Kewangan

7 Senarai Semak Profail Kewangan Yang Jarang Diketahui

7 senarai semak profail kewangan yang jarang diketahui

Nak beli rumah ni bukan macam nak beli sayur di pasar atau pun macam nak beli makanan atau pun beli pantun. 7 senarai semak profail kewangan yang jarang diketahui ini dikongsikan oleh Amir Syahir di Facebook. Pembiayaan hartanah perlukan komitmen yang tinggi dengan masa yang lama. Bagi meyakinkan bank agar dapat meluluskan pinjaman perumahan anda, susun profail kewangan anda sebaik mungkin. Berikut adalah senarai yang perlu anda perhatikan.

 

7 senarai semak profail kewangan yang jarang diketahui
Bina profil kewangan yang baik dari sekarang, usah bertangguh-tangguh.

 

1. CCRIS. Jika anda pernah berhutang dengan bank, komitmen anda akan terpapar dalam bentuk nombor dalam CCRIS. Sebaik-baiknya angka 0 sahaja yang dipaparkan dalam CCRIS. Usah lupa bayar PTPTN untuk elakkan CCRIS tercalar.

2. Pendapatan. Baik tinggi atau rendah gaji anda, masih ada harapan untuk memohon pembiayaan perumahan. Senaraikan pendapatan anda bermula dengan gaji, elaun dan pendapatan sampingan yang ada.

3. Debt Service Ratio (DSR). Pembiayaan yang anda pohon boleh terjejas jika anda mempunyai komitmen yang tinggi atau jumlah hutang yang banyak. Setiap bank mempunyai tahap DSR yang berbeza. Oleh itu berusahalah untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut secara berperingkat atau sekaligus.

4. Guna kad kredit. Sesetengah pegawai bank melihat pengguna kad kredit adalah orang yang tak mampu berbelanja tunai. Bayar untuk sesuatu yang tidak semestinya penting. Cepat leret kad kredit tapi lambat bayar semula boleh merosakkan laporan CCRIS anda.

5. Gaji bulanan. Hari ini dapat buat bayar hutang dan bil-bil sampai tinggal sedikit. Lupa nak simpan sebahagian buat deposit rumah. Masa berduit sibuk minum di Starbucks atau tukar spotrim kereta.

6. Simpanan gaji. Ambil 10% dari gaji bulanan untuk disimpan. Ia boleh digunakan untuk deposit rumah atau simpanan kecemasan. Jika gaji tak mencukupi, belajar untuk buat duit dengan dropship secara sambilan.

7. Pembiayaan peribadi. Markah CCRIS anda boleh terjejas bila ada pembiayaan peribadi. Lebih perit lagi bila dikenakan kadar faedah yang tinggi.

Ingat, bank akan beri pembiayaan kepada mereka yang ada rekod pembayaran yang baik dan mereka yang tak perlukan pinjaman. Susun semula profail kewangan anda dengan merujuk kepada panduan pengurusan kewangan dan hartanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *