Hartanah

8 Faktor Bank Luluskan Pinjaman Rumah

8 faktor bank luluskan pinjaman rumah

Ada banyak faktor pihak bank boleh memberikan pembiayaan rumah yang anda pohon. Bella Leana, seorang pegawai bank yang berpengalaman menyenaraikan 8 faktor bank luluskan pinjaman rumah. Anda boleh jadikan ia sebagai rujukan bila membuat pinjaman perumahan nanti. Jadi tidaklah anda kelam kabut untuk buat persiapan dan rujukan.

 

8-faktor-bank-luluskan-pinjaman-rumah
Apa rahsia pihak bank luluskan pinjaman rumah anda?

 

1. Simpanan. Sebaik-baiknya anda ada simpanan untuk ansuran bulanan selama 6 bulan. Jika lebih dari 12 bulan adalah lebih baik. Seelok-eloknya ada simpanan untuk ansuran 36 bulan. Lampirkan bersama buku simpanan Tabung Haji atau Amanah Saham Bumiputera. Buku akaun simpanan yang lain pun diterima.

2. Baki wang dalam akaun gaji. Sementara menunggu gaji yang seterusnya, anda masih ada baki contohnya jika esok gaji masuk anda masih ada RM50. Jangan tinggal belasan RM sahaja. Jika wang disimpan berasingan, sertakan sekali bukti dalam permohonan.

3. Kad kredit. Usah guna sehingga mencecah 70% dari had. Bayaran ansuran kad kredit mestilah lebih dari 5%. Bayar kesemua baki lebih baik untuk skor.

4. CCRIS yang cantik. Pastikan hanya ada angka “0” sahaja. Selain dari angka tersebut menandakan CCRIS anda bermasalah. Semak kembali tarikh akhir untuk membayar sebarang sewa beli. Buat bayaran awal sebelum tiba tarikh akhir. Jika ada “special attention account” selesaikan dahulu. Berjaga-jaga jika anda ada “application on credit”, banyak memohon di banyak bank akan menyebabkan pinjaman anda sukar diluluskan.

5. Usah pajak emas di bank. Rekod CCRIS yang memaparkan pajakan Ar-Rahnu bakal menurunkan skor untuk pinjaman anda diluluskan.

6. Sertakan surat tawaran. Surat tawaran atau “Offer Letter” atau penyata bayaran untuk setiap bayaran yang pernah dibuat. Ini akan memudahkan pihak bank membuat penilaian untuk kiraan DSR.

7. Dokumen terkini dan lengkap. Selain dokumen asas, segala dokumen berkaitan yang mendatangkan pendapatan anda juga perlu dihantar. Pastikan ia adalah dokumen yang terkini.

8. Periksa kelayakan. Sebelum membeli rumah, semak kelayakan sekurang-kurangnya dari 3 bank yang berbeza. Ini penting supaya anda dapat semak berapakah kemampuan kewangan anda yang sebenar.

Ini adalah faktor asas sahaja. Anda perlu bersungguh-sungguh untuk tunjukkan anda mampu untuk memohon pinjaman dari bank. Mudahkan kerja pegawai bank dengan membuat salinan fotostat dokumen yang jelas. Ini akan memudahkan kerja mereka. Adalah lebih baik anda belajar dari pelabur hartanah yang berpengalaman memohon pembiayaan dari bank.

4 thoughts on “8 Faktor Bank Luluskan Pinjaman Rumah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.