Bisnes

5 Tips Mulakan Bisnes Informasi

5 tips mulakan bisnes informasi

Bisnes internet di Malaysia pada tahun 2010 hingga ke hari ini. Ramai nama-nama baru muncul sebagai usahawan internet yang berjaya sehingga mengatasi usahawan terdahulu. Kemudahan internet telah dimanfaatkan  oleh orang ramai untuk menjana pendapatan sampingan dengan membuat jualan produk informasi seperti ebook, audio dan video. Mereka yang tiada latar belakang dalam bidang komputer turut sama-sama mengambil peluang untuk mencari 5 tips mulakan bisnes informasi di internet.

 

5 tips mulakan bisnes informasi
Tersenarai di kalangan jaguh Internet Marketers.

 

Bukan sahaja mereka yang sudah bekerja, malah mereka yang belum tamat persekolahan sama-sama bersaing untuk memulakan bisnes di internet. Biar pun di internet amat mudah untuk berniaga, pasti ada individu yang masing keliru apa yang perlu dilakukan sebelum memulakan bisnes mereka. Hal ini amat membingungkan kerana ada yang terlalu banyak belajar sehingga tidak melaksanakan apa yang dipelajarinya. Ada yang terlalu merancang sampai tak terlaksana apa yang dirancangnya itu.

Jadi anda yang masih berada dalam kategori di atas harus mencari satu garis panduan yang asas bagaimana anda boleh memulakan bisnes di internet, terutamanya apabila hendak menjual produk berbentuk informasi. Anda tidak boleh terlalu bergantung dengan panduan yang ada, tetapi anda boleh menjadikan ia sebagai asas bagi memulakan bisnes informasi di internet.

 

Memiliki minda yang betul mengenai bisnes

Adat orang yang baru mula berniaga pasti nak untung cepat. Dapat duit yang banyak. Sama seperti mereka yang mula-mula mahu menjual produk informasi. Kalau boleh nak jadi jutawan seperti Irfan Khairi. Usah lupa bagaimana beliau bermula. Sudah pasti ada kerugian dan kegagalan yang dihadapi semasa mula-mula berniaga di internet. Selepas kegagalan barulah muncul kejayaan.

Untuk berjaya seperti beliau, anda perlukan disiplin yang tinggi. Buat rancangan khas untuk memulakan bisnes informasi di internet. Pelajari ilmu pemasaran di internet dari mereka yang sudah berpengalaman dan berjaya. Lihat apa ilmu yang diperlukan dan digunakan oleh Irfan Khairi untuk sukses dalam bisnes internet. Anda tidak perlu menjadi seperti beliau, tetapi boleh gunakan ilmu yang beliau miliki.

 

Elakkan kerja secara solo

Bisnes informasi di internet di internet tak bermakna anda berkerja secara solo. Luangkan sebahhagian masa anda untuk bersosial dengan rakan-rakan yang lain. Gunakan kemudahan laman sosial untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Carilah seorang rakan yang boleh dijadikan mentor untuk memimpin perjalanan bisnes anda. Belajar bagaimana untuk mengurangkan kos menjalankan bisnes dan memaksimumkan keuntungan dalam bisnes sebaik yang mungkin.

Jika anda tidak boleh menyelesaikan atau melakukan sesuatu perkara, carilah rakan-rakan lain yang boleh membantu anda. Keluarkan sebahagian wang sebagai upah kepada mereka. Anda boleh gunakan masa yang ada untuk menyelesaikan kerja-kerja yang lain. Tumpukan pada perkara-perkara yang anda mahir dan serahkan tugas yang sukar kepada mereka yang lebih mahir.

 

Jangan takut melabur untuk ilmu

Pelaburan ilmu anda untuk bisnes adalah satu tindakan bijak untuk menaikkan tahap pengetahuan bisnes anda. Upayakan diri anda untuk mencari panduan menjalankan bisnes supaya ia dapat mengelakkan anda daripada kerugian sehingga beribu-ribu ringgit. Sebagai contoh, anda ke sekolah memandu untuk belajar memandu kereta dengan betul supaya anda boleh mengelakkan daripada di saman kerana memandu kereta tanpa sebarang ilmu memandu di jalan raya.

