7 tips penjimatan untuk remaja

Tips ini asalnya ditulis oleh Amir Syahir untuk golongan remaja yang terdiri dari mahasiswa dan mahasiswi untuk berjimat cermat semasa belajar. 7 tips penjimatan untuk remaja ini boleh membantu mereka dari masalah kewangan hingga terpaksa berlapar, catu makanan dan mengikat perut. Kos sara hidup akan meningkat setiap tahun.

Sepinggan nasi goreng Cina boleh dibeli dengan harga RM2.50 pada tahun 2005, tapi kini ia dijual dengan harga RM5.00 hingga RM6.00 sepinggan. Selain itu ada beberapa lagi punca yang disenaraikan di bawah :

1. Cara hidup. Dahulu kebanyakan orang guna telefon bimbit seperti Nokia 3310 untuk membuat panggilan dan SMS sahaja. Hari ini telefon pintar dicipta dengan kelebihan merakam gambar, video, melayari internet dan menghantar mesej menerusi WhatsApp. Harga telefon pintar paling rendah pun RM300.

2. Belajar di restoran ternama. Dahulu perpustakaan jadi tumpuan. Hari ini pelajar sekolah rendah pun pilih restoran ternama seperti Domino Pizza untuk mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan. Bukan duduk saja, kenalah pesan makanan dan minuman sekali.

3. Pakaian yang mahal. Pelajar sekolah rendah pun sudah pandai bergaya. Kalau boleh semua yang dipakai ada jenama. Keluar dengan kawan sembang beli di butik mahal. Tudung sahaja boleh mencecah ratusan ringgit. Duit datang dari mana? Kalau bukan PTPTN pasti minta ibu bapa bayarkan.

4. Berhibur di tempat mahal. Tiba sahaja hujung minggu pasti nak keluar tengok wayang, bersiar-siar dan berkaraoke. Hilangkan tekanan masa belajar di kolej atau universiti. Silap besar bila guna wang PTPTN atau wang saku dari ibu bapa ke tempat peranginan ternama seperti Genting Highland.

5. Nak jadi orang dewasa. Sibuk nak cerahkan kulit, nak kuruskan badan dengan jadi sado. Wang banyak dibelanjakan untuk alat solek daripada beli buku akademik. Set kecantikan bukannya murah. Berpuluh-puluh ringgit bahkan ada yang mencecah ratusan ringgit.

 

7-tips-penjimatan-untuk-remaja

Zaman remaja adalah masa yang terbaik untuk belajar mengurangkan kesilapan seperti orang lain.

 

Seorang remaja yang meningkat dewasa perlu :

1. Belajar membezakan kehendak dan keperluan. Anda mahu guna telefon pintar? Beli yang paling rendah harganya. Nanti sudah kerja boleh tukar lagi. Janganlah masa belajar terus beli jenama iPhone.

2. Hidup di bawah kemampuan. Cari pakaian di bawah harga RM50. Jika dapat harga RM25, sudah jimat RM25.

3. Susun perbelanjaan. Tulis senarai barang yang nak dibeli. Ini boleh membantu anda menjimatkan wang daripada terbeli barang lain.

4. Rancang belanjawan. Jika ada wang RM2,500 usah belanjakan kesemuanya. Simpan dahulu dan beli barang keperluan sahaja.

5. Perbandingan harga. Cari dua barang yang sama tapi pilih yang mana lebih rendah. Pilihan yang lebih rendah tapi berkualiti boleh menjimatkan wang anda.

6. Beli ikut keutamaan. Beli barang yang perlu sahaja. Begitu juga pakaian. Orang bukan pandang kasut ratus-ratus ringgit kalau pergi kuliah.

7. Gaya hidup biasa. Nak sihat kos murah pergilah jogging di taman. Hirup udara segar. Jangan masuk gimnasium. Wang PTPTN masuk sekali, belanja sudah berkali-kali. Nak bercuti carilah tempat yang dekat sahaja. Jangan sampai memakan belanja yang tinggi sampai habis wang untuk belajar.