9 tips asas untuk bekalan usahawan
Sebagai seorang usahawan, anda perlukan panduan dan bimbingan untuk terus berjaya dalam bidang bisnes. Kejayaan yang dicapai haruslah dikekalkan supaya bisnes anda dapat berkembang dan diwarisi. 9 tips asas untuk bekalan usahawan akan dikongsikan kepada anda sebagai panduan untuk terus berjaya dan mengekalkan kejayaan.
1. Jadi usahawan yang hebat. Untuk menjadi usahawan yang hebat, betulkan minda anda dan sentiasa bersikap positif. Susun aktiviti hidup anda sebagai seorang usahawan dengan memilih kawan yang betul. Anda perlu tahu strategi 80% produktiviti hanya dengan usaha 20%. Masa yang anda miliki amatlah bernilai. Jadi anda perlu tahu bagaimana nak membeli dan menjual masa anda. Dengan strategi yang betul, anda boleh mendapat masa tambahan 48 jam dalam masa 24 jam.
2. Menguasai minda yang hebat. Bagaimana nak lakukan sesuatu perkara yang positif? Sudah pastinya ia memerlukan strategi yang rapi dan tersusun. Tingkatkan keberanian, kurangkan ketakutan. Hilangkan kesemua batu penghalang yang ada. Anda perlu jadi seseorang yang boleh memberi sumbangan seperti orang lain. Anda boleh menukar nasib dari seorang yang kerja makan gaji RM3,000 sebulan kepada usahawan berpendapatan 6 angka setahun.
3. Pilihan bisnes yang tepat dan betul. Dengan panduan bisnes yang berpengalaman, modal serendah RM500 pun boleh dimulakan. Dengan perancangan dan strategi yang betul, bisnes anda boleh mencapai sehingga 7 angka dalam setahun. Lebih baik lagi bisnes anda dapat dipertahankan dan diwariskan kepada anak cucu anda.
4. Kira-kira untuk bisnes. Anda wajib tahu kira-kira bisnes untuk menentukan untung rugi, pulangan pelaburan bisnes dan kos-kos yang berkaitan dengan bisnes. Kegagalan untuk membuat kiraan untuk bisnes boleh mengakibatkan anda rugi dengan lebih banyak. Pada zahirnya anda mungkin dapat untung setiap bulan, namun jika diperhalusi ada wang yang bocor dari bisnes anda.
5. Strategi pelancaran bisnes. Ada sebahagian servis atau produk yang ditawarkan tidak laku dan tidak boleh dijual di pasaran. Sebelum pelancaran, anda perlu selidik permintaan yang sedia ada. Anda perlu selitkan unique selling proposition dalam servis atau produk supaya pelanggan dapat mengenal pasti mengapa mereka harus mendapatkan servis atau produk anda.

6. Kuasai pemasaran dan kepimpinan. Bagaimana anda nak buat tawaran yang tidak boleh dilepaskan oleh pelanggan? Anda perlukan strategi khas untuk menjual pada pelanggan yang betul. Teknik pemasaran yang berpengaruh diperlukan bagi menukarkan prospek kepada pelanggan. Anda perlu manfaatkan kuasa pemasaran online untuk meningkatkan jualan servis atau produk anda.
7. Kembangkan bisnes bersama pasukan. Bisnes harus dijalankan dalam pasukan. Jika anda buat segala-galanya seorang diri, anda tidak akan memiliki kebebasan kewangan seperti yang anda impikan. Anda sebagai pemilik bisnes harus mentadbir bisnes bukan bekerja dalam bisnes. Bisnes anda akan menjadi lebih pantas dengan bekerja dalam pasukan. Anda perlu belajar bagaimana nak menguruskan staf bisnes dan menguruskan ejen syarikat.
8. Urus syarikat cara profesional. Daftarkan bisnes anda dengan cara profesional. Mulakan langkah kejayaan anda dengan Perkongsian Liabiliti Terhad atau Sendirian Berhad. Tersilap langkah bakal menempah padah. Hal ehwal cukai juga tak boleh dipandang rendah. Silap-silap banyak pendapatan anda digunakan untuk membayar cukai. Anda perlu tahu mengapa harus bayar cukai bisnes.
9. Pastikan bisnes anda sukses. Buat bisnes mesti sampai jadi. Usah berbisnes sebab suka-suka. Usah berbisnes separuh jalan akhirnya anda muflis. Kenal pasti strategi bisnes yang boleh membantu bisnes anda bertahan lama. Elakkan daripada mengulangi kesilapan-kesilapan bisnes seperti orang lain. Mungkin perkara yang anda terlepas pandang.
Oleh itu, anda perlu bangunkan bisnes dengan cara profesional supaya bisnes anda boleh memberi pulangan keuntungan yang maksimum dan kurangkan kerugian dengan kadar yang minimum.
Bukan mudah nak jadi seorang usahawan yang berjaya. Hati nak kena cekal nih…
SuperNifz recently posted…National Conference Shaklee 2015
Hati cekal jiwa kental baru nampak brutal hahaha.
Panduan yang amat baik tuan. Insyaallah akan diamalkan sebaik mungkin..
Mohd Shubhi Abdul recently posted…7 Langkah Keluar Dari Hutang RM61,000 dalam Masa 25 Bulan
Sama-sama, ini adalah salah satu tips untuk kekal bertahan dalam hidup.
Sama-sama saya ucapkan.
Terima kasih bro kongsikan..insyaAllah..akan dijadikan panduan dan amalan dalam berbisnes ni..
Hafizul recently posted…Life Must Go On
Sama-sama kita amalkan, mulakan dengan membuat satu tips dulu, baru sambung kepada tips yang lain.
Bekalan yang sangat berguna untuk usahawan. Terima kasih boss…
SaniYunus recently posted…Tak Sangka Juara Blogger Treasure Hunt Sepetang Bersama Blogger Yeos 2015
Sama-sama, sekadar berkongsi pengetahuan.
Sama-sama, semoga ilmu ini dapat diamalkan bersama.
Bak kata Dr.Azizan Osman nak jadi usahawan di bukan modal tapi hati yang kental
fahmi recently posted…5 Kesilapan Dalam Pemasaran Email
Kental sampai jangan peduli kutukan orang pada kita.
Mohon sebarkan tips usahawan ini kepada orang lain 🙂