6 tips berjimat untuk beli rumah dengan gaji biasa
Dengan peningkatan harga rumah setiap hari, agak mustahil untuk memilikinya dengan gaji yang tidak melebihi RM5,000 sebulan. Anda boleh mencari jalan untuk berjimat dengan sebaik mungkin supaya wang simpanan anda dapat dikumpulkan untuk membeli rumah. 6 tips berjimat untuk beli rumah dengan gaji biasa hari ini boleh dilaksanakan sekiranya disiplin menyimpan dapat dijaga dengan baik.

1. Kos makanan tidak melebihi RM500 sebulan. Nampak sukar dilaksanakan. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai keluarga besar. Ini adalah cadangan. Oleh itu rancang sebaik-baiknya untuk memilih makanan yang benar-benar berkhasiat sahaja. Elakkan dari makan di luar terlalu kerap. Masak sendiri di rumah lebih sihat dan jimat.
2. Jimatkan kos pengangkutan dengan RM500 sebulan. Sukar untuk menetapkan nilai di bawah RM500 lebih-lebih lagi jika anda memiliki kereta. Itu tidak masuk bayaran parkir dan tol. Oleh itu cari alternatif lain untuk menaiki kenderaan awam seperti bas dan komuter. Setidak-tidaknya anda berusaha untuk menurunkan kos pengangkutan yang tinggi kepada yang lebih rendah.
3. Belanja bulanan telefon kurang dari RM100. Susun perbelanjaan telefon bulanan anda. Pilih pakej yang menyediakan perkara-perkara yang diperlukan sahaja. Contohnya pakej internet asas, panggilan asas dan SMS asas. Jika anda sukar untuk mengawal pakej pasca bayar, ambil pakej prabayar sahaja. Telefon pintar anda mestilah tidak terlalu mahal sehingga mencecah harga RM2,000 ke atas.
4. Belanjakan RM200 sebulan untuk mempertingkatkan pengetahuan anda. Ada banyak buku-buku di pasaran yang boleh membantu anda mendapatkan maklumat kewangan, perniagaan dan pengurusan. Anda juga boleh gunakan bajet ini untuk menghadiri seminar atau bengkel untuk menambah nilai dan membentuk jaringan dengan rakan baru yang mempunyai minat dan matlamat yang sama.
5. Simpan sebulan RM200 untuk bercuti. Ini adalah ganjaran istimewa untuk anda. Percutian boleh membantu anda rehat dan membuatkan anda lebih produktif sebaik sahaja bekerja semula. Dengan simpanan sebanyak RM200 sebulan, banyak tempat yang anda boleh pergi. Dengan melawat ke tempat orang, anda akan belajar banyak perkara dan berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat.
6. Simpan RM500 sebulan untuk pelaburan. Usah terburu-buru untuk melabur. Ambil masa untuk belajar selok-belok pelaburan. Simpan sebahagian wang untuk digunakan bagi pelaburan selepas anda selesai belajar teknik pelaburan yang berkesan. Anda juga boleh belajar untuk memulakan perniagaan secara sampingan. Rugi itu perkara yang pasti dalam perniagaan. Jadi melaburlah dalam ilmu dahulu.
6 tips berjimat untuk beli rumah dengan gaji biasa ini adalah perkara asas sahaja. Jadi anda harus merangka pelan khusus yang sepadan dengan gaji anda supaya wang simpanan yang anda kumpulkan boleh digunakan untuk memiliki rumah suatu hari nanti. Benar harga rumah semakin hari semakin mahal, namun anda harus memiliki rumah yang sesuai dengan kemampuan anda.
Ya.
Itu lebih mudah.
kalau kerja dengan kerajaan, ia akan jadi lebih super mudah.
haha..
titan recently posted…Kembali dengan penuh sinar TUJUH warna pelangi.
Betul, caj faedah pinjaman kerja kerajaan lagi rendah, bank pun suka nak bagi pinjam.
Perancangan yang teliti memang sangat lah perlu dalam memastikan kita mencukupi bekalan simpanan.
SuperNifz recently posted…Masa Makan Vitamin Shaklee Paling Berkesan.
Paling baik kalau dapat dipraktikkan dan jadi contoh kepada orang lain.
Menarik dan boleh dipraktikkan. Orang yang baru mula kerja wajar guna terus teknik ni….
Boleh dilakukan…agak praktikal jika tiada komitmen hutang yang lain
azimah mohd zainuddin recently posted…Makanan Pembakar Lemak
Terima kasih atas info..kalau pandai berjimat dan uruskan kewangan, gaji biasa pun mampu beli rumah sendiri
Hamidah Ahmad recently posted…Cara Menyembuhkan Tulang Patah Dengan Cepat
Kos pengangkuta awam pun makin mahal tuan, kualiti saja tak berubah
Azmi Abdul Rahman recently posted…Umrah Bersama Anak Kecil? Ini tips supaya anak & keluarga kita tersenyum mengenangkan
point nombor 5 tu tak ramai yang buat. tq tolong ingatkan
nikkhazami recently posted…Sinopsis Mona Lisa di Astro Prima