4 Tips Pemasaran Dari Pengusaha Coklat

Apr 13

3 tips pemasaran dari pengusaha coklat

Pada bulan Oktober 2012, pengusaha coklat yang terkenal, Anis Choc Moist Cake mula menggunakan Facebook Page sebagai salah satu medium pemasaran. Pada masa itu, mereka masih kabur dengan apakah perkara yang nak dikongsikan dalam laman Facebook tersebut. selepas menghadiri Intensif Jutawan Industri, mereka mula merangka beberapa perancangan lalu tercetuslah 4 tips pemasaran dari pengusaha coklat tersebut.

Bermula dengan content marketing, ia amat berkuasa sehingga boleh menjadi viral dalam masa yang singkat. Bermula dengan kurang dari 300 Like, ia meningkat kepada 17,000 Like tanpa sebarang iklan berbayar. Secara asasnya, ada 3 tips pemasaran dari pengusaha coklat yang boleh anda jadikan panduan.

1. Kenal audien anda. Pada siapa anda mahu kongsikan? Jika anda buat produk kecantikan, maka sasaran anda ialah golongan perempuan. Anis Choc Moist Cake mensasarkan golongan perempuan yang bekerja yang berada dalam lingkungan 30 hingga 45 tahun. Pengusaha coklat tersebut gemar berkongsi tips-tips bisnes dengan usahawan muda kerana mereka mempunyai minat yang sama.

2. Fahami apa audien mahukan. Bila sudah kenal audien, anda perlu tahu apa yang mereka mahu. Usah ikut apa yang anda mahu kerana minat anda dan audien tidak semestinya sama. Menurut Anis Choc Moist Cake, audien mereka mahukan perkongsian ilmu yang didapati dari seminar.

Cita-cita untuk menjadi kaya dan berjaya amat tinggi di kalangan audien dan mereka sedang mencari caranya. Oleh itu banyak perkongsian ilmu dan pengalaman bisnes yang ditulis untuk sama-sama dipelajari bersama-sama.

 

4-tips-pemasaran-dari-pengusaha-coklat

Perkara yang disukai pengguna Facebook akan mudah diviralkan dalam masa yang singkat.

 

3. Kongsi perkara yang sama. Cari satu tajuk yang dimahukan oleh audien dan tarik perhatian mereka untuk membacanya. Mereka yang memiliki passion yang sama akan mencari persamaan dengan orang-orang yang berada dalam pusingan yang sama. Berhubunglah dengan audien supaya anda dapat berbicara dengan bahasa yang sama.

Anis Choc Moist Cake banyak berkongsi topik bisnes kerana audien mereka sukakan bisnes. Bermula dengan bagaimana mereka memulakan bisnes coklat, cari staf, buka kedai dan banyak lagi. Isu pembantu rumah juga ada kerana pembaca mereka mempunyai pembantu rumah.

Apabila sudah berhubung dengan audien, mereka akan tertarik untuk menjalankan bisnes dengan Anis Choc Moist Cake. Sebahagian besar pengedar mendapat maklumat dari Facebook Page mereka.

4. Kaedah penyampaian. Audien sukakan kaedah penceritaan atau story telling. Jadi pemasaran dengan kaedah story telling marketing jauh lebih berkesan di Facebook Page. Ini adalah strategi menjual tanpa perlu lakukan hard selling. Tidak perlu fokus pada produk dan harga, berbeza dengan membuka booth jualan. Ia memang perlukan hard selling.

Media sosial pula berbeza. Informasi disampaikan dengan cara soft selling. Berikan maklumat dengan cara yang berhemah. Pastikan maklumat berjaya disampaikan kepada audien dengan berkesan. Pelanggan tidak perlu didesak untuk membuat jualan. Bina hubungan baru bina jualan.

Hanya dengan hubungan yang baik bisnes akan pergi lebih jauh. Bila audien suka maklumat anda, mereka akan viralkan tanpa disuruh. Maklumat berkenaan akan dikongsikan pula oleh rakan-rakan lain.

Di laman sosial Facebook, anda boleh belajar untuk simpan data pelanggan dengan meminta nombor telefon atau mengisi emel dalam borang yang disediakan. Hanya dengan menumpukan kepada pelanggan yang membuka Facebook menerusi telefon, anda boleh mensasarkan pengguna yang membuat bisnes seperti :

  • Pemasaran berbilang tingkat
  • Agen takaful atau insurans
  • Agen hartanah
  • Jualan produk fizikal

 

Anda boleh belajar menyimpan data berdasarkan kajian kes yang dilakukan oleh Hafis Anuar, seorang pemasar produk digital di internet. Berdasarkan kajian beliau, cara ini berpotensi untuk menyimpan 2,000 data pelanggan dalam masa 3 hari. Sementara harga promosi masih ditawarkan, saya nasihatkan anda dapatkan video FB List Mobile dengan segera.

468 ad

2 comments

  1. Thanks sharing tips yg bermanfaat ni… banyak lagi yg perlu dipelajari. 🙂
    Khir Khalid recently posted…Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit RayaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge