Bisnes

9 Perkara Yang Bakal Dikesalkan Dalam 10 Tahun

9 perkara yang bakal dikesalkan dalam 10 tahun

Pernah tak anda terfikir bahawa suatu hari nanti anda akan berasa menyesal?

 

1. Berkawan dengan orang yang salah. Katakan anda mahu membeli rumah sebagai pelaburan, tetapi anda dikelilingi oleh orang yang berfikiran sempit tentang hartanah. Asasnya ialah beli rumah dan tunggu, tetapi kawan anda nasihatkan tunggu baru beli. Akibatnya, 10 tahun kemudian harga rumah semakin meningkat dan kawan anda itu pun baru sedar tentangnya.

2. Sedikit masa untuk yang tersayang. Ramai orang sibuk bekerja dan mencari wang hingga terlupa untuk meluangkan masa bersama keluarga. Anak-anak membesar tanpa sepenuh perhatian dan ibu bapa di kampung terbiar begitu sahaja. Ada waktunya ibu dan bapa mengajak untuk makan malam bersama, tetapi kesibukan kerja menjadi penghalang. 10 tahun kemudian mereka sudah tua dan hanya mampu baring di katil sahaja.

3. Banyak buang masa. Ada sebahagian rakyat Malaysia menghabiskan masa di depan komputer untuk menjadi pahlawan papan kunci, sebahagian yang lain mencari rezeki dengan buat duit dengan affiliate, dropship, pemasaran emel, Facebook Ads, Google Adwords dan webinar. 10 tahun kemudian pahlawan tersebut berjaya menjadi admin kepada Page Parti Politik manakala seorang lagi sudah berjaya buat bisnes dengan syarikat sendiri.

4. Hidup tidak sihat. Hari ini ramai orang menghabiskan banyak masa menonton Astro, drama sebelum dan selepas maghrib pun tak habis lagi, sandiwara semasa dan akasia. Sambil itu mulut kunyah kuaci atau makanan segera. 10 tahun kemudian nak berjalan pun semput belum lagi ajak pusing-pusing Berjaya Times Square.

5. Kurang bersiar-siar. Untuk pergi bercuti atau berjalan-jalan tak semestinya perlu keluarkan kos yang tinggi. Di Malaysia ada banyak tempat percutian dengan bajet rendah dan sederhana. Sekali-sekala bawalah keluarga untuk tukar angin setelah sibuk bekerja dan meredakan tekanan hidup. 10 tahun kemudian bila diri sudah tak sihat memang susahlah nak berjalan-jalan lagi.

 

9 perkara yang bakal dikesalkan dalam 10 tahun
Ada orang dapat peluang biasa, ada orang mencari peluang luar biasa.

 

6. Kerja keterlaluan. Bukan sekadar kerja, buat bisnes keterlaluan juga bahaya. Cari wang dan cari rezeki itu penting, namun kesihatan perlu dijaga. Hubungan dengan keluarga, saudara-mara dan masyarakat haruslah dipelihara. Wang yang banyak tidak berguna jika diri sakit sampai tak mampu nak uruskan diri sendiri.

7. Berhenti belajar perkara baru. Ada orang berpendapat ijazah sudah mencukupi. Bagus jika anda sudah memilikinya, tetapi ingat ia bukanlah segala-galanya. Anda perlu belajar untuk menambah nilai diri seperti meningkatkan keyakinan diri supaya menjadi orang yang boleh dicontohi oleh masyarakat.

8. Buat kerja yang dibenci. Ada orang yang sudah meluat dengan kerja mereka di pejabat, tetapi atas sebab sudah berasa selesa disitu, mereka tidak sanggup untuk keluar dari zon selesa. Jika anda tidak mengambil risiko untuk mencuba dan membuat perubahan dalam hidup, anda akan terperangkap dalam kerja yang dibenci buat selama-lamanya.

9. Impian melangit usaha hangit. Impian hari ini mahu jadi jutawan, tapi 10 tahun kemudian nak jadi usahawan pun tak menjadi. Sembang kencang macam pokok nak tumbang, suruh beli ebook, video atau datang seminar bagi alasan jauh dari rumah atau nak tunggu seminar buat tepi rumah baru nak pergi.

 

Contoh panduan yang orang liat nak beli adalah panduan bina pendapatan dalam USD. Usaha setakat boleh beli Honda EX5 tapi dalam kepala nak Honda Civic. Suruh keluar kos untuk Facebook Ads atau Google Adwords tak nak tapi jualan nak capai 1 juta unit sebulan. Nak beli rumah teres tapi nak simpan deposit 10% untuk rumah kos rendah pun tak nampak bayang. Sembang kencang, pokok pun boleh tumbang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *