8 hartanah dengan kerja minyak dan gas
Sumber dari Facebook Azizul Azli Ahmad mengenai kisah seorang pemuda yang bekerja kontrak berjaya beli 8 hartanah dengan kerja minyak dan gas. Beliau tidak pernah mendapat kerja tetap selepas tamat belajar. Kerja dalam bidang minyak dan gas kebanyakannya mengikut projek.

Gaji bertambah bila bertukar kerja
Beliau adalah bapa kepada 3 orang anak dan isterinya bekerja di bidang pembinaan. Setiap kali beliau bertukar projek (tukar syarikat bekerja), gajinya turut bertambah. Rakan-rakannya sekerjanya berbelanja lebih untuk kereta setiap kali gaji bertambah. Kereta seperti BMW, Toyota Vellfire, Audi, motor berkuasa tinggi adalah kenderaan yang biasa dalam kerjaya minyak dan gas.
Beliau masih menaiki kereta terpakai keluaran tahun 2002 biar pun disindir oleh keluarga dan rakan. Hari ini hutang kereta sudah selesai kerana hanya menggunakan 4% dari gajinya. Hasil dari simpanan dan penjimatan, beliau sudah memiliki 8 hartanah yang bernilai RM2,000,000 bila digabungkan. Simpanan keluarga sudah mencecah 6 angka.
Sewakan hartanah untuk tambah pendapatan
Bermula tahun 2014 industri minyak dan gas menurun dan semakin menjunam. Rakan-rakan yang berkereta dan rumah mewah melebihi RM1,000,000 sudah mula risau. Sebahagian dari mereka diberhentikan kerja dengan beban komitmen RM8,000 hingga ke RM10,000 untuk kereta dan rumah mereka. Hartanah beliau disewakan dan beliau sekeluarga menyewa di rumah yang lebih rendah.
Tip kerjaya untuk masa depan
- Usah memilih kerja kerana kerja yang pertama pembuka rezeki. Usah fikir untuk kerja tetap sahaja. Tidak salah kerja kontrak. Beliau sendiri kerja kontrak selama 10 tahun.
- Tetapkan matlamat kewangan dalam jangka masa 3, 5, 10 dan 15 tahun. Kekalkan cara hidup walau pun ada kenaikan gaji setiap tahun. Hiduplah secara sederhana. Jika tidak boleh hidup di bawah kemampuan, buat kerja sampingan untuk tambah pendapatan.
- Paksa untuk menyimpan setiap bulan. Simpan sebahagian besar bonus yang anda terima.
- Guna sebuah kereta sahaja untuk 10 tahun yang pertama. Pastikan komitmen kereta kurang dari 10% gaji anda. Tambah hartanah dengan sasaran kewangan semasa yang anda mampu.
- Pedulikan kata orang, teruskan rancangan kewangan anda. Kawal perkara yang berada dalam kawalan dan kurangkan mengeluh.
- Selesaikan hutang dengan pantas supaya fikiran tenang.
- Jangkaan ekonomi merudum pada tahun 2024 hingga 2026, mula menyimpan dari sekarang.
- Sediakan tabung di rumah untuk setiap ahli keluarga.
- Pastikan hidup anda di kelilingi oleh orang yang positif.
- Tambahkan ilmu kewangan seperti Pembiayaan ASB, Tabung Haji dan Unit Amanah.
- Bantu ibu bapa dan keluarga.
- Usah berkira dalam sedekah kerana ia menjemput rezeki.
- Mencarum dalam takaful dan tulis wasiat seawal mungkin.
- Bayar zakat bermula dengan gaji RM1,000.
- Berjimat ke tempat kerja dengan menaiki motor.
- Suami dan isteri perlu bekerja sama uruskan wang dan pelaburan famili, haruslah bersefahaman dan bekerjasama.
- Akhir sekali, jauhi skim-skim yang meragukan dengan menjanjikan keuntungan yang tak masuk akal.
Ini adalah perkongsian pengalaman beliau yang bekerja 10 tahun dalam kerjaya minyak dan gas. Saya sarankan anda untuk memiliki panduan membeli rumah yang memaparkan kisah beliau untuk lebih faham mengapa anda harus membeli rumah. Mungkin bukan anda yang duduk, tapi boleh dijadikan aset untuk menjana pendapatan anda.
Terinspirasi dengan kisah sebegini. Suami saya juga teringin nak kerja di bahagian minyak dan gas. Senang kumpul duit katanya
Noriza Rahman recently posted…Asid Lemak Omega 6 Hasilkan Hormon Prostaglandin untuk Tingkatkan Sistem Imun
Saya suka part kekalkan gaya hidup walaupun gaji naik tu. Selagi boleh hidup macam sedia ada, teruskan. Lebihan-kebihan tu semua simpan untuk masa depan.
Azwan recently posted…Air kosong boleh membantu poket anda untuk tidak kosong.
terimakasih hutang ini memang harus segera diselesaikan sebab meski banyak uang kalau ada hutang terasa berat hidup ini
jalan jalan recently posted…Resep Jajan – Getuk Lindri
Ya, persekitaran kerja dah tak sama macam dulu, majikan nak jimat kos sahaja.
Kena banyak beringat kan tuan
masa senang duit banyak tak boleh berjoli saja
Mazni Azmi recently posted…26 Cara Atasi Alahan Mengandung Teruk Semasa Hamil? No 9 Paling Best