Al-kisah kontraktor 2 parti
Hamdan berkhidmat sebagai seorang staff di sebuah jabatan kerajaan. Walau pun kerja makan gaji, beliau bijak mengambil peluang-peluang tender kerja dengan jabatan-jabatan kerajaan di sekitar lembah Klang.
Pengalaman mendapatkan tender-tender kerajaan dikongsikan dengan jirannya, Fattah.
“Masa parti A pegang Selangor, aku senang nak menang tender. Syaratnya, harga aku mesti lagi mahal dari orang lain. Masa hantar borang pun aku tahu aku sudah menang tender. Tapi kena upah sikit dekat pegawai”.
“Aku dapat projek hartanah RM50,000,000 di Bangi. Aku kena bagi 5% komisyen pada datuk sebab itu kawasan dia. Dia tak nak 3%”, sambung Hamdan.

Bisnes rugi sebab politik
Sayangnya Hamdan rugi projek di Bangi sebab faktor politik. Parti A tewas kepada parti B. Segala bayaran projek perumahan tak dapat dituntut.
“Aku terduduk masa itu. Tapi aku belajar untuk bangun balik. Aku berurusan dengan parti B untuk dapatkan tender”, ujar Hamdan.
Jauh beza semasa dia bersama parti B. Harga tender yang tertinggi bukan lagi ukuran. Harga rendah dan kemampuan kontraktor jadi landasan.
Pernah Hamdan minta pegawai songkok putih, hantar terus borang tender pada bos, dia cakap macam ini :
“Maaf encik, saya tak nak potong rezeki orang, saya cuma boleh bagi borang”.
Dari situ Hamdan belajar semula macam mana nak menang tender tanpa guna kabel. Dia mula melupakan pengalaman dengan parti A.
“Aku menang satu tender buat jalan, tak pakai kabel. Projek kecil RM250,000”.
“Dulu aku buat projek RM2,500,000. Makan besar. Tapi kena bagi duit kopi dekat pegawai. Sekarang lain. Masa aku buat kerja dengan budak-budak, ada pegawai yang pantau dari mula sampai habis”.
Masa Hamdan dapat projek di Bangi, banyak bertangguh sebab pegawai nak tuntut duit lebih. Tapi sekarang berbeza. Pegawai sendiri turun buat kerja.
Nasihat untuk orang muda
“Kau masih muda. Kalau ada projek bagitahu aku. Aku ajar macam mana nak buat”, sambung Hamdan lagi.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Rezeki ada di mana-mana asalkan kita berusaha. Harga minyak naik, tarif elektrik naik, subsidi gula ditarik balik dan cukai macam-macam lagi.
Tingkatkan pendapatan, kurangkan bebelan. Saya mula fokus kembali kepada bidang bisnes selepas mendengar nasihat beliau. Jika anda hendak belajar mengambil tender dengan kerajaan, saya sