9 Cabaran Pemandu Uber Yang Orang Tak Tahu

Feb 19

9 cabaran pemandu Uber yang orang tak tahu

Memandu dengan Uber tidak menjanjikan kekayaan atau kemewahan dalam masa yang singkat. Setiap wang yang diterima amat bernilai. Ada 9 cabaran pemandu Uber yang orang tak tahu di sebalik kerjaya memandu memandu kereta ini. Tiada kerja senang yang boleh dilakukan dengan hasil yang lumayan.

1. Kesabaran. Memandu di kawasan pada waktu puncak perlukan kesabaran yang tinggi. Ada ramai penumpang yang mahu diambil dengan cepat tanpa memikirkan keadaan trafik yang dilalui oleh pemandu Uber. Bila pemandu sudah dekat, ada penumpang yang membatalkan tempahan untuk mencari pemandu yang lain.

2. Tak perlu tengok Google Maps atau Waze. Memandu tanpa bantuan teknologi 100% adalah satu kelebihan. Penumpang yang mahir boleh memudahkan pemandu Uber tiba di lokasi dengan pantas. Jika kedua-duanya tak tahu apa-apa, memang parahlah jawabnya. Teknologi tak boleh menandingi pengetahuan yang ada pada manusia.

3. Berdiam diri. Sesetengah penumpang mahukan ketenteraman. Mereka hanya mahu sampai ke lokasi tanpa sebarang gangguan. Jika penumpang bercakap pendek sahaja, itu adalah isyarat mereka tidak berminat untuk berbual panjang. Penarafan 5 bintang bukan sekadar komunikasi tetapi ada faktor yang lain.

4. Kebersihan kenderaan dan kekemasan diri. Kereta anda wajib dibersihkan dengan kerap. Bila hujan, kereta mudah nampak kotor dan menyakitkan pandangan mata. Bawa ke pusat cucian kereta dengan kerap sebelum mengambil penumpang. Anda boleh cuci sendiri untuk lebih penjimatan.

Untuk tampil kemas di mata penumpang, pakaian mestilah diseterika. Penampilan anda boleh menambahkan keyakinan diri dan menaikkan kredibiliti sebagai pemandu Uber. Ambil inisiatif untuk memilih pakaian yang kemas dan sopan.

5. Rancangan tambahan. Aplikasi seperti Google Maps atau Waze boleh menghabiskan bateri telefon anda dengan pantas. Tanpa bekalan bateri, kerja sebagai pemandu Uber akan tergendala. Oleh itu, sediakan satu lagi telefon bimbit yang lain sebagai alternatif atau sekurang-kurangnya Power Bank untuk melancarkan perjalanan anda.

 

9 cabaran pemandu uber yang orang tak tahu

Menjadi pemandu Uber tidak cukup hanya dengan kesabaran.

 

6. Semai rasa bersyukur. Sebahagian besar penumpang di sesetengah kawasan hanya bergerak dalam lingkungan tertentu. Dari rumah ke pejabat, kedai makan dan tempat belajar. Pendapatan anda tidak sama dengan kawasan lain, mungkin sekadar cukup makan.

“Trip” yang dinanti-nantikan oleh pemandu adalah ke KLIA. Namun, ianya jarang-jarang boleh diperolehi. Umpama diberi bonus oleh syarikat. Namun, risiko untuk balik kosong adalah tinggi kerana sukar untuk mendapat “rider” di lokasi ini.

7. Jimat cermat. Pendapatan sebagai pemandu Uber yang memandu sepenuh masa tak sama dengan gaji kerja pejabat. Jadi berbelanjalah dengan penuh hemah dan amalkan sikap berjimat cermat.

8. Bersikap rajin. Untuk mendapat komisyen 5 angka sebulan bukanlah mudah. Anda perlu memandu dengan penuh kesungguhan dan mengikut jadual kerja yang disediakan oleh pihak pengurusan Uber sendiri.

9. Merendah diri. Memilih kerjaya sebagai pemandu Uber mengajar bagaimana hidup dengan sukar kerana tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pendek kata bukan dalam zon selesa. Komisyen harian yang diterima setiap hari sentiasa berubah ubah, ada masanya banyak dan ada ketikanya sedikit.

Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman pemandu Uber Ariff Khairuddin

Jika anda bersedia untuk berdepan dengan 9 cabaran di atas sebagai pemandu Uber, daftar sekarang menerusi link di bawah :
[+] https://get.uber.com/drive/?invite_code=m6wmnf62ue

2 comments

  1. banyak cabaran takpe, itulah kehidupan namanya
    raihanah ahmad recently posted…Makanan Perlu Dielakkan Pesakit Dialisis Buah Pinggang KronikMy Profile

  2. Memang banyak cabarannya menjadi pemandu uber ni. Namun, ramai sudah berjaya berbekalkan semangat yang kuat demi keluarga
    Noriza Abdul Rahman recently posted…Aduh! Sakitnya Kepala Sampai Rasa Nak Ketuk dengan HammerMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge