5 Tips Bila Diuji Dengan Kesusahan

Jan 07

5 tips bila diuji dengan kesusahan

5 langkah yang kalian boleh lakukan bersama-sama dengan pasangan apabila diuji dengan kesusahan ini diambil dari status Ikram Al-Banjari.

Sejak dua menjak ini banyak betul aku terima inbox luahan perasaan. Ada bermacam ceritalah, antaranya lembu dicuri orang, kebun tak beri hasil yang bagus, payment lambat, kena kelepet, kereta kena tarik, nak beli susu anak tak cukup duit dan sebagainya.

Kau kena tenang-tenang sahaja. Apabila sedang diuji, ini mungkin antara langkah yang boleh dilakukan bersama-sama dengan pasangan.

 

 

5 tips bila diuji dengan kesusahan

 

1. Kena redho. Suami isteri kena sama-sama redho dan berlapang dada. Dua-dua orang kena bersabar dan tak usah jadi sasau. Tuhan takkan menguji kita diluar kemampuan kita. Dan setiap ujian itu pasti ada hikmahnya. Bila kalian redho, hati akan jadi lebih tenang.

2. Dekatkan diri dengan Tuhan. Apabila sedang diuji, kepada siapa lagi kita mahu meminta. Waktu inilah kau laki bini akan lebih memupuk sifat kehambaan. Banyakkan beribadat, berdoa dan bertaubat. Minta sungguh-sungguh setiap malam. Menangislah sepuasnya. Tuhan uji kita sebab dia nak tengok sejauh mana kita ingat pada Dia.

3. Mohon maaf dengan semua orang. Kadang-kadang kita tak tahu apa silap dan salah kita dengan orang. Mungkin ada kesilapan kita yang membuatkan ibu bapa terguris hati, mungkin ada tindakan kita yang membuatkan sanak saudara berkecil hati. Kita tidak tahu. Buanglah ego tinggi kita dan bermaaf-maafan seadanya.

4. Jangan panik. Bila laki bini jadi panik, masalah tidak akan dapat diselesaikan. Tak usah cepat menuding jari. Bawa-bawa bertenang dan cari solusi. Senaraikan satu persatu usaha yang boleh dilakukan untuk mengatasi setiap masalah yang datang.

5. Usahakan sesuatu. Ini bahagian paling penting. Suami isteri kena saling menyokong dan berganding bahu mengusahakan sesuatu. Jika perlu mencuci pinggan di kedai makan untuk menyara keluarga, buat sajalah. Jika perlu buka meja dan berniaga nasi lemak setiap pagi, buat sajalah.

Pasti selepas ribut akan ada pelangi yang muncul. Jika langit tidak gelap, kita tidak akan dapat melihat bintang. Hidup kita ini memang akan sentiasa diuji, pagi petang siang malam. Bertabahlah ya.

 

6 comments

  1. Perbanyakkan sedekah dan wakaf. InsyaAllah, Allah SWT akan buka pintu rezeki dan permudahkan segala urusan kita di dunia dan insyaAllah di akhirat.

    Manusia akan sentiasa diuji. Jika kita sentiasa bersabar dan tabah menghadapi ujian, insyaAllah syurga balasannya.

  2. Saya pernah cuba mohon maaf dengan semua orang. Walaupun sakit dan pedih tetapi hadir rasa tenang selepasnya.
    Naziman Azlye recently posted…Panduan Kerja di SingapuraMy Profile

  3. insya Allah kelima langkah di atas akan menolong kita untuk menjauh dari kesuasahan
    jalan jalan recently posted…Resep Masakan – Sate Lilit Khas BaliMy Profile

  4. Apa pun yang berlaku hidup mesti diteruskan.

    Betul kan

    Kena sangka baik pada Allah
    Mazni Azmi recently posted…Pencuci muka Shaklee YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser!My Profile

  5. Memang bagus tips tuan Ikram kongsikan ni
    NORIZA ABDUL RAHMAN recently posted…Manfaat dan Kebaikan CoQ-Trol Plus Shaklee Yang TerbaruMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge