Separa Perubatan

7 Sebab Nota Separa Perubatan Tak Penting

7 sebab nota Separa Perubatan tak penting

Ada sebilangan calon-calon peperiksaan Separa Perubatan tidak berjaya dalam peperiksaan yang diambil. Ada yang memandang reme dengan nota yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. 7 sebab nota Separa Perubatan tak penting adalah seperti berikut :

1. Harganya mahal. Anda rasa harganya boleh membuatkan anda kesempitan hidup. Anda sanggup gunakan wang anda untuk beli telefon pintar seperti Oppo, Samsung dan iPhone. Atau anda lebih pentingkan langganan pelan internet untuk menghantar mesej menerusi WhatApps, WeChat,Telegram atau Line. Paling tidak boleh guna wang anda untuk makan di KFC atau McDonald. Nota Rujukan Separa Perubatan hanya akan membazirkan wang anda.

2. Boleh Google maklumat. Banyak maklumat percuma yang anda boleh dapat di internet. Cari sahaja guna Google, Yahoo! atau Bing. Masa anda masih panjang. Anda boleh gunakan masa tersebut untuk cari dan kumpul maklumat yang diperlukan untuk menghadapi peperiksaan Separa Perubatan. Kenapa nak beli nota tersebut kalau boleh dapat secara percuma?

3. Boleh kongsi dengan orang yang sudah ada. Anda cari dan kumpul 10 hingga 20 orang kawan dan buat satu kumpulan dalam WhatApps, WeChat,Telegram atau Line. Bincang dengan sesiapa yang ada Nota Rujukan Separa Perubatan dan minta dia kongsi dalam kumpulan anda. Kongsi seorang RM5 untuk beli nota tersebut.

Adakah cara tersebut membawa keberkatan? Sudahkah anda meminta izin dari pemilik nota rujukan tersebut? Sekiranya anda berjaya dan lulus dalam peperiksaan dan temuduga, adakah anda nak sara perut anda dengan hasil yang tidak berkat? Beri makan anak, isteri dengan keluarga yang tidak berkat?

Anda menganggap penulis yang menerbitkan Nota Rujukan Separa Perubatan hanya mahu mengambil keuntungan semata-mata. Mahu buat duit dengan calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan tersebut. Barangkali semasa anda bersekolah, anda lupa bahawa buku latihan dan buku rujukan perlu dibeli untuk memudahkan sesi pembelajaran.

Inisiatif penulis dan penerbit bukanlah disebabkan keuntungan semata-mata, tetapi untuk menampung kos masa, kajian, yuran hosting dan talian internet yang digunakan demi memastikan maklumat ini sampai kepada anda. Jadi anda sudah tidak perlu bersusah payah duduk di hadapan komputer sehingga berjam-jam lamanya.

 

7 sebab nota separa perubatan tak penting
Tidak perlu menduduki peperiksaan Separa Perubatan jika anda sekadar main-main sahaja.

 

4. Yakin boleh lulus. Anda memang tak perlukan bantuan sebab yakin nasib menyebelahi anda. Anda yakin boleh berjaya lulus dalam sesi peperiksaan dan temuduga Separa Perubatan. Keyakinan anda adalah segala-galanya. Tanpa rujukan atau bantuan anda memang boleh lulus.

5. Memang tak minat. Anda mengambil keputusan untuk menyertai Separa Perubatan sebab ikut cakap orang lain atau paling tidak terikut-ikut dengan kawan-kawan. Tambahan pula ada bayaran elaun setiap bulan. Persoalannya, sekiranya anda sudah tak berminat dengan kursus tersebut, mengapa mahu membuang masa? Lebih baik anda cari bidang yang anda betul-betul minat dan berikan peluang kerjaya Separa Perubatan kepada orang lain.

6. Tak mahu berjaya. Anda mendaftar dalam Separa Perubatan sekadar untuk mengisi masa lapang. Bila sudah tidak ada kerja atau aktiviti yang nak dilakukan, anda sengaja masuk ke laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk mendaftar sebagai calon peperiksaan. Sebab itu ada lebih 40,000 orang yang menduduki peperiksaan online Separa Perubatan.

7. Mahukan secara percuma. Ini adalah perkara yang paling utama. Semua perkara mahu didapati secara percuma. Tak perlu keluarkan apa-apa kos. Pernahkah anda terfikir, mengapa sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi mengenakan yuran pengajian?

Apa yang anda bayar bukanlah 100% mengikut kadar belanja yang diperlukan. Anda hanya mengeluarkan sebahagian belanja yang kecil sahaja. Itu tanda atau bukti komitmen anda untuk berjaya. Jika Nota Rujukan Separa Perubatan diberikan secara percuma, anda mungkin tidak menghargainya. Anda tidak akan mengambil serius tentang bidang ini.

 

Borang Daftar Ebook Percuma

 

Isikan nama dan emel anda untuk download ebook percuma Separa Perubatan.

16 thoughts on “7 Sebab Nota Separa Perubatan Tak Penting”

    1. – Merujuk soalan sraudaa Syazwan, jawapannya adalah YA bahawa hak ahli biasa untuk mengundi terlucut jika ahli tidak berjaya menjelaskan yuran tahunan PERUBATAN pada sesi tersebut. Adapun begitu, perkara ini tidak disebutkan secara khusus di dalam Perlembagaan PERUBATAN. Tetapi dinyatakan di dalam etika (merujuk soalan ke-7: Apakah keistimewaan yang saya akan peroleh setelah menjalankan kewajipan saya ini?)Terima kasih di atas pertanyaan sraudaa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.