7 proses pembelian rumah subsale
7 proses pembelian rumah subsale ada diterangkan dalam artikel ini. Ada banyak pilihan untuk membeli rumah di Malaysia, bermula dengan rumah baru, rumah sekunder (subsale) dan rumah lelong. Proses beli rumah subsale ini bukanlah sesukar mana kerana ada banyak panduan sudah ditulis dan dikongsikan di media sosial.

Pertama sekali, anda perlu cari hartanah yang mahu dibeli. Sama ada rumah kos rendah, kondominium atau teres, pastikan ianya berada dalam kemampuan anda. Kedua, anda perlu menandatangani Surat Penerimaan (Letter Of Acceptance) atau Surat Tawaran (Letter Of Offer) yang diberikan oleh ejen hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH atau BOVAEA). Ini boleh mengelakkan anda dari ditipu ejen haram.
Ketiga, semak kembali berapakah deposit yang perlu anda jelaskan kepada ejen atau syarikat peguam berdaftar. Biasanya ia bermula dengan 3% dari harga rumah. Anda diberi tempoh 14 hari sehingga 21 hari bekerja kerana pinjaman lewat untuk mendapatkan kelulusan Persetujuan Jual Beli (Sales And Purchase Agreement). Elakkan daripada terus membayar kepada pemilik rumah.
Keempat, anda perlu pastikan pemilik rumah menandatangani Surat Penerimaan (Letter Of Acceptance) atau Surat Tawaran (Letter Of Offer) sebagai bukti mereka adalah pemilik rumah yang sebenar. Seterusnya Surat Tawaran (Letter Of Offer) itu anda gunakan untuk memohon pembiayaan dari bank untuk membeli rumah. Cari sekurang-kurangnya 4 bank yang berlainan.
Kelima, cari peguam yang berpengalaman dalam menguruskan hartanah untuk menyediakan perjanjian Persetujuan Jual Beli (Sales And Purchase Agreement). Tanda tangan dokumen tersebut sebaik sahaja anda dapat satu pinjaman yang diluluskan. Selagi belum dapat sekurang-kurangnya satu pinjaman, usah tanda tangan apa-apa dokumen.
Keenam, buat bayaran lagi 7% deposit rumah anda. Cukup 10% deposit baru tanda tangan Persetujuan Jual Beli (Sales And Purchase Agreement). Anda perlu tunggu 3 hingga 6 bulan bagi membolehkan bank melunaskan tunggakan bayaran pada pemilik rumah. Hubungi peguam anda supaya anda tahu proses ini.
Ketujuh, selepas kesemua tunggakan selesai dibayar oleh bank, pastikan peguam anda menguruskan serahan kunci rumah. Selepas dapat kunci, pemilik rumah perlu kosongkan rumah dengan segera.
Kos guaman (Legal Fees) rumah anda
Selain 7 langkah asas pembelian rumah sekunder, anda akan dapat tahu lebih banyak maklumat yang lain apabila anda sendiri yang membeli rumah. Contoh paling mudah ialah kos guaman (Legal Fees) yang perlu anda keluarkan. Setiap rumah mempunyai caj kos guaman yang berbeza seperti di bawah :
- Rumah RM150,000 yang pertama = 1%
- Rumah RM150,001 ke RM850,000 = 0.7%
- Rumah RM850,001 ke RM2,000,000 = 0.5%
Kos lain-lain yang berkaitan dengan hartanah
Bila anda membeli rumah, cukai kerajaan sebanyak 5% akan dikenakan. Anda juga dicaj dengan Kos Pengeluaran (Disbursement Cost) serendah RM500 hingga RM1,000. Ia meliputi kos seperti berikut :
- Setem Persetujuan Jual Beli (Sales And Purchase Agreement) RM10 setiap salinan
- Carian bankrupsi
- Pencarian syarikat (yang berkaitan)
- Carian tanah (sebelum sediakan Persetujuan Jual Beli (Sales And Purchase Agreement)
- Daftar dokumen tukaran hak milik hartanah di Pejabat Tanah
- Dan lain-lain kos yang berkaitan
Jika anda nak beli rumah tetapi belum ada deposit yang cukup, sila baca artikel 6 sebab untuk tambah pendapatan.
Baru saya tahu cara beli rumah subsale yang lebih tepat…terima kasih tuan.
Introducer maybank recently posted…Kelulusan akaun semasa syarikat-feedback positif daripada usahawan/peniaga
Betul, beli ikut prosedur lagi mudah 🙂
Tuan sy runsing, skrg nu sy dlm proses utk menjual rumah..tp belom sign snp lg..suddenly atas kekangan hal dalaman serta keluarga.. Sy ingin membatal kan penjualan ini…sy sudah maklum kpd agent tp xde maklum balas.. Sperti mereka tidak bersetuju.. Masalah nya sy da sign letter purchase agreement yg dkeluarkan oleh pihak agent..sy ngaku sy bersalah.. Tp bagaimana sy bole selesai perkara ini secara mukadimah? Dan x perlu dikenakan denda 2 kali ganda…dan sy Akan bg gantirugi dlm rm200 atau lebih kepada agent sbb dia bersusah payah mencarik kan buyer utk sy..
Mohon tuan buzz sy…Bantu sy..sy dlm susah hati Dan dilema.. No sy 016 2211 215
Terima kasih…
Mohon bincang semula dengan ejen hartanah yang anda lantik.
Bagusnya. Step by step nampak jelas flow tu.
Sue recently posted…Entopia Penang – Tempat Menarik Di Pulau Pinang Yang Wajib Singgah
Semoga dapat membantu orang lain yang nak beli rumah subsale.