7 kategori pelanggan di internet
Berniaga di internet tanpa mengira laman sosial seperti Facebook, Instagram atau Google Plus pastinya mengundang pelbagai jenis pelanggan. Di sini saya sertakan 7 kategori pelanggan di internet yang perlu diperhatikan supaya anda mudah untuk mengendalikan dan berurusan dengan mereka. Bukan apa, kenal dahulu pelanggan baru anda boleh buat tawaran.

1. Pelanggan yang rajin bertanya. Mereka gemar menghantar emel, mesej, SMS atau WhatApps untuk membuat pertanyaan. Adakalanya mereka akan bertanya di bahagian Status, Komen dan Inbox.
2. Pelanggan yang terus membayar. Mereka tiada karenah nak bertanyakan soalan. Mereka hanya lihat barang yang dijual dan terus membayar tanpa banyak soal. Cukup masa mereka akan beritahu bayaran sudah dilakukan. Ini pelanggan yang menjadi idaman setiap usahawan.
3. Pelanggan yang gemar melihat dahulu beli kemudian. Mereka gemar melihat gambar-gambar produk untuk menjamu mata sebelum membuat keputusan untuk membeli. Mereka akan membuat perbandingan harga atau produk dahulu, barulah mereka akan membuat pembayaran.
4. Pelanggan yang membeli di kemudian hari. Lebih kurang pelanggan sebelum ini, mereka juga akan tengok-tengok dahulu. Mereka akan bookmark pada laman yang menjual produk kegemaran mereka atau tag sendiri nama pada produk tersebut. Ada juga yang akan Share gambar produk di Wall mereka sendiri. Mereka perlu di follow-up jika anda mahu mereka membeli produk atau barang dari anda.
5. Pelanggan yang lurus. Mereka mahu maklumat ringkas. Soalan akan ditanya seringkas boleh, satu soalan untuk satu masa. Jawab soalan mereka dengan ringkas dan padat. Perkara yang paling penting ialah jawapan tersebut menepati citarasa mereka.
6. Pelanggan yang gemar bertanya. Sikap mereka amat teliti. Dari soalan remeh-temeh sehinggalah soalan yang serius. Pembelian akan berlaku apabila hati mereka berasa puas. Anda perlu bersabar dengan pelanggan jenis ini.
7. Pelanggan yang mahu jawapan lain. Mereka mahu jawapan yang baru untuk setiap maklumat produk. Jawapan biarlah dijawab dengan cara mereka bertanya. Jika ianya ditanya dari emel, maka jawablah menerusi emel juga. Ikut rentak mereka supaya jualan dapat dihasilkan.
Follow-up pelanggan guna Google
Anda boleh melakukan follow-up pelanggan menggunakan servis dari Google iaitu Google Adwords. Iklan produk anda boleh disasarkan kembali kepada pelanggan yang pernah melihat produk tersebut tetapi masih belum membuat pembelian. Ini dipanggil teknik retargeting. Iklan anda akan dipaparkan kepada mereka dan akan sentiasa mengekori di mana sahaja mereka buka internet.
Iklan tersebut akan menghantui pelanggan tersebut sehinggalah mereka membuat pembelian. Strategi ini agak teknikal dan memerlukan panduan yang khusus untuk anda pelajari. Anda boleh merujuk kepada Panduan Retargeting Google Adwords untuk mempelajarinya.
Memang macam-macam peel dan karenah pelanggan ni. Tapi itulah warna-warni dunia perniagaan 🙂
myliferia recently posted…Bagaimana YES Healthy Fitness Pack Membantu Proses Kurus Lebih Berkesan?
Kalau dapat yang cerewet kenalah sabar.
Saya masih simpan ebook Shamsuriyadi tentang Adwords. Dah bertahun beli .Ada banyak perbezaan tak Adwords sekarang dengan yang dulu ? Memang nak buat campaign lepas raya nanti.
rahimah recently posted…Pengalaman Bercuti Ke Amsterdam-Panik Bila Kapal Terbang Bergegar ! ( Part 1 )
Mungkin ada, cuma perubahan kecil.
Kalau dapat yang jenis no 2 tu syoklah..hihi
emalin mohd recently posted…5 Tips Turunkan Berat Badan Dengan Cepat
Biasanya orang nak nombor satu hehehe.
Manusia itu sendiri banyak karenah..biasalah tu.
Kalau banyak ragam, ini peluang untuk kita cari cara pikat pelanggan.
ujian..
berjaya lepas ujian dengan mereka.
boleh berjaya la tu
mrhanafi recently posted…Kata Kata Rindu Buat Anak Yang Jauh Berbentuk Doa
perlu sabar dengan karenah customer. Kalau tidak, customer mudah lari.
rika recently posted…Rezeki Bila Ziarah Sahabat
Ya, kena cari jalan untuk buat pelanggan jadi setia dengan kita.
Jika dapat pelanggan yang sukar,tetapi at least jadi pelanggan kita..mesti buat kita rasa seronok dan puas..
Junaidy Jaimi recently posted…Andai Kerajaan Malaysia Sekat Facebook, Peniaga Facebook Kemana??
Betul, bila dah dapat pelanggan yang pertama, pasti akan ada pelanggan yang kedua dan seterusnya.
Cukup seronok kalau dapat pelanggan yang tak banyak songeh… sekali tanya & terus beli.. perhhh… puasss sungguh rasenya taw…
SuperNifz recently posted…Pentingnya Vitamin Semasa Berhari Raya!
Itulah pelanggan yang kita idam-idamkan 🙂
Di internet lagi senang nak bandingkan harga.
selalunya pelanggan dari bolg dan instagram x banyak soal… mereka dh tanu nk beli apr… yg banyak cerita ni.. kadang2 orang yg rapat dan yg kita kenal… ni pengalaman kak la..
kak yatiadamv recently posted…KEBAIKAN VIVIX SHAKLEE
Betul, dapat resurring customer lagi mudah nak uruskan.
Macam macam pelanggan ada di internet. Kena banyak sabar bila berurusan
Ibu Zaid recently posted…Tempat menarik di Selangor Waktu Malam & Siang? Wow, Cantiknya 20 Lokasi Ini!
1001 karenah akan kita temui bila terjun dalam bidang bisnes online (juga bisnes offline).
Aqil Adli Agro recently posted…Aluminium punca penyakit Alzheirmer
Menarik bila tahu il pemasaran internet kan
Mama Hakim recently posted…Jerawat di dagu? Aduh sakitnya! Ini cara menghilangkan tanpa tinggal parut!