8 tips kawal marah bila tertekan dengan anak-anak
Sebahagian besar ibu bapa akan menghadapi rasa tertekan bila menghadapi perangai anak-anak yang agak aktif sehingga memerlukan 8 tips kawal marah bila tertekan dengan anak-anak. Lambakan masalah di pejabat dan rumah yang bercampur-baur menyebabkan anak-anak menjadi sasaran untuk melepaskan tekanan. Di bawah ini adalah 8 tips kawal marah bila stress dengan anak-anak yang boleh dipraktikkan. Didoakan supaya anda boleh memahami dan mengamalkannya dengan secara berperingkat-peringkat.
1. Anak adalah ciptaan yang unik
Biasanya ibu bapa akan membuat perbandingan di antara seorang anak dengan anak yang lain. Semasa kecil, pengalaman dirotan kerana bersikap nakal dijadikan ukuran terhadap anak-anak. Kalau boleh, anak-anak hendak dirotan dengan cara yang sama seperti masa silam. Rasa marah dan benci semasa kanak-kanak dahulu mahu dilepaskan
Secara tidak sedar, ini antara ayat perbandingan yang kita biasa gunakan kepada anak. Benar, sikap anak-anak kecil akan mengimbau perangai ibu bapa semasa kecil dahulu. Tiada manusia di dunia ini yang suka dibanding-bandingkan dengan orang lain, termasuklah anak kecil. Jadi, berhenti bandingkan anak dengan sesiapa termasuklah diri kita sendiri. Tanpa disedari, ia bakal memberi impak yang besar sehingga mencapai usia dewasa.
Ibu bapa yang dibayangi memori sebegitu akan mengambil tindakan yang bersifat kebudak-budakan. Oleh itu, mengawal kemarahan dan bertindak secara rasional amat diperlukan untuk pendidikan anak-anak.
2. Pisahkan anak dari lokasi kejadian
Sekiranya anak mula menunjukkan sikap yang kurang elok dan boleh menimbulkan kemarahan, bertenang dahulu sebelum bertindak. Jika anak membaling barang atau bergaduh, bawa mereka pergi dari lokasi tersebut. Kurangkan risiko kecederaan dengan mengasingkan anak dari situ. Sebelum keadaan semakin parah, bawa mereka pergi awal-awal lagi.
3. Elakkan membebel atau menjerit supaya keadaan terkawal.
Anak yang sedang meragam tidak dapat menumpukan perhatian kepada kata-kata ibu bapanya. Perbuatan membebel dan menjerit hanya akan menambahkan ketegangan pada situasi tersebut. Tidak mustahil anak-anak akan mengikut sikap ibu bapanya yang mudah marah. Nantikan masa yang sesuai untuk menasihati dan menegur kesalahan mereka dalam keadaan yang aman.
4. Basuh muka dan bertenang.
Jika anda berasa marah, ambil peluang untuk membasuh muka dan bertenang. Api kemarahan anda akan reda dengan air sejuk. Bila keadaan sudah tenang, berjumpalah dengan anak anda sambil tersenyum. Ini akan membantu anda untuk bertindak positif dengan keadaan yang sedang tegang.
5. Lihat pada masa yang bermasalah.
Sekiranya anda mudah marah pada awal pagi, anda perlu mengejutkan anak lebih awal. Jika anda naik angin selepas balik kerja pejabat, barangkali anda berjumpa dengan anak-anak dalam keadaan yang kusut. Bila anda memarahi anak kerana mereka masih belum tidur di waktu malam, mungkin anda sudah kepenatan pada masa itu.
Perhatikan di masa bila anda mudah marah. Kesan dari kepenatan anda mudah melenting dan naik angin. Carilah ikhtiar untuk mengendalikan masa kecederaan ini dengan efektif.
Berbincanglah dengan suami atau isteri untuk menjaga anak secara berganti-ganti supaya setiap pasangan mendapat waktu rehat yang mencukupi atau mengambil sikap bersama-sama untuk menguruskan anak.
6. Bayangkan anda diposisi anak
Bagaimana rasanya bila anda meletakkan diri di tempat anak? Anak-anak yang baru berjumpa dengan ibu bapa setelah seharian bekerja, tiba-tiba dimarahi kerana tekanan yang melanda di tempat kerja. Mereka akan berasa sedih, keliru dan tak lagi dibelai dengan kasih sayang. Barangkali mereka mahukan perhatian dan berkongsi sesuatu tentang aktiviti hari ini. Kalau bukan dengan ibu bapa, siapa lagi?
7. Peluk anak dengan erat
Semasa anda mengalami kegeraman yang amat sangat, peluklah mereka untuk mengubah emosi anda daripada geram kepada tenteram. Imbas semula memori bersama mereka, gelak ketawa yang dahulunya menggembirakan anda. Anak-anak ini masih belajar dan masih belum dapat membezakan di antara yang baik dan yang buruk. Memarahi mereka tidak semestinya dapat membaiki kesalahan yang dilakukan. Mungkin ketakutan pada anda akan muncul dalam diri mereka.
8. Berdoa dan amalkan doa tersebut
Bila anda ditimpa rasa yang tertekan, kalut atau panik, berdoalah supaya rasa tersebut boleh dikawal.
