8 tips promosi Tone Excel di Facebook
Saya mengambil inisiatif menghasilkan Tips promosi Tone Excel di Facebook ini bagi membantu rakan-rakan yang telah menyertai Tone Excel. Sebagai orang yang berpengalaman dalam pemasaran di internet, saya mahu berkongsi pengetahuan yang sudah saya pelajari dan praktikkan sepanjang waktu saya berurusan dengan pelanggan.
1. Guna gambar sebenar. Anda menjalankan bisnes simkad prabayar Tone Excel secara sah. Jadi usah segan untuk guna gambar muka anda sendiri. Bila anda guna gambar artis, gambar kartun atau gambar pokok, prospek akan ragu-ragu untuk berurusan dengan anda.
2. Ceritakan kelebihan Tone Excel secara jelas. Maklumat produk Tone Excel harus disampaikan dengan betul dan jelas. Sebagai contoh, jika anda mengatakan tambah nilai RM30 dapat data internet percuma 1GB, maka anda harus ceritakan berapakah kelajuan data tersebut.
3. Usah mencela Telco lain. Bagi mengelakkan prospek panas hati, usah sesekali menghina talian yang mereka gunakan sekarang. Ada sebab mengapa mereka gunakan talian pascabayar kerana faktor kelajuan, liputan yang baik dan pakej yang ditanggung oleh majikan.
4. Elakkan Hard-Selling. Selepas Add Friends, binalah silaturahim dahulu, Like pada status mereka, beri komen yang membina dan barulah hantar mesej untuk promosikan Tone Excel. Usah gelojoh untuk menjual, baru Add dan Approved terus hantar mesej untuk promosi. Orang yang nak kahwin pun kena merisik, bertunang baru boleh kahwin.

5. Jangan Tag sesuka hati. Elakkan daripada Tag iklan Tone Excel pada rakan anda. Ia akan merimaskan mereka kerana setiap komen yang diberi pada iklan tersebut akan keluar di bahagian notifikasi. Ini akan menyusahkan rakan anda kerana mereka perlu buat kerja tambahan untuk membersihkan iklan anda dari profil mereka.
6. Guna strategi Soft-Selling. Ini salah satu teknik menjual secara halus. Tidak terlalu memaksa orang lain untuk membeli simkad Tone Excel. Anda boleh cerita pengalaman anda menggunakan Tone Excel dan kelebihan yang anda dapat.
7. Bersedia menerima pendapat. Anda sudah cerita kelebihan Tone Excel, tetapi bukan semua orang mahu bersama-sama dengan anda. Ada pemilik bisnes yang perlu fokus pada bisnes sedia ada. Ada juga yang tidak dapat beri komitmen. Usah caci mereka, sebaliknya terus memelihara hubungan yang sedia ada.
8. Tapis prospek yang berminat. Anda boleh buat tinjauan guna Facebook Ads. Cari prospek yang berminat dengan Tone Excel. Simpan nombor telefon atau emel mereka untuk anda hubungi kemudian. Gunakan teknik pelanggan cari anda untuk mendapatkan prospek Tone Excel anda yang berkualiti.
9. Usah mencela orang makan gaji kerana tidak berminat menyertai Tone Excel.
Setuju, tak wajar mencela orang yang makan gaji sebab tak sertai.
Nak promot produk pon ada cara dan tertibnya..sayanglah kala produk bagus, tapi sellernya tak beradab kan..terbaik sharing info ni
JMR recently posted…Tips Simpan RM1000 Sebulan
Sekali tag sampai 50 orang, aduhai.
Nice sharing info tuan ikhwan..Bnyak juga yg join tone excel ni
perkongsian yang baik..mudah untuk dipraktikkan..