8 tips dan panduan membeli kereta baru
Dalam industri jual beli kereta, terlalu banyak berlaku penipuan sehingga jurujual kereta kini dipandang sebagai kaki penipu. Sebelum menjadi jurujual kereta, saya juga telah jadi mangsa penipuan semasa membeli kereta pertama saya. Justeru itu, setelah saya memasuki dunia jual beli kereta ini, saya dapat mengetahui selok belok penipuan dan barulah saya menyedari bahawasanya saya telah ditipu.
Ini membuatkan saya rasa terpanggil untuk membantu menyelamatkan seberapa ramai pelanggan yang boleh untuk mengelakkan mereka dari ditipu. Buat keputusan kereta apa yang anda hendak beli. Boleh rujuk 8 tips dan panduan membeli kereta baru sebelum membuat pemilihan.
1. Dapatkan harga atas jalan kenderaan tersebut. Ingat, harga kereta dengan cat solid dan metallic mempunyai harga yang berbeza. Rujuk website rasmi pengeluar kenderaan untuk semak harga atas jalan tersebut.
2. Semak diskaun/rebat jika ada. Kerana pada bahagian inilah pelanggan selalu ditipu. Dinasihatkan untuk menyemak pada website rasmi pengeluar kenderaan. Jangan terpedaya dengan diskaun/rebat yang luar biasa, selalunya lebih tinggi dari diskaun/rebat yang diumumkan oleh pengeluar kenderaan.
3. Minta jurujual kira bayaran kereta anda. Untuk pengetahuan anda, kiraan bulanan tersebut adalah anggaran jurujual sahaja. Tidak ada seorang jurujual pun yang boleh memberikan bulanan yang tepat kepada pelanggan kerana jumlah bulanan tersebut bergantung pada jumlah pinjaman, tahun pinjaman dan interest rate yang ditetapkan oleh bank.
4. Apakah hadiah atau free gift yang ditawarkan. Di sini pelanggan boleh berunding dan membuat tawar menawar dengan jurujual. Mintalah dengan berpada-berpada mengikut kemampuan jurujual. Kerana hadiah tersebut adalah daripada komisyen jurujual. Pendapatan jurujual adalah berdasarkan komisyen, jika pelanggan minta berlebihan, akan menganiaya jurujual.
Di sinilah akan bermula segala macam penipuan dimana, jurujual akan cuba mendapatkan kembali wangnya yang telah dikikis oleh pelanggan. Kadangkala pelanggan yang telah berjumpa jurujual yang jujur, tetapi akhirnya mengubah jurujual tersebut kepada jurujual penipu kerana desakan pelanggan yang inginkan pelbagai hadiah. Apa yang penting anda mendapat kereta baru anda. Jangan hanya kerana mengejar hadiah bernilai 2-3 ratus tapi anda akhirnya hilang 3-4 ribu.
5. Sediakan dokumen untuk pinjaman. Setelah anda berpuas hati dengan maklumat di atas, anda boleh la menyediakan dokumen untuk membuat pinjaman. Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman kereta di bank :
Pekerja kerajaan
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Payslip 3 bulan
4. Bank Statement 3 bulan (bergantung kepada bank)
Pekerja swasta
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Payslip 3 bulan. Kalau ada OT atau elaun sila bagi 6 bulan.
4. Bank Statement 3/6 bulan ikut payslip.
5. Penyata KWSP
Peniaga
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Salinan Pendaftaran Syarikat (SSM)
4. Bank Statement 6 bulan
Skim graduan (siswazah yang telah tamat)
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Salinan Skrol Degree atau Diploma / Transcript
4. Surat tawaran pekerjaan.
Pelajar
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Kad Pelajar
4. Dokumen Penjamin (rujuk kepada pekerja swasta /kerajaan)
Setelah dokumen tersebut telah diserahkan kepada jurujual, jurujual akan membuat permohonan pinjaman di bank bagi pihak anda. Setelah jurujual menyerahkan permohonan kepada pihak bank, pelanggan akan di temuramah (interview) oleh pihak bank. Jika jurujual ada mengajar cara menjawab, maka jawab la mengikut apa yang diajar oleh jurujual, kerana cara menjawab juga akan menentukan faktor kelulusan pinjaman.
6. Tunggu pinjaman diluluskan. Setelah ditemuramah, 2-7 hari selepas itu barulah keputusan oleh pihak bank akan dikeluarkan. Sama ada lulus atau gagal, ataupun kelulusan bersyarat. Jika telah lulus, semak jumlah pinjaman yang telah diluluskan. Harga atas jalan – jumlah pinjaman = jumlah bayaran pendahuluan yang perlu dikeluarkan. Contoh RM44,000 – RM40,000 (jumlah pinjaman) = RM4,000 bayaran pendahuluan.
