Kesihatan

5 Tips Bersahur Untuk Si Bujang

5 tips bersahur untuk si bujang

Biasanya orang bujang bersahur sebelum tidur. Makan sewaktu lewat malam menjadi pilihan sebagai alternatif waktu sahur. Makanan segera seperti burger, mi segera dan nasi goreng menjadi tumpuan utama. Ianya mudah disediakan, ringkas dan mudah didapati. 5 tips bersahur untuk si bujang ini boleh membantu anda.

 

5-tips-bersahur-untuk-si-bujang
Makan buah di waktu sahur boleh membantu anda sihat di bulan puasa.

 

Ramai orang bujang sukar untuk bangun pagi, sekaligus sukar untuk bersahur diwaktu itu. Jadi mereka makan sebelum tidur sebagai gantinya. Sayangnya tenaga yang dibekalkan tidak cukup sebagai persediaan untuk puasa pada hari esok. Berikut ialah 5 tips berguna untuk dijadikan panduan bersahur bagi orang bujang :

1.Waktu terbaik untuk bersahur ialah 30 minit sebelum waktu imsak.Pastikan anda bangun awal pagi untuk bersahur.

2. Keletihan dan kehilangan tenaga semasa anda berpuasa dapat dikurangkan dengan bersahur semasa awal pagi.

3. Makanan yang ringkas contohnya sandwic, ban, roti, telur rebus, oats, buah-buahan atau pun bijirin sarapan pagi boleh dijadikan menu semasa bersahur.

4. Jika kesuntukan masa untuk menyediakan dan memasak makanan, masak mi segera dengan menambahkan sumber protein contohnya ikan bilis, telur dan sayur-sayuran seperti kubis atau sawi.

5. Ambil air minuman yang cukup untuk mengelakkan dehidrasi.

 

Kesimpulan

Walau pun anda seorang yang bujang, itu bukan alasan untuk makan sambil lewa dan mengabaikan menu sahur anda. Pastikan ada alternatif untuk menjaga kesihatan anda bermula dari zaman bujang. Diet pemakanan perlu dijaga sepanjang masa, bukan sekadar di bulan puasa.

 

15 thoughts on “5 Tips Bersahur Untuk Si Bujang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.