Hartanah

7 Sebab Harga Rumah Mahal

7 sebab harga rumah mahal

Harga rumah hari ini jauh berbeza dari rumah dahulu. Jika sebuah rumah kos rendah bernilai RM25,000 pada tahun 1990an, tahun 2000 ianya dijual pada harga RM42,000. Tahun 2016 tiada lagi rumah kos rendah, yang ada ialah rumah mampu milik serendah RM100,000. Itu yang paling rendah. Mengapa harga rumah berbeza-beza? Ada 7 sebab harga rumah mahal.

Harga rumah meningkat dengan melibatkan banyak sebab. Mohd Fadhli ada menyatakan pandangannya seperti di bawah.

1. Spekulator. Mereka ada banyak wang simpanan. Mereka beli dan jual semula rumah tersebut dengan rakan-rakan mereka dengan nilai yang melampau tingginya. Transaksi harga yang tinggi melambungkan harga rumah di pasaran. Kumpulan spekulator ini akan jual kembali pada orang lain.

Harga akan menjadi statik bila orang lain membeli rumah tersebut dalam masa yang lama. Lebih buruk lagi ansuran bulanan tidak setara dengan nilai sewa bulanan. Akibatnya rumah tak dapat disewakan kerana orang tidak mampu menyewa sehingga rumah tersebut terlelong.

Katakan spekulator membeli 20 rumah dalam tempat yang sama dengan nilai RM200,000 dan menjual semula dengan nilai RM400,000 pada rakan mereka sendiri. Harga pasaran rumah meningkat secara mendadak namun nilai sewaan jauh lebih rendah dari bayaran bulanan.

2. Pemaju hartanah. Tanpa harga siling, pemaju hartanah meletakkan harga sendiri. Rumah seperti ini dipanggil rumah mampu lihat kerana harganya mahal. Rumah belum siap tapi harga sudah mencanak. Harga jualan ditetapkan bergantung pada faktor inflasi, kenaikan kos bahan binaan, kos sara hidup yang meningkat, kemampuan gaji dan polisi kerajaan.

3. Polisi kerajaan Malaysia. Kerajaan menetapkan rumah baru dari RM300,000 ke bawah telah menundukkan pakatan spekulator dan pemaju. Walau bagaimana pun kerajaan tidak menetapkan kuota rumah kos rendah boleh menyebabkan kebanyakan rumah dijual melebihi RM300,000 termasuk di kawasan pekan dan kampung.

4. Kos sara hidup yang meningkat. Rumah dibina oleh manusia yang perlukan wang. Ia digunakan untuk perbelanjaan kewangan keluarga. Pemaju hartanah perlu mendapatkan wang untuk membiayai gaji pekerja. Kos sara hidup hari ini tidak sama dengan kos hari ini. Pemaju turut menaikkan harga rumah atas faktor ini.

Sama dengan rumah lelong dan rumah sekunder (subsale). Rumah yang rosak akan dibaiki dengan kos yang berbeza seperti tahun-tahun terdahulu. Tukang rumah juga mahukan wang untuk hidup. Oleh itu rumah lelong dan rumah sekunder turut menjadi mahal dari biasa.

 

7-sebab-harga-rumah-mahal
Rumah jadi mahal bukan salah kerajaan semata-mata.

 

5. Peningkatan inflasi. Setiap tahun inflasi menaik dengan penurunan nila mata wang. Harga rumah turun dipengaruhi walau pun masih dalam pembinaan. Jika dahulu kuih karipap 5 biji boleh dapat dengan harga RM1 tetapi hari ini sebiji dijual dengan harga 50 sen. Itu pun saiznya sangat kecil dan intinya sedikit. Rumah di kawansan Bangsar bernilai RM70,000 pada tahun 1970an, hari ini sudah mencecah jutaan ringgit. Bukan nilai rumah sahaja meningkat tetapi tanah turut terkesan.

6. Keperluan dan kemahuan. Ini faktor yang tersembunyi dalam diri sendiri. Barang keperluan dikawal nilainya dan harganya tidak boleh dijual dengan mahal.  Barang kemahuan pula tiada sekatan harga, malah ia dijual dengan harga yang berganda. Peniaga yang mahu untung cepat akan jual barang kemahuan melebihi harga barang keperluan.

Sama dengan rumah mampu milik dan rumah mampu lihat. Masyarakat mahu rumah yang mewah seperti rumah teres dan rumah banglo. Bila harganya mahal, mereka bising dan menyalahkan kerajaan kerana tak kawal harga rumah. Sedarlah rumah jenis ini ialah rumah kemahuan. Sebab itu pemaju selaku peniaga menjual dengan harga yang tinggi.

Mereka lupa rumah mampu milik itu adalah rumah keperluan. Mungkin sebab rumah ini tidak mewah, jadi rumah keperluan seperti rumah kos rendah dan rumah pangsa dipandang sebelah mata. Akibatnya rumah jenis ini turut meningkat naik sehingga mereka rasa menyesal sebab tak beli awal-awal.

7. Sikap diri sendiri. Akibat tidak pandai melihat perbezaan kemahuan dan keperluan, banyak pembaziran yang berlaku. Wang dihabiskan untuk beli barang kemahuan. Beli rumah pun yang di atas kemampuan. Kemudian bising rumah jadi mahal. Kurang inisiatif untuk mencari rumah yang lebih rendah seperti rumah kos rendah dan rumah pangsa.

Diri sendiri tidak mahu belajar ilmu kewangan dan hartanah. Lebih banyak masa diluangkan untuk melayari laman sosial, berfesyen, berpolitik, WhatApps perkara tak berfaedah dan bersembang kosong. Hari ini banyak sumber ilmu yang boleh didapati dengan kemudahan internet.

 

Kesimpulan

Ilmu yang percuma sudah cukup banyak. Ilmu berbayar pun ada. Pandai-pandailah memilih ilmu. Usah terpedaya dengan seminar hartanah yang mengenakan yuran ribuan ringgit tetapi isinya asas sahaja. Jika ada ilmu yang perlukan anda mengeluarkan komitmen, bayarlah kerana ia adalah pelaburan ilmu untuk anda membeli rumah.

Jika anda belum mampu membeli rumah, carilah ilmu dahulu sehingga berjaya membeli rumah yang pertama. Kemudian barulah fikir dan cari jalan untuk cari rumah kedua, rumah ketiga dan rumah yang seterusnya. Rumah-rumah ini akan menjadi aset atau mesin duit anda.

Jika anda nak belajar dapatkan deposit untuk membeli rumah, saya cadangkan anda belajar buat duit di internet. Banyak platform yang boleh digunakan untuk dapatkan pendapatan sampingan, termasuklah Shopee. Terus klik link di bawah untuk mula belajar buat duit dengan Shopee.

 

–>> klik sini untuk dapatkan panduan bisnes Shopee <<–

7 thoughts on “7 Sebab Harga Rumah Mahal”

  1. sekarang ni nak cite beli umah apartment pon dh tak mampu wei…rm300,000 dengan gaji rm2500…join account dpt la gaji rm5000..lepas tu komitment anak lagi, isteri,ibu di kampung…bukan pasal kemahuan….keperluan pon tak boleh nak beli

  2. Harga rumah manalah boleh turun. Korang yang percaya Harga rumah akan turun aku rak tahu nak cakap apa. Banyak lagi yang mempengaruhi harga rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.