Dari seorang yang tidak berilmu tentang bisnes, anda boleh menjadi seorang usahawan yang berilmu dan membimbing orang lain untuk berjaya dalam bisnes. Sama seperti bisnes informasi di internet, ianya akan berubah setiap hari. Hari ini anda lihat bagaimana orang menjana wang dengan laman sosial, esok pula orang menjana wang dengan telefon. Akan datang belum tentu kedua-dua kaedah tersebut masih digunakan atau pun sebaliknya. Jadi anda perlu manfaatkan bisnes informasi sebaik mungkin.

 

Kurangkan kerugian tingkatkan keuntungan

Kemudahan internet dapat membantu anda menjimatkan banyak kos. Salah satunya anda tak perlu sewa kedai untuk berniaga. Anda juga tak perlu upah pekerja untuk menjaga bisnes anda. Di sini anda sudah jimatkan wang. Anda juga sudah boleh jimatkan masa untuk bergerak ke mana-mana. Buat sahaja bisnes internet di rumah. Jika kos operasi sudah minimum, anda boleh terus tumpukan pada kos pemasaran di internet seperti pemasaran blog dan pemasaran emel.

Jika orang lain membelanjakan wang yang besar untuk beriklan di surat khabar dan televisyen, anda pula tumpukan di internet yang jauh lebih rendah. Kawal sahaja bisnes internet anda di mana sahaja anda berada. Selagi ada talian internet, peluang menjana pendapatan di internet tidak akan habis. Iklankan bisnes atau produk anda di blog supaya ia lebih mudah dicari oleh pelanggan menerusi enjin carian Google atau Yahoo.

 

Sediakan layanan yang terbaik

Layanan yang terbaik seperti kelas pertama mungkin tidak mampu anda berikan dalam masa yang singkat. Tetapi ia boleh diusahakan. Berikan servis yang terbaik pada pelanggan supaya mereka berpuas hati dengan layanan anda. Dengan cara ini mereka akan menyebarkan reputasi anda dan mencadangkannya kepada rakan-rakan yang lain. Bisnes informasi di internet ini bukanlah bisnes sekejap-sekejap, anda perlu kembangkan ia supaya menjadi lebih besar.

Bisnes informasi di internet yang anda mulakan perlu diberi sentuhan. Anda mungkin bercita-cita untuk menjalankan bisnes lain selepas mendapat keuntungan dengan bisnes informasi. Tidak mengapa kerana anda boleh teruskan cita-cita tersebut. Tetapi sebelum anda meninggalkannya, biarkan bisnes informasi anda berjalan secara automatik. Biarkan bisnes informasi anda menjadi pendapatan pasif. Biarkan wang masuk ke dalam akaun bank anda tanpa henti baik semasa anda bekerja atau pun semasa anda tidur.

Beri peluang kepada diri anda sendiri dalam beberapa fasa. Contohnya 3 tahun yang pertama sebagai fasa bertahan, tahun yang seterusnya ialah fasa untuk meluaskan bisnes. Contoh paling mudah ialah bisnes informasi saya bersama dengan rakan kongsi. Kami mulakan dengan secara sampingan. Produk pertama kami ialah ebook informasi berkaitan dengan peperiksaan kerajaan dalam bidang Teknologi Maklumat. Dari situ ia berkembang kepada ebook peperiksaan yang lain.

Setelah menyedari permintaan dalam bisnes informasi semakin banyak, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa. Dengan cara ini saya dapat memberi tumpuan penuh kepada bisnes yang dijalankan bersama.

Jika bisnes informasi dijalankan secara sampingan, maka hasilnya tidak sebanyak bisnes informasi yang dijalankan sepenuh masa. Anda tak perlu berhenti kerja untuk memulakan bisnes informasi di internet, tapi boleh belajar mulakannya secara sampingan dahulu.

 

Jika anda benar-benar berminat nak belajar menjual produk informasi, anda boleh rujuk pada panduan buat duit dengan produk informasi yang disediakan untuk anda belajar menjual produk informasi.

8 thoughts on “5 Tips Mulakan Bisnes Informasi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.