5 tips FB Ads yang orang tak berani buat
Hazli Khalim ada berkongsi perbezaan di antara pemain FB Ads yang profesional dengan mereka yang baru hendak bermula. 5 tips FB Ads yang orang tak berani buat ini menjelaskan bagaimana golongan profesional membelanjakan wang untuk FB Ads. Ia boleh menyelamatkan wang anda daripada terbakar dan hangus begitu sahaja.
Adakah anda pernah menghabiskan RM300 untuk FB Ads dalam masa sehari? Mungkin anda masih dibelenggu dengan kesulitan untuk mengekalkan pendapatan bulanan anda atau aliran tunai anda tidak konsisten, ada turun dan ada naik. Jadi anda perlu buat lebih banyak wang dengan FB Ads.
1. Struktur kempen yang unik. Golongan yang baru dalam FB Ads membelanjakan wang untuk FB Ads dengan turutan seperti berikut :
- Bajet RM500
- Buat kempen
- Dalam kempen ada satu Ad Set
- Dalam Ad Set buat satu iklan
- Tak buat Split Test
- Tak simpan dan baca data
- Berharap jualan terhasil dengan kencang
Golongan profesional pula berbeza. Mereka guna pendekatan satu-lima-tiga. Satu kempen dengan 5 Ad Set dan dalam setiap Ad Set ada 3 Ads. Teknik ini membolehkan anda mendapat jualan dengan lebih pantas. Mereka akan menggunakan strategi seperti di bawah :
Objektif Kempen : Klik Ke Laman Web
- Ad Set pertama : Sasarkan Fanpage anda
- Ad Set kedua : Sasarkan rakan yang Like pada Fanpage anda
- Ad Set ketiga : Sasarkan 1% Look Alike audien Fanpage anda
- Ad Set keempat : Sasarkan Interest prospek
- Ad Set kelima : Sasarkan Custom Audience mengikut piksel dan data emel anda
- Ad : Setiap Ad ada 3 gambar iklan untuk setiap Ad Set
Kerja ini rumit namun anda akan dapat lebih banyak data dan sekaligus menghasilkan jualan yang menguntungkan.
2. Profesional belanjakan bajet untuk beli data. Orang yang baru buat FB Ads fikir untuk buat jualan sahaja. Berbeza dengan profesional, mereka cari data pelanggan dahulu. Jika anda letak bajet RM1,000, gunakan RM200 untuk uji Ad Set yang dapat paling tinggi respon dan jualan bergantung pada tujuan iklan anda. Orang baru akan habiskan RM1,000 untuk terus buat jualan.
3. Data menjadi ukuran jualan. Tips satu-lima-tiga akan menunjukkan iklan yang paling efektif untuk menghasilkan jualan. Data Ad Set yang terbaik akan digunakan untuk menjalankan kempen.
4. Tutup Ad Set yang tak untung. Ad Set yang tidak memberangsangkan akan ditutup. Rugi sahaja jika diteruskan. Ingat semula tujuan kempen anda, mahu Click Through Rate tinggi atau Cost Per Click yang rendah? Jika anda bercadang untuk kumpul data emel, lihat Cost Per Concersion yang paling rendah? Jika mahu Video Views, lihat berapa Leads yang diperolehi? Berapakah Cos bagi tiap Acquisition?
5. Guna bajet untuk uji Ad Set yang berkesan. Profesional akan keluarkan bajet 20% untuk uji semula Ad Set. Adakah anda boleh dapat hasil data yang serupa? Jika terbukti, maka ada hasil. Kemudian 60% lagi bajet yang ada diteruskan untuk menjalankan kempen FB Ads anda. Masa ini anda sudah boleh rehat kerana kempen anda akan mula menghasilkan pendapatan yang lumayan.
Jika anda sudah mahir dengan FB Ads, anda boleh belajar untuk dengan mudah.