleh terus sahaja pergi tanpa perlu tunggu lama untuk mencukupkan perbelanjaan. Orang selalu berkata, anda perlu ada 5 tips bebas kewangan untuk diamalkan.

 

5-tips-bebas-kewangan-untuk-diamalkan
Semua orang ada impian untuk bebas kewangan. Tapi berapa ramai yang berusaha untuk mencapai hasrat tersebut?

 

1. Lebihkan pendapatan kurangkan perbelanjaan. Tak kira sama ada anda peniaga atau pekerja, anda perlu pandai dalam menguruskan perbelanjaan. Tak kira sebesar mana pendapatan anda, anda perlu bijak untuk tahu apa dan bila mahu berbelanja. Anda mungkin pernah dengar kisah ramai selebriti barat yang pada suatu masa dulu merupakan hartawan tetapi dalam sekelip mata menjadi miskin kerana tidak bijak berbelanja.

 

–>> klik sini untuk belajar tambah pendapatan <<–

 

2. Cintai kerjaya anda. Satu cara lain untuk jana lebih pendapatan ialah dengan bekerja bersungguh-sungguh. Cintai kerja anda dan jadikan diri anda sanggup buat apa sahaja untuk memastikan kerja anda siap. Pastikan anda ada banyak ilmu tentang pekerjaan anda.  Dengan ini mudah untuk anda minta kenaikan gaji atau dinaikkan pangkat.

3. Buat belanjawan. Anda juga boleh buat belanjawan dan mengamalkan jimat cermat. Anda boleh rancang perbelanjaan harian dan bulanan anda. Kata orang tua-tua, ikat perut sikit. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Simpan sikit-sikit, lama-lama akan jadi banyak juga.

4. Kurang berhutang. Percaya atau tidak, bila anda berhutang tanpa anda sedar, jumlah yang anda patut bayar adalah lebih banyak dari jumlah hutang sebenar. Tapi ramai orang tak fikirkan perkara ini bila mereka mahu berhutang. Jadi, anda boleh kurangkan berhutang untuk dapat lebih kebebasan wang.

5. Buat pelaburan. Salah satu cara lagi yang dikatakan boleh membantu memberikan anda kebebasan kewangan ialah dengan pelaburan. Tapi, anda tak dapat lari dari berhadapan dengan risiko terutamanya jika anda tak ada sebarang ilmu. Trend terkini ialah bila ramai orang mula melabur dalam bidang hartanah, emas, saham dan banyak lagi, tapi yang mana satu jenis pelaburan yang lebih sesuai untuk anda dan memberi keuntungan serta pulangan yang bagus?

 

Betul ke 5 tips bebas kewangan untuk diamalkan boleh membantu anda? Mungkin, tapi jangka masa yang diambil mungkin lebih lama. Dan untuk membuat pelaburan tanpa ada ilmu adalah satu perbuatan yang sangat bahaya.

10 thoughts on “5 Tips Bebas Kewangan Untuk Diamalkan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.