Bisnes

9 Proses Jual Beli Kapal Terbang

9 proses jual beli kapal terbang

Tak semua orang tahu bagaimana proses jual beli kapal terbang seperti proses jual beli rumah dan proses jual beli kereta. Jual beli kapal terbang, pesawat komersial, jet peribadi dan helikopter termasuk dalam bidang hartanah (real estate) atau spesifiknya aviation. Bidang ini memerlukan kefahaman seperti seorang perunding hartanah atau Real Estate Negotiator (REN).

 

9 proses jual beli kapal terbang
Pemeriksaan penumpang dalam kapal terbang.

 

Bukan semua REN boleh bertahan

Bukan mudah untuk berjaya dalam bidang ini. Menurut Asri, seorang perunding hartanah yang terlibat dalam aviation, dari 170 permintaan, hanya 5 sahaja yang benar-benar berjaya. Ianya memerlukan Letter Of Intent (LOI) untuk mendapatkan 10% maklumat kapal terbang. Bagi maklumat penuh, Proof Of Fund (POF) pula diperlukan.

Selepas LOI dan POF disediakan, deposit 5% diperlukan untuk melihat kapal terbang. Untuk ujian penerbangan, 15% bayaran perlu diselesaikan. Bagi menguruskan hiasan dalaman kapal terbang, 20% bayaran pula harus dilunaskan. Menurut Asri lagi, ada 9 proses yang perlu dilalui sebelum kapal terbang bertukar tangan.

 

Jual kapal terbang 2 tahun sekali

Kos buka fail dengan peguam pula mencecah RM25,000 untuk setiap kes. Kapal terbang masih belum terjual sepenuhnya tetapi sudah banyak kos yang harus dikeluarkan. Pada asalnya, proses jual beli kapal terbang memakan masa 2 – 3 tahun tetapi kini ia boleh disingkatkan kepada 6 bulan sahaja.

Seorang REN dilatih untuk menjual hartanah seperti rumah, tanah, unit komersial contohnya hotel dan kedai. Terkini, aviation menjadi penambah perisa dalam bidang hartanah dengan jualan kapal terbang dan helikopter. Bagi seorang REN, aviation bukanlah satu gangguan kerana REN boleh memilih sama ada hendak menjual rumah atau kapal terbang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.