5 tips komunikasi untuk Uber Partner
Bagi anda yang memiliki kereta dan masa lapang, Uber adalah pilihan yang bijak untuk menjana pendapatan tambahan. Saya mengambil inisiatif untuk menulis 5 tips komunikasi untuk Uber Partner sebagai usaha untuk membantu anda memandu dengan Uber.
1. Kenali jiran anda. Tinjau kawasan yang bakal dilalui bila berdaftar sebagai Uber Partner. Aplikasi Uber Partner diintegrasikan dengan Waza dan Google Maps untuk membantu perjalanan anda.
2. Baca fikiran penumpang. Ada penumpang Uber yang gemar bersembang dan ada yang mahukan keadaan senyap. Mulakan dengan soalan pembuka bicara seperti “Bagaimana dengan kerja tuan/puan hari ini?”. Jika mereka menjawab dengan gembira, mungkin mereka berminat untuk meneruskan perbualan. Jika respon yang diberi agak hambar, lebih baik untuk tidak mengajak mereka berbual.
3. Gunakan nama tempat untuk mulakan perbualan. Jika anda tak tahu nak mulakan perbualan, gunakan nama tempat yang menjadi pilihan penumpang. Jika anda menerima penumpang dari kolej, mereka mungkin pelajar di sana. Boleh mulakan dengan soalan-soalan seperti “Belajar dalam bidang apa?”.
Soalan pembuka ini boleh membantu anda untuk mengetahui bilakah mereka akan bercuti, waktu peperiksaan dan sebagainya. Jika mereka mahu bercuti, mungkin anda boleh tawarkan perjalanan ke lapangan terbang.
4. Hubungi penumpang di kawasan sibuk. Untuk menghubungi penumpang anda, telefon atau hantar mesej kepada mereka menerusi aplikasi Uber Partner. Tanya mereka bagaimana untuk mengenali mereka sama ada menerusi penampilan, pakaian dan tempat duduk. Jika penumpang tidak menjawab panggilan, hantarkan mesej untuk tindakan susulan.
5. Berehat dan berseronok. Rehat dan nikmatilah kerja anda sebagai Uber Partner. Anda harus gembira dengan kerja anda walau pun dipanggil Uber Driver. Penumpang tidak akan suka dengan pemandu yang bermasam muka. Keceriaan anda boleh memberi impak kepada penumpang anda. Senyuman anda boleh mengubah angin pelanggan.
