Kewangan

9 Cara Dapatkan Deposit Rumah Dengan Pantas

9 cara dapatkan deposit rumah dengan pantas

Untuk mendapatkan 10% deposit rumah, ada 9 cara dapatkan deposit rumah dengan pantas seperti yang dikongsikan oleh Amir Syahir. Selain deposit rumah, ada beberapa lagi kos perbelanjaan yang anda perlu ambil kira seperti kos peguam, kos dokumen dan lain-lain. Jadi sediakanlah sekurang-kurangnya wang 15% dari harga rumah.

 

9 cara dapatkan deposit rumah dengan pantas
Ada banyak cara untuk dapatkan wang bagi membiayai deposit rumah anda.

 

1. Pinjaman peribadi. Pastikan pinjaman rumah anda lulus dahulu baru buat pinjaman peribadi. Jika anda buat pinjaman peribadi dahulu, ia akan meningkatkan Debt Service Ratio (DSR) anda.

2. Pinjam dari keluarga. Pinjam wang dari ibu bapa atau adik-beradik. Tiada faedah dikenakan seperti bank tapi sudah pinjam jangan lupa bayar.

3. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Gunakan wang KWSP dari Akaun 2. Boleh keluarkan sepenuhnya dari situ dalam masa 14 hari. Rujuk cawangan KWSP yang berhampiran untuk maklumat lanjut.

4. Pinjaman lebih tinggi. Biasanya dipanggil mark up loan. Anda kena berpakat dengan tuan rumah untuk jual rumah yang lebih rendah dari harga pasaran.

5. Rumah dalam pembinaan. Insentif pemaju seperti skim rumah tanpa deposit, diskaun belian awal dan rebet pembelian. Sediakan wang untuk tempah rumah sahaja.

6. Simpanan bulanan. Gaji kerja anda usah dihabiskan. Asingkan 10% hingga 20% untuk disimpan.

7. Insentif rumah pertama. Skim rumah pertama menawarkan pembiayaan sehingga 100%. Jadi anda sudah tidak perlu bimbang dengan bayaran deposit rumah.

8. Pembiayaan ASB. Mohon pinjaman Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM100,000 dengan ansuran bulanan RM600. Jangan ambil dividen selama 3 tahun. Biarkan ia berganda. Selepas 3 tahun anda akan dapat anggaran RM27,800 selepas batalkan pinjaman.

9. Buat bisnes. Dengan bisnes anda belajar untung dan rugi. Belajar dengan orang yang sudah berjaya. Belajar untuk buat untung bermula dengan RM1,000 kemudian RM10,000 sampailah anda boleh gunakan formula tersebut untuk mendapatkan RM100,000 hingga RM1 juta. Terus klik pada panduan bisnes dropship secara sambilan.

Jika ada tuan rumah yang perlukan wang dengan cepat kerana terdesak, rumah miliknya berkemungkinan ditawarkan dengan harga yang lebih rendah untuk mendapatkan wang. Jika anda tak ambil tindakan untuk mengumpul wang deposit dari sekarang, maka anda sendiri yang akan rugi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *