5 Tips Buat RM11 Ribu Dengan FB Ads

Dec 01

5 tips buat RM11,000 dengan FB Ads

Facebook Ads adalah platform untuk membuat iklan berbayar di Facebook. Berbeza dengan Google Adwords, FB Ads digunakan untuk mencari orang yang berminat dengan produk anda. Ada banyak kaedah untuk memastikan anda dapat buat untung dengannya termasuklah 5 tips buat RM11,000 dengan FB Ads yang dikongsikan oleh Zafifi Idris.

 

 5 tips buat rm11 ribu dengan fb ads

Dengan teknik yang betul, FB Ads boleh membantu anda membuat jualan dengan keuntungan yang maksimum.

 

1. Cari produk panas. Cari produk atau servis yang ada permintaan. Dalam apa juga keadaan, produk tersebut mudah dijual kerana pembeli sentiasa ada walau pun ekonomi tidak memberangsangkan. Jadilah ejen atau dropshipper kepada produk tersebut yang mempunyai banyak testimoni pengguna yang terbukti berkesan.

Cari produk atau servis yang mempunyai kelebihan supaya mudah untuk anda menjual. Selain itu, boleh lihat produk yang banyak terjual di Lazada atau Shopee. Lihat apa produk yang sedang laris pada masa sekarang. Jadilah ejen atau dropshipper kepada produk tersebut.

2. Margin untung yang selesa. Buat anggaran untung yang anda mahukan supaya anda boleh maksimakan untung untuk menjadi pusingan modal kepada FB Ads nanti. Kadar untung yang dicadangkan ialah RM30. Katakan anda menjadi ejen kepada suatu produk.

Harga jualan ialah RM80, harga ejen ialah RM50. Untung kasar anda ialah RM30. Jual produk ini sebagai dropshipper, kemudian boleh tingkatkan keuntungan bila anda dapat naik sebagai stokes nanti.

3. Buat iklan yang mengena pada sasaran. Promosikan produk yang anda jual kerana anda sudah nampak berapa keuntungan yang disasarkan. Iklan secara lambat biasanya guna profil Facebook. Iklan yang cepat guna FB Ads sebab ia hanya dipaparkan kepada mereka yang disasarkan sahaja.

Cara ini lebih efektif sebab mereka yang lihat iklan ini mungkin berminat untuk membeli produk yang anda jual. Kos anda juga jimat sebab iklan tidak disasarkan kepada semua orang.

Jika anda jual produk melebatkan rambut, anda boleh sasarkan lelaki yang berumur 35 hingga 45 tahun yang mengalami masalah rambut kurang lebat, sudah berkahwin dan tinggal di bandar-bandar besar seperti Shah Alam, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Selepas iklan dan sasaran anda sudah siap, terus lancarkan FB Ads.

4. Kira pulangan iklan. Return Of Investment (ROI) ini menjadi penentu potensi keuntungan anda selepas menggunakan FB Ads. Dari sini anda akan kira berapa kos iklan yang dikeluarkan untuk mendapatkan seorang prospek. Kos iklan ÷ bilangan prospek = kos seorang prospek.

Katakan anda belanjakan RM100 untuk FB Ads. Dari situ anda dapat 25 orang yang berminat nak beli. Mungkin mereka minta PM atau komen di pos FB Ads anda. Jadi kos untuk mendapatkan seorang prospek ialah RM100/25 = RM4. RM4 ini adalah kos yang anda laburkan bagi mendapatkan seorang prospek.

Conversion rate ialah formula yang digunakan untuk memastikan kos iklan yang anda gunakan memperolehi pulangan yang bagus. Ia juga digunakan untuk mengira kadar close-sale dari prospek yang anda miliki.

Jika anda dapat close-sale 10 orang dari 50 lead, jadi convertion rate ialah 20%. Jika anda close-sale 15 dari 50 lead, conversion rate ialah 30%. Kadar conversion rate yang biasa ialah 20% hingga 30%. Lebih tinggi conversion rate, lebih bagus pulangan iklan anda.

5. Skalakan dan ulang. Pastikan anda dapat close-sale bagi setiap prospek yang respon kepada iklan anda supaya anda tidak kerugian kos iklan yang sudah dilaburkan. Jika anda mahu RM11,000 dari 1 produk yang bernilai RM33, anda perlu jual sebanyak 333 unit produk untuk capai target tersebut.

Anda boleh pecahkan kepada jumlah produk yang perlu dijual untuk setiap hari. Katakan dalam sebulan hari bekerja ialah 22 hari. 333 unit/22 hari = 15 unit produk sehari. Jika seorang pelanggan beli 1 produk, jadi anda perlu dapatkan 15 orang pelanggan sehari. Berdasarkan conversion rate 30%, anda dapat 50 leads sehari dengan kadar close-sale 15 orang.

15/50 x 100 = 30%

Jika kos seorang prospek ialah RM4, maka kos iklan yang perlu diperuntukkan sehari ialah 50 prospek x RM4 = RM200.

Untung kasar untuk 15 pelanggan yang dapat close-sale x untung produk
15 x RM30 = RM450

Untung bersih = untung kasar – kos iklan
RM450 – RM200 = RM250

Untung bersih anda dengan kerja 22 hari ialah RM250 x 22 = RM5,500.

Jadi, keuntungan bersih sebulan (dengan kerja 22 hari) adalah RM250 x 22 = RM5500. 2 bulan sudah boleh dapat RM11,000. Formula ini adalah anggaran sahaja. Ia ditulis dengan ringkas supaya anda boleh faham kaedah untuk dapat untung dengan berniaga menggunakan FB Ads.

Jika anda tak tahu nak bermula, sila belajar dahulu menggunakan Facebook Ads dengan berkesan.

5 comments

  1. cukup menarik..

    pengiraan juga senang difahami..

    cun target iklan ..

    boleh buat duit
    mrhanafi dot com recently posted…Cara Buat Website Sendiri Dengan Panduan DVDMy Profile

  2. tak susah untuk dipahami formula ini terimaksih
    jalan jalan recently posted…Resep Masakan Tongseng Kambing Pedas ManisMy Profile

  3. Cukup menarik…tips berguna tuan..Thanks sharing
    Muhammad recently posted…Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 2018 OnlineMy Profile

  4. MEmang ramai dah jadi kaya dengan guna fb ads

    tapi nak pakai mesti ada ilmu dan pengalaman
    Ibu Zaid recently posted…Taman Rama Rama & Reptilia di Melaka! Jalan jalan bersama keluargaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge