Bisnes

5 Tips Lariskan Jualan Tudung Di Internet

Bisnes tudung memang ada permintaan yang tinggi dari kalangan kaum perempuan. Baik yang bujang atau sudah berkahwin, kedua-duanya memiliki lebih dari 5 helai tudung. Boleh dikatakan kaum perempuan sentiasa akan membeli tudung berulang-ulang setiap hari. Bagi anda yang menjalankan bisnes tudung, ada 5 tips lariskan jualan tudung di internet yang boleh dipraktikkan.

 

5 tips lariskan jualan tudung di internet

 

1. Kenali pelanggan bisnes tudung. Ini adalah perkara paling asas dalam bisnes. Barang yang mudah dijual bergantung kepada siapa pelanggan anda. Barang yang gagal dijual pula disebabkan ia tiada sasaran pelanggan yang jelas. Jika anda jual tudung seperti shawl, adakah anda nak jual pada makcik di kampung atau wanita moden yang kerja di pejabat?

Sasaran anda mestilah wanita moden tersebut. Mustahil makcik di kampung begitu kreatif nak lilit shawl. Mereka lebih selesa dengan tudung biasa. Jika anda faham masalah pelanggan, anda akan lebih dekat dengan mereka.

2. Tutorial pakai tudung. Sambil buat tutorial, anda boleh pakai tudung yang anda jual. Pada masa yang sama, ceritakan ciri-ciri tudung yang anda jual. Tudung yang cepat dipakai dan digayakan akan menarik perhatian pelanggan anda dengan lebih cepat.

3. Sediakan hadiah percuma. Semestinya bukan anda seorang yang jual tudung. Pesaing-pesaing anda ada cara yang tersendiri untuk melariskan tudung yang dijual. Oleh itu, anda sendiri perlu sediakan bonus seperti hadiah percuma untuk setiap pembelian.

Dari situ pelanggan anda ada sebab untuk beli tudung anda walau pun pesaing-pesaing anda menjual tudung yang sama. Boleh sediakan hadiah seperti pin tudung atau kerongsang. Tidak semestinya hadiah tersebut mahal, tetapi cukup sekadar untuk menggembirakan pelanggan anda.

4. Simpan data pelanggan. Data pelanggan seperti nombor telefon dan emel boleh membantu mengembangkan lagi bisnes anda, termasuklah bisnes tudung. Dari data yang disimpan, ia boleh membantu anda sentiasa berhubung dengan pelanggan. Seperti yang diketahui, seorang wanita akan sentiasa membeli tudung baru.

Dari data pelanggan yang membeli tudung, anda boleh hantarkan info terkini seperti diskaun untuk tudung baru atau promosi sempena bulan puasa. Sebagai contoh, beli 3 helai tudung akan dapat pos penghantaran percuma atau diskaun sehingga 20%. Tidak mudah untuk kumpul data, tapi percayalah ianya amat berbaloi bila ada data.

5. Jadi unik dari usahawan lain. Wujudkan jenama atau identiti yang mudah diingati pelanggan. Ciptakan satu tagline seperti “Lilit-lilit terus cantik”. Bukan sekadar tagline, tapi masukkan info bisnes anda seperti laman web, Facebook Page, Instagram, blog dan nombor telefon untuk dihubungi. Di situ anda sudah ada kemudahan untuk menjual koleksi tudung-tudung yang terkini.

 

Jika anda mahu buat bisnes tudung, sila rujuk kepada usahawan yang pernah menjual tudung di internet sehingga berjaya menjana jualan sehingga RM15,000 sebulan. Belajarlah dari beliau sekarang juga. Klik pada banner di bawah untuk mulakan bisnes tudung anda.

 

2 thoughts on “5 Tips Lariskan Jualan Tudung Di Internet”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.