Uber

7 Tips Penting Untuk Uber Partner

7 tips penting untuk Uber Partner

Uber Driver atau Uber Partner menawarkan perjalanan yang selamat untuk balik ke rumah pada lewat malam, penghantaran barang dan menghantar penumpang ke lapangan terbang. Ada 7 tips penting untuk Uber Partner yang wajib diketahui sebelum memandu dengan Uber. Bila anda memandu sebagai Uber Partner, anda akan menerima bayaran mingguan.

Uber telah memainkan peranan yang besar dalam ekonomi yang mempunyai permintaan tinggi menerusi pemandu kontrak. Berbeza dengan kerja makan gaji, memandu bersama Uber menjanjikan potensi pendapatan yang unik.

1. Mempunyai jadual kerja sendiri yang rumit. Bila anda memandu dengan Uber, anda boleh buat keputusan di mana anda nak kerja, mana anda nak pergi dan siapa yang anda nak bawa. Untuk memaksimakan pendapatan, anda kena buat kajian. Anda boleh maksimakan pendapatan dengan mengurangkan jarak di antara tempat mengambil penumpang.

Cari kawasan bertrafik tinggi yang berhampiran dengan destinasi penumpang. Cuba pandu di masa yang berbeza waktu siang dan malam untuk menentukan bilakah waktu Uber Partner yang jarang berada di jalanan dan jejaki waktu dan tempat terbaik di dalam bandar anda.

2. Sistem markah Uber berimpak tinggi. Skrin dalam aplikasi Uber akan memaparkan sistem markah (rating) dengan nilai yang diberi oleh pelanggan. Sistem ini menggalakkan pemandu dan penumpang Uber bersikap baik. Kedua-dua pihak boleh memberi markah antara satu sama lain. Sistem ini boleh membantu Uber Partner untuk berhati-hati semasa memandu.

Sayang sekali ada ada yang menggunakan sistem markah ini untuk menyingkirkan pemandu lain daripada menjadi Uber Partner. Jika markah di bawah 4.6, Uber akan memberi amaran sebelum pemandu berkenaan dinyahaktif. Uber percaya bahawa pelanggan sentiasa betul.

3. Pendapatan dengan Uber tidak banyak seperti iklan Uber. Uber menyatakan anda boleh dapat sehingga RM20,000 sebulan bila menyertai Uber Partner. Anda mungkin dapat sebahagian kecil daripada jumlah yang dinyatakan. Ramai Uber Partner yang memprotes kerana Uber memotong pendapatan mereka secara berterusan.

Mereka yang pernah jana RM20,000 sebulan dengan Uber tahun lepas sukar untuk mendapat jumlah yang sama pada tahun ini. Jika Uber Partner mengejar insentif dari kadar masa, jarak dan tambang asas, Uber akan membuat pemotongan sehingga 42%. Kadar tersebut akan sentiasa berubah-ubah pada bila-bila masa.

Uber tidak bercadang untuk bersaing dengan teksi dan kereta sewa yang lain, tetapi Uber mahu bersaing dengan kos memiliki kereta. Mereka mahu penumpang memilih Uber sebagai pengangkutan yang lebih murah berbanding teksi.

4. Semak kos sebenar memandu dengan Uber. Sebagai Uber Partner, anda perlu buat kira-kira kos perjalanan yang dikeluarkan berbanding dengan bayaran yang diterima dari Uber. Masukkan kos minyak, kos selenggara, kos baik pulih kerosakan, kos tayar, insurans/takaful, kos cuci kereta, ansuran bulanan dan sebagainya.

5. Sewa kereta lebih baik dari beli kereta baru. Jika anda boleh sewa kereta untuk memandu dengan Uber, anda tidak perlu beli kereta baru. Cari mana-mana kereta yang boleh disewa dengan syarat nama anda turut diinsuranskan dalam nota insurans kereta tersebut. Anda boleh jimatkan banyak kos seperti yang dialami oleh pemilik kereta.

6. Penumpang marah. Jika ada penumpang yang hilang akal kerana anda tak boleh ambil mereka di tempat yang diminta. Ingat bahawa markah anda akan terkesan dengan penumpang yang marah. Anda harus faham bahawa ada penumpang yang mahu anda menjemput mereka walau pun tempat tersebut adalah kawasan larangan bagi kereta.

Ada penumpang marah kerana tak dapat masuk bersama 6 orang rakan dalam sebuah kereta. Ada juga yang mahu membawa minuman keras masuk dalam kenderaan. Apa yang penting ialah anda terangkan bahawa polisi Uber memang tidak membenarkan anda berbuat demikian.

7. Bonus rekrut penumpang dan Uber Partner. Uber menawarkan program referral untuk Uber Partner mengajak rakan-rakan yang berminat untuk memandu bersama Uber. Selain itu, Uber akan memberikan bonus jika anda dapat penumpang baru yang mendaftar dengan Uber.

Anda boleh buat kad bisnes untuk diberikan pada penumpang baru. Mereka perlu memasukkan kod tajaan anda untuk melengkapkan proses pendaftaran. Setiap penumpang yang berdaftar akan membantu meningkatkan lagi pemintaan terhadap Uber. Mereka akan dapat diskaun bila menaiki Uber untuk kali yang pertama.

Bila anda sudah ada kad bisnes, edarkan pada rakan di majlis keramaian, hotel-hotel tempatan atau pada penumpang yang selesai dihantar ke destinasi mereka. Ia mengambil masa yang tertentu untuk mendapat pelanggan, tetapi ia sudah cukup selamat untuk memastikan anda mendapat bonus dan wang tambahan tanpa perlu memandu dengan lebih lama.

Mempromosikan kod tajaan untuk penumpang baru dan merekrut Uber Partner bukanlah keutamaan anda, tapi ia boleh membantu meningkatkan pendapatan anda.

 

7-tips-penting-untuk-uber-partner
Sebagai pemandu Uber, anda harus sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

 

Mahukah anda berdepan dengan 7 cabaran di atas? Sertai Uber hari ini dan rebutlah bonus dan insentif yang ditawarkan. Daftar di sini sekarang :
[+] http://bit.ly/RegisterUberDriver

1 thought on “7 Tips Penting Untuk Uber Partner”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.