Kesihatan

5 Tips Pilih Menu Berbuka Puasa Di Bazar Ramadan

5 tips pilih menu berbuka puasa di bazar Ramadan

Bila berkunjung ke bazar Ramadan, anda akan mendapati banyak pilihan lauk-pauk dan kuih-muih yang boleh dijadikan menu untuk berbuka puasa. Bila terlihat akan banyaknya pilihan di bazar Ramadan, perhatian anda boleh terganggu kerana tidak dapat fokus untuk mencari hidangan yang perlu. 5 tips pilih menu berbuka puasa di bazar Ramadan ini boleh membantu anda membuat pilihan.

 

5 tips pilih menu berbuka puasa di bazar ramadan
Berbuka puasa dengan buah-buahan bukan sahaja menjimatkan malah menyihatkan.

 

Sedang anda menderita kelaparan, pilihan anda terganggu oleh keenakan lauk-pauk dan kuih-muih yang ditawarkan. Pada masa itulah pegangan makanan anda yang sihat bakal terkubur.

1. Buat catatan apa senarai makanan yang anda perlukan. Buat pembelian mengikut senarai tersebut. Dengan langkah ini, anda boleh mengelakkan daripada terbeli makanan yang sememangnya tidak perlu. Jika tidak habis dimakan, ia akan terbuang begitu sahaja.

2. Pilih makanan yang berkhasiat dan menyihatkan ketika membeli menu untuk berbuka puasa.

3. Berikan keutamaan kepada makanan yang disediakan tanpa santan atau minyak dalam kuantiti yang rendah.

4. Kuih-muih dan makanan yang manis hendaklah dikurangkan.

5. Elakkan daripada membeli minuman yang dijual. Dikhuatiri ianya terlalu manis. Sediakan air minuman sendiri di rumah. Anda boleh mengetahui paras gula di dalamnya.

 

Kesimpulan

Berhati-hatilah semasa memilih juadah untuk berbuka di bazar Ramadan. Dikhuatiri poket anda akan surut dengan lebih cepat. Selain itu, diet dan kesihatan anda juga bakal terkesan jika memakan makanan yang kurang berkhasiat.

 

16 thoughts on “5 Tips Pilih Menu Berbuka Puasa Di Bazar Ramadan”

  1. Nah, itulah kalo puasa ramadhan ini. Seringnya lapar mata, begitu buka puasa yang dimakan cuma sepotong kue atau buah aja yang diborong banyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.