Kesimpulan
Berlembut dengan anak tidak semestinya memanjakan mereka. Memarahi mereka bukanlah cara yang tepat untuk mempamerkan kuasa kepada anak-anak. Sesetengah anak sudah kebal dengan rasa marah ibu bapa kerana sudah terlalu kerap mereka dimarahi. Mereka akan melawan anda secara berteriak sebagai tanda untuk mempertahankan diri.
Mengawal emosi dengan baik semasa mendidik anak amatlah penting. Berlemah lembut bukannya anda mahukan anak jadi manja tetapi ketegasan amat diperlukan disusuli dengan kelembutan. Sebagai ibu bapa, mendidik anak perlukan cara yang kreatif untuk melancarkan komunikasi secara bijaksana. Jika selama ini anda menggunakan kekerasan, tukarlah cara tersebut dengan kelembutan supaya anak anda dapat membesar dengan penuh kasih sayang. Sila rujuk kepada Ebook Mudahnya Kawal Emosi Ibu Dan Anak demi masa depan anak-anak anda.
Ebook Formula Mudahnya Kawal Emosi Ibu & Anak
Anda serius nak menjadi ibubapa yang tenang, tenteram dan mampu mengawal dan menundukan anak yang mengamuk dan meragam dengan sangat CEPAT dan BERKESAN?
Saya faham sangat apa yang anda rasakan sekarang…
- Kepenatan
- Kelelahan
- Kekurangan tempat rujuk
- Tiada siapa sudi mendengar
- Tiada siapa sudi memahami
- Masalah dengan pasangan
- Tekanan rumahtangga dan ekonomi
- Anak yang tak berhenti meragam
- Perangai anak yang bermacam ragam
Semua ni menyebabkan kita kadang-kadang bertukar menjadi ‘Singa & Hulk’ ketika berhadapan dengan anak kita sendiri!
Anak pun jadi makin tak terkawal, mudah meragam dan sampai suatu masa nanti boleh jadi keras kepala dan melawan!
Wajah kita yang dulunya ceria kini bertukar menjadi semakin redup dan kusam..
Berat badan kita yang dulunya ideal kini bertambah kurus ataupun meningkat mendadak!
Kadang tiba tiba hati jadi sangat serabut hingga tanpa sedar air mata mula menitis tanpa dapat ditahan tahan!
Tahu tak anda, semua ini adalah tanda-tanda kita sedang dalam kelelahan, kepenatan, tekanan dan amat-amat perlukan ilmu mengawal emosi.
Sama ada ilmu untuk kawal emosi diri dan juga ilmu untuk kawal emosi anak kita sendiri.
Bayangkan apa yang terjadi pada anak kita sendiri bila kita marah mereka kerana kita sendiri yang tak dapat nak kawal emosi!
Anak yang dimarah secara keterlaluan akan mengalami 3F ini :
- Fear – Anak kita akan menjadi penakut, pasif dan kurang keyakinan diri
- Fight – Anak kita makin keras kepala, nakal dan melawan
- Freeze – Anak kita akan menjadi pendiam dan suka memendam
Ini kerana otak anak kita selalu berada dalam keadaan ‘fight & flight’ kerana tanpa kita sedar otak anak kita menganggap kita adalah sebuah ancaman (potential threats).
Dari tertekan, bertukar jadi tenang!
Baru-baru ni saya ada bagi Ebook Formula Mudahnya Kawal Emosi ni pada seorang ibu anak satu, Puan Mia Asma yang sangat tertekan dengan karenah anak dan tekanan daripada orang sekelilingnya.
Keesokan harinya saya dapat PM daripada Puan Mia ni..
“Alhamdulillah..sye dah bace separuh dan bile saya buat ape yang dalam ebook tu saya rase terkejut anak saya boleh ikut cakap saya..Setiap kali saya baca saya akan praktikkan..Teeima kasih tuan kerana beri kan ebook nie…Saya bersyukur sangat2 dapat ikut panduan dalam ebook nie..
Lepas bace ebook tuan masa die nangis tadi saya peluk die..rasa tenang je jiwa nie..Terima kasih tuan ye”
Saya terdiam dan sebak..Ya Allah..berikanlah juga ketenangan dan ketenteram jiwa pada mereka yang amalkan Formula ni sebagaimana yang Engkau berikan pada Puan Mia Asma ini”.
Jom dapatkan Ebook Formula Kawal Emosi Ibu dan Ebook Formula Kawal Emosi Anak ni SEKARANG.
Sila rujuk kepada Ebook Mudahnya Kawal Emosi Ibu Dan Anak demi masa depan anak-anak anda.
Klik sini untuk mendapatkannya (atau copy & paste link ini ke browser anda) :
[+] http://bit.ly/KawalEmosiMudah
Channel Telegram Kawal Emosi Ibu Dan Anak
Bagi anda yang berminat nak tahu tips-tips mengawal emosi ibu dan anak, sila sertai Channel Telegram Tips-Tips Mengawal Emosi Ibu Dan Anak sekarang juga.
tak dinafikan mengurus anak2 adalah paling mencabar, kadang2 serba salah jadinya, kalau tak marah takut naik lemak, kalau marah takut emosi anak terganggu. semuanya jadi serba tak kena. huhu…
Boleh bawak ank jenjalan nikmatnya lah.. Tgk dorang happy
Kauthar mohd recently posted…Hilangkan Lingkaran Bawah Mata Dengan Restoring Eye Treatment