7. Tandatangan perjanjian pinjaman. Setelah anda berpuas hati dengan kelulusan tersebut, maka anda bolehlah setkan masa untuk menandatangani perjanjian pinjaman. Minta jurujual aturkan temujanji anda dengan pihak bank.
Setelah perjanjian ditandatangani, maka anda bolehlah menunggu pihak jurujual mendapatkan nombor chasis untuk anda. Tempoh menunggu bergantung kepada stok kenderaan tersebut. Setelah anda menerima nombor chasis, anda boleh membuat pembayaran wang pendahuluan jika ada. Jangan membuat pembayaran selagi anda tidak menerima nombor chasis. Minta jurujual SMS atau teks anda nombor chasis sebagai bukti.
Ikutilah 3 langkah pembayaran ini untuk langkah keselamatan :
- Pembayaran tunai (datang sendiri ke showroom).
- Pemindahan wang melalui akaun (pastikan nama penerima adalah authorized dealaer/branch) bukan nama individu.
- Pembayaran melalui cek atau bank draf (pastikan atas nama syarikat authorized dealer/branch) bukan nama individu.
Setelah pembayaran dibuat, anda perlu menunggu kereta anda didaftarkan di JPJ. Setelah pendaftaran dibuat, 2-5 hari masa yang diperlukan untuk mendapatkan geran serta cukai jalan daripada JPJ. Tempoh tersebut adalah bergantung pada situasi. Sebaik sahaja jurujual menghubungi anda bahawa geran dan cukai jalan diterima, anda boleh menentukan masa dan lokasi untuk mengambil kereta.
8. Periksa keadaan kereta yang diterima. Setelah anda berpuas hati dengan keadaan kereta anda, tuntut lah hadiah yang dijanjikan. Kemudian tandatangan borang penyerahan kereta dan bawa la pulang kereta baru anda.
Demikian sedikit tips yang sangat berguna untuk anda di luar sana yang ingin membeli kereta secara mudah dan mengelakkan dari ditipu oleh jurujual yang tidak bertanggungjawab. Masih ramai jurujual yang jujur di luar sana, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Selamat membeli.

Berminat untuk membeli kereta berjenama Proton atau Perodua? Telefon atau Whatsapp Hamizun sekarang di talian 017-3840763.
Beliau menguruskan jualan kereta di sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang. Beliau boleh menguruskan jualan di luar daerah sekiranya anda serius untuk membeli kereta.
Betul.
Kena ambil tahu segenap kos yang diambil kira.
Jangan lepas tangan pada orang tengah sahaja.
Kadang2 markup harga tak berbaloi langsung kan.
Azeni Ahmad recently posted…Cara Rawat Tulang Patah dan Retak Untuk Sembuh Cepat
Betul, kalau tak nanti kena tipu.
kalau kereta baru tak runsing sgt pasal enjin…bab berhutang je la haha..
Belang tarung recently posted…Kisah Benar Crayon Shin Chan dan Kemalangan Keluarga Nohara
Hutang bank, duit minyak lepas tu tol lagi…
Beliau boleh uruskan jualan kereta sekitar Lembah Kelang.
aku kalau beli kereta, memang nak kereta baru.
malas pakai 2nd hand punya nih. haha
titan recently posted…21 Amalan Menjemput Jodoh dalam masa TERDEKAT
Kereta baru tak banyak ragam, bayar bulan je 🙂
membeli kereta baru memang menyeronokkan dan lebih seronok kalau dapat dibeli secara tunai..
persoalannnya berapa ramai yang dikalangan kita yang boleh membeli seperti demikian..
kalau takpun memohon pinjaman
mrhanafi recently posted…Biar Betul Syoknya Baca Blog
Kalau orang rekemen ni kita boleh percaya. IA LEBIH BAIK DARI MENCARI ORANG YANG KITA TAK KENAL..
Sani recently posted…Senarai Peserta Contest Review Lynk.my 2015
Ya, stranger is the best buyer 🙂
Beli kereta baru.. tak mampu woo..
zool recently posted…Sertai Larian ‘Colour Me Run’ Melaka, PC Fair Melaka’, Ubah Kedudukan Perabot, Bapa ke IJN
Selain daripad membeli kereta baru, boleh juga beli kereta terpakai mengikut kemampuan masing-masing 🙂
Macam mana kalau dealer minta kita untuk bayar deposit terlebih dahulu sebelum sign agreement? Patut ke saya bayar atau tunggu sehingga selesai sign agreement?
Dapatkan resit sebagai bukti pembayaran.
Saya perlu dapatkan no chasis juga ke? Dealer beritahu dia sudah allocate kereta untuk saya.