7 tips promosi bisnes di internet
Dalam bisnes, promosi adalah tunjang dalam bisnes anda. Tiada promosi maka tiada jualan. Jika tiada jualan dihasilkan maka tiadalah keuntungan. Bisnes yang berjalan dengan sekadar balik modal juga tidak mampu bertahan lama. Bisnes anda akan lingkup kerana tidak dapat bertahan dan berkembang. 7 tips promosi bisnes di internet ini boleh anda gunakan sebagai panduan bagi bisnes anda.

1. Promosi bisnes di forum. Anda boleh mulakan secara perkongsian di forum-forum bisnes. Belajarlah berinteraksi dengan ahli-ahli yang lain. Berikan pandangan anda berdasarkan topik-topik yang dibincangkan dalam forum. Pada bahagian signature, anda boleh letakkan link promosi produk, servis atau laman web anda. Tajuk yang anda bincangkan mudah dicari menerusi enjin carian seperti Google.
2. Promosi di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram. Teknik promosi ini ada sedikit persamaan dengan forum. Perbezaan yang ada ialah ia tidak berapa mesra dengan enjin carian. Maklumat yang dikongsikan dalam laman sosial agak berterabur dan tidak berada dalam kategorinya yang tersendiri. Untuk menjalankan promosi, anda perlu belajar teknik pengiklanan Facebook Ads dengan betul.
3. Promosi guna blog. Ini adalah teknik promosi yang mudah. Anda hanya perlu hasilkan artikel yang mesra SEO supaya mudah dicari dalam enjin carian. Dicadangkan supaya anda menggunakan platform blog berbayar seperi WordPress kerana ia boleh dihoskan pada domain anda sendiri. Dengan WordPress, anda boleh tambahkan plugin yang boleh mengoptimumkan blog anda.
4. Promosi artikel. Hasilkan artikel yang berkualiti dan memenuhi kemahuan pengguna di internet. Katakan pada waktu itu ramai orang mencari cara menjalankan bisnes informasi, maka anda hasilkan satu artikel yang membantu orang ramai cara-cara nak menjalankan bisnes tersebut. Anda perlu memasukkan perkataan yang kerap dicari oleh mereka seperti “panduan bisnes informasi”.
5. Promosi video. Ini kaedah yang paling berkesan kerana ia mengandungi suara, visual dan kesan khas. Banyak peniaga menggunakan video untuk mempromosikan dan menerangkan produk mereka. Anda boleh hasilkan video bagaimana nak membuat pembelian produk informasi yang ditawarkan atau video cara pasang blog WordPress. Anda boleh masukkan link laman web anda di akhir video tersebut.
6. Promosi emel. Ini cara promosi tradisional yang paling banyak dan popular digunakan seluruh dunia. Emel prospek anda akan disimpan dalam autoresponder untuk dihubungi pada bila-bila masa. Anda perlukan pengetahuan teknikal untuk menjalankan teknik ini. Emel hendaklah di isi sendiri oleh prospek anda dan tidak boleh dikutip sesuka hati kerana anda boleh dituduh kerana mencuri emel tanpa izin.
7. Promosi viral di Facebook. Hasilkan satu laporan percuma dan letakkan di minisite ada. Masukkan link laman web atau blog yang berkaitan dengan produk informasi anda. Galakkan pembaca anda untuk menyebarkan laporan tersebut kepada rakan-rakan yang lain. Jangan lupa untuk minta mereka Like pada Fanpage anda sebagai tanda sokongan. Sambil sebarkan ebook anda boleh tambah Like tanpa kos tinggi.
7 tips promosi bisnes di internet ini hanya berkesan bila anda praktikkan. Anda boleh mulakannya dari mana-mana sahaja dan lihat yang mana satu teknik promosi bisnes informasi yang paling berkesan. Kemudian tumpukan teknik promosi tersebut untuk digunakan dalam bisnes informasi anda.
wah banyaknya channel untuk promosi..rugi kalau asyik berharap pada satu channel tak gunakan pelbagai channel2 ni..
Junaidy Jaimi recently posted…Contest Review Lynk.my 2015
promosi memang penting untuk membuatkan pelanggan mengenali produk kita. Memang perlu pelbagai medium untuk promosi produk
azimah mohd zainuddin recently posted…Berapa Banyak Vitamin C Perlu Diambil
tips yang baik. dapat diamalkan nanti
aRz MoHa recently posted…Penangan Zul Handy Black Tersingkir Gegar Vaganza
promosi menggunakan medium video, email dan viral belum diaplikasikan lagi
Noriza Rahman recently posted…Kebaikan dan Manfaat Minum Air Lemon Setiap Pagi Untuk Kesihatan
Tak mengapa, cuba fokus pada satu teknik dulu 🙂
oh bergitu banyak sekali ruang untuk mempromosikanya, tinggal ada masa ketidak je nak buat
onlajer recently posted…Cordless impact Drill Pilihan Kontraktor
Thank you for the nice sharing tuan.
Regards,
Anas
http://www.zaahara.com
#saudagartelekung
Promosi kat blog dengan promosi dengan menggunakan artikel tu, kalau tak ada masa nak buat, sebenarnya boleh outsource je tu 😀
Promosi di forum tu macam dah tak relevan kan tuan
sebab sekarang ni forum macam dah tak berapa jalan
Mama Hakim recently posted…Ubat kencing manis paling berkesan untuk kawal gula darah?