7 senarai semak profail kewangan

Nak beli rumah ni bukan macam nak beli sayur di pasar ataupun macam nak beli makanan ataupun beli pantun. 7 senarai semak profail kewangan ini dikongsikan oleh Amir Syahir di Facebook.

Pembiayaan hartanah perlukan komitmen yang tinggi dengan masa yang lama. Bagi meyakinkan bank agar dapat meluluskan pinjaman perumahan anda, susun profail kewangan anda sebaik mungkin. Berikut adalah senarai yang perlu anda perhatikan.

1. CCRIS. Jika anda pernah berhutang dengan bank, komitmen anda akan terpapar dalam bentuk nombor dalam CCRIS. Sebaik-baiknya angka 0 sahaja yang dipaparkan dalam CCRIS. Usah lupa bayar PTPTN untuk elakkan CCRIS tercalar.

 

2. Pendapatan. Walaupun kita berpendapatan rendah kita juga boleh lepas buat pinjaman perumahan. Senaraikan gaji, elaun, pendapatan sampingan. Cuba tambah pendapatan sampingan dan ada haruslah simpanan.

3. DSR (Debt Service Ratio). Kalau komitmen terlalu tinggi atau hutang bank banyak, pinjaman perumahan memang susah nak lepas. Setengah bank lain di punya kebenaran DSR. Kalau boleh hapuskan hutang-hutang yang mampu bayar sekaligus.

4. Penggunaan kad kredit. Penggunaan kad kredit di mata sesetengah pegawai bank ialah kita tak mampu bayar tunai. Suka berhutang walaupun tak penting. Kalau boleh jauhkan dari mempunyai kad kredit. Sebab penggunaan melebihi dan bayar tak ikut masa, memang mengundang profail kewangan yang tak cun.

 

7-senarai-semak-profail-kewangan

Apa profail kewangan yang perlu anda sediakan?

 

5. Gaji. Gaji hari ini, esok dah tinggal separuh, akhir bulan tinggi berapa belas ringgit je. Macam mana pihak bank nak bagi pinjaman perumahan? Rancanglah perbelanjaan dengan betul. Jangan tiap dapat gaji pergi cari flavor vape je sambil lepak Starbucks.

6. Simpanan. Mulakan dengan menyimpan 10% daripada gaji kita. Dengan mempunyai simpanan, kita sudah ada modal mencukupi untuk membayar deposit rumah jika pinjaman diluluskan nanti.

7. Pinjaman peribadi. Mempunyai pinjaman peribadi akan mengakibatkan scoring kau tak cun dan dapat kadar faedah pinjaman bank yang tinggi. Jadi fikir dua kali kalau nak buat pinjaman peribadi.

Pihak bank suka beri pinjaman perumahan pada orang yang tak memerlukan pinjaman daripada bank ataupun mempunyai rekod pembayaran balik yang bagus.

 

Untuk pastikan profail kewangan anda tersusun, pastikan anda rujuk kepada panduan kewangan yang disediakan oleh konsultan kewangan yang terpilih.