5 tips sihat sediakan menu sahur
Menjelang puasa, anda biasanya akan mendapat kemudahan untuk menyediakan hidangan semasa berbuka puasa. Ada sebahagiannya membeli lauk-pauk atau menu tambahan untuk dimakan ketika sahur nanti. Dalam artikel ini, anda akan mendapat 5 tips sihat sediakan menu sahur.

Menyediakan makanan semasa sahur bukanlah sesukar mana. Ia tidak mengambil masa yang terlalu lama. Ikuti 5 tips sihat penyediaan menu untuk sahur di bawah sebagai panduan :
1. Biasanya makanan yang berlebihan semasa berbuka puasa akan disimpan dan dihidangkan sewaktu sahur. Tindakan ini dapat menjimatkan masa anda. Bagi yang sudah berkeluarga, kaum ibu boleh mengamalkan kaedah ini untuk memudahkan penyediaan makanan semasa sahur.
2. Lebihan makanan semasa berbuka puasa perlu disimpan dengan kaedah yang selamat dan betul. Jika tersilap langkah, dikhuatiri makanan tersebut sudah tercemar dan menyebabkan keracunan makanan. Oleh itu, menyediakan makanan segar yang baru dimasak untuk sahur adalah langkah yang lebih baik.
3. Makanan yang terdedah pada suhu bilik lebih daripada 4 jam adalah tidak begitu selamat untuk dijadikan hidangan. Jika anda memanaskan dengan cara menggoreng makanan tersebut, kadar kalori akan bertambah kerana minyak digunakan secara berulang. Menu untuk sahur boleh disediakan secara ringkas dan tidak perlu rumit.
4. Di antara menu ringkas yang boleh dijadikan hidangan semasa sahur ialah sup bebola ikan, sup sayur, spageti, buah-buahan, makaroni goreng, roti bersalut telur, bijirin, oat, bubur nasi dan sandwich.
5. Minum air kosong dengan kuantiti yang banyak dan penggunaan gula serta susu pekat manis dikurangkan. Minuman seperti kopi dan teh tidak digalakkan kerana ia boleh memberi kesan seperti kehilangan air dari badan menerusi air kencing.
Kesimpulan
Penyediaan makanan semasa bersahur bukanlah sesukar mana. Jika anda bijak merancang, waktu yang singkat pun masih sempat untuk membuat persediaan. Hidangan yang sebaik-baiknya ialah menu yang sihat dan memberikan diet yang seimbang. Semoga tips di atas dapat memberi manfaat untuk anda.
puasa tak lama lagi..tapak bazaar ramadhan sudah nampak..
mrhanafi recently posted…Beli Tetikus Untuk Keperluan Kerja
Dah banyak tapak bazar yang habis ditempah.
Trend orang nak menjual tinggi..
mrhanafi recently posted…Program FI$H Yang Sebetulnya Buat Duit
Yup..betul tu bro..tadi isteri buat menu simple aje.. tapi makan tetap berselera..hehe..
Hafizul recently posted…Life Must Go On
Ya, biar ringkas asalkan berkhasiat 🙂
memang banyakkan minum air masak sahaja selepas berbuka dan semasa sahur..
Noriza Rahman recently posted…Kekal Cergas Bertenaga Walaupun Berpuasa
Ya, kalau air cukup, kita takkan rasa terlalu haus di siang hari.
Nak sahur ni kadang-kadang tiada selera nak makan. Suka makan yang segar..
Masa sahur semua ada rasa mengantuk, lebih kepada rasa nak tidur.