Adakah anda tengah pening kepala untuk buat duit?

Saya pernah lalui perkara yang sama. Siang kerja pejabat, malam buat duit online. Masa dengan keluarga semakin renggang. Anak dan isteri sudah tidur, tapi saya masih lagi bersengkang mata.

Anda buat semua itu demi mereka, supaya anda dapat lebih masa dengan anak-anak, lebih masa dengan isteri, lebih banyak waktu bercuti, kurang tekanan hidup, lebih masa untuk berseronok, lebih banyak pilihan, senang cakap nak lebih banyak kebebasan hidup.

 

adakah anda tengah pening kepala untuk buat duit

Pening kepala sebab cari duit lebih baik dari pening kepala sebab tak ada duit.

 

Saya terfikir, sampai bila nak hidup macam ini?

Tiap bulan, tiap hari mengeluh sebab tak cukup duit untuk hidup. Banyak duit nak pakai, bayar yuran sekolah anak, duit sewa rumah, ansuran kereta, barang dapur dan duit minyak kereta. Belum masuk bil elektrik dan air. Nak hulur duit belanja pada emak ayah di kampung pun rasa semput.

Ada simpanan tak setiap bulan?

Nak cari duit pun tercungap-cungap, nak menyimpan lagilah susah. Nak sara isteri dan anak-anak pun kena ikat perut. Nak bawa jalan-jalan jauh sekali, kalau ada pun setakat jalan tempat yang dekat-dekat saja. Memang ada hajat nak hidup senang, tak ada hutang macam orang lain.

Orang lain duduk rumah besar, kereta besar, boleh luangkan masa dengan anak-anak. Siap bagi duit untuk simpanan lagi. Setakat bawa keluarga jalan-jalan, itu benda biasa. Melancong luar negeri lagi. Masa anak-anak belum dewasa, masa inilah nak cipta kenangan sebelum mereka dewasa.

Ada hajat juga nak balik kampong selalu, tengok orang tua. Dulu masa kecil, merekalah tempat mengadu, mintak duit belanja sekolah. Sekarang, masa untuk balas semua budi ibu bapa yang membesarkan anda.

 

Semua orang ada masalah kewangan

Walau pun setiap tahun pakar-pakar kewangan beritahu, tahun ini teruk, tahun lepas teruk, boleh dikatakan sebenarnya kewangan memang teruk selalu. Inflasi akan naik setiap tahun, termasuk kos sara hidup. Untuk terus hidup, anda tak ada pilihan lain kecuali untuk mendapatkan duit.

Anda harus bijak untuk selesaikan masalah kewangan ini dengan mencari jalan keluar. Pilihan yang ada ialah cari pendapatan sampingan atau side income. Anda kerjalah di pejabat macam biasa dan jaga elok-elok. Ia adalah mata pencarian yang paling penting. Persoalannya sekarang, macam mana nak buat duit tepi tanpa mengabaikan kerja sekarang?

 

Anda boleh mula buat dropship di Shopee secara part time

Sebab ada seorang guru sekolah buat bisnes Shopee secara sambilan dengan jualan RM110,780.50 di Shopee. Ya, buat part time sahaja. Paling mengejutkan, guru sekolah ini tak keluarkan modal wang satu sen pun!

Apa rahsianya? Kalau anda sudah kerja dan nak buat bisnes part time, Shopee adalah platform yang tepat. Anda boleh mula buat dropship Shopee sebab anda hanya perlu buat jualan tanpa perlu beli stok, simpan stok dan buat penghantaran produk. Semuanya akan diuruskan oleh pemilik produk.

Tugas anda, jual produk di platform yang boleh menguntungkan anda, selepas tolak kos pos, penghantaran dan bayaran pembekal dengan harga dropship (kos). Sebaik-baiknya anda maklumkan pada pembekal terlebih dahulu dengan harga yang anda nak jual pada pelanggan.

Bila ada tempahan, anda perlu hantar tempahan dengan maklumat pelanggan dan bayaran pada pembekal. Mereka akan uruskan tempahan dan penghantaran pada pelanggan. Mudah bukan?

 

Buat dropship Shopee untuk tambah pendapatan

Sebab itu, saya cadangkan anda buat dropship Shopee. Ia sama macam Lazada, Ebay dan Lelong. Marketplace macam ini sering jadi tumpuan pengguna untuk menjual dan mencari barang.

Shopee macam sebuah pasaraya hiper contohnya Giant, Tesco dan Jaya Grocer tetapi barang-barangnya dijual secara atas talian. Banyak keistimewaan dan kelebihan Shopee yang nak ditulis, tetapi yang penting ialah jumlah pelawatnya seramai 15 juta orang akan datang ke Shopee atau purata seramai 500 ribu orang sehari!

 

–>> klik sini untuk dapatkan panduan bisnes Shopee <<–

 

Dalam pasaraya besar, setiap hari akan didatangi oleh orang ramai yang tidak putus-putus sehingga mencecah ribuan orang. Boleh bayangkan berapa ramai pengunjung yang akan datang singgah ke kedai anda. Sudah pasti ramai kan…

Boleh dikatakan setiap hari akan ada iklan dan promosi yang dilakukan oleh Shopee. Dari surat khabar, media social, YouTube dan banyak lagi. Di mana-mana sahaja akan ada iklan dari Shopee. Anda tak perlu keluarkan walau pun 1 sen untuk buat iklan sebab Shopee sudah iklankan untuk anda.