6 hari 6 angka dan 6 september
6 hari 6 angka dan 6 september tahun ini besar maknanya. Ia bukan cerita tentang 6 hari mahu pun selama 6 hari. Tahun ini adalah tahun pertama saya bergiat aktif dalam perniagaan internet secara sepenuh masa. Sebelum ini buat secara sampingan. Saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan fokus sepenuhnya bersama syarikat Infokerjaya Resources (kini Infokerjaya PLT) yang diasaskan bersama dengan sahabat, Muaz Abdul Hadi dan Syed Mohd Faiz.
Siapa yang tak sayang kerja makan gaji. Ada kelebihan macam-macam. Tapi saya nekad untuk berhenti dari kerjaya mengajar walau pun ianya minat saya. Sebab saya percaya lebih ramai orang yang boleh saya bantu bila saya fokus dalam niche kerjaya. Dan saya boleh dapat menjana pendapatan yang lebih banyak bila ianya dijalankan secara sepenuh masa.
Ada banyak pertanyaan dan persoalan yang saya terima semasa nak berhenti kerja. Contohnya apa projek saya lepas berhenti dari mengajar, boleh ke dapat pendapatan yang sama tinggi dengan kerja dahulu dan boleh ke hidup dengan berniaga. Emak dan ayah termasuk mertua pun ada rasa risau sebab saya sudah keluar dari zon selesa. Secara tak langsung saya mendedahkan diri kepada risiko termasuklah isteri dan anak.

Persediaan tak cukup
Saya sendiri tidak ada persediaan yang cukup semasa berhenti kerja. Wang simpanan memang tak sampai RM1,000. Namun apa yang membuatkan saya berani ialah saya ada aset database, iaitu senarai pelanggan-pelanggan dalam niche kerjaya yang saya kumpul sejak 3 tahun lepas. Saya juga ada syarikat bersama dengan rakan, Infokerjaya PLT. Dan yang paling utama, Allah SWT tempat saya bertawakal.
Di bulan pertama menjadi usahawan internet, memang agak teruji kerana tiada jualan yang memberangsangkan. Namun kami ada objektif yang perlu dicapai. Iaitu membantu rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi penjawat awam berjaya mencapai impian mereka. Menyajikan persediaan peperiksaan bagi jawatan tahap diploma dan ijazah adalah kerjaya kami.
Kami meraih hasil jualan dari jumlah yang kecil hingga yang besar dengan membantu orang ramai mendapatkan maklumat kerjaya yang mereka idamkan. Bermula bulan Februari, pendapatan syarikat kami melonjak naik. Di samping gaji bulanan, kami juga menikmati bonus dan komisyen setiap kali ada jualan. Dibantu oleh 200 orang agen affiliate, jualan dapat dihasilkan dengan komisyen yang tinggi.
Kami mencipta pendapatan dan dalam masa yang sama, kami memberi peluang kerjaya kepada orang lain untuk menjana pendapatan affiliate secara sampingan. Dengan kerjasama Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM), seminar affiliate niche kerjaya, seminar blogging dan seminar pemasaran emel dapat dijalankan. Hasilnya, sebahagian besar peserta dapat menjana komisyen sehingga 5 angka!
Rezeki menjelang raya
3 hari sebelum menyambut Syawal, kami mendapati ada satu peperiksaan awam bakal dijalankan bagi mereka yang memiliki kelulusan tahap diploma. Pelan jangka pendek dirangka supaya dapat menyediakan ebook persediaan dan dijual dalam masa yang singkat. Kami beraya dalam bekerja, atau bekerja dalam raya. Syukur ianya melimpahkan hasil 6 angka yang sangat lumayan. Ianya dikongsikan bersama agen affiliate niche kerjaya yang lain.
Menjelang tamatnya Syawal, ada satu lagi jawatan peperiksaan untuk kelulusah ijazah bakal dijalankan pada bulan September. Ianya melibatkan calon seramai 85,000 orang. Sekali lagi kami bersiap sedia dengan lebih pantas kerana ia pasti memerlukan kesabaran yang tinggi. Jualan kali ini berjaya menghasilkan jualan yang paling tinggi dalam sejarah syarikat kami kerana jualan mencecah RM360,000 dengan lebih 4,000 unit ebook yang terjual.
Ujian dari Allah SWT
Apa yang saya dapat hari ini adalah kurniaan dari Allah SWT. Bukan mudah untuk berjaya tanpa melalui jalan kesukaran. Dahulu saya fikir untuk buat duit saja. Namun sekarang saya perlu fokus untuk bantu masyarakat membuat persediaan peperiksaan perkhidmatan awam dan biarkan duit itu datang kemudian.
Pencapaian pada hari ini tidak akan datang sekiranya saya tidak membuat keputusan pada 3 tahun yang lepas. Di samping buat duit, kami juga membantu mereka yang berminat untuk menjadi agen affiliate syarikat kami.
Selain dari kerja di atas, saya turut mempromosikan panduan untuk buat dropship di Shopee. Anda boleh lihat panduan tersebut menerusi link di bawah :
Yup..memang terinspirasi dengan artikel ni..semoga saya pun akan berjaya menapak macam bro ni..mungkin laluan kita berbeza..haha
Hafizul recently posted…3 Destinasi Impian Aku Dan Keluarga
Laluan kita mungkin berbeza, namun kita sama-sama boleh belajar dari pengalaman masing-masing 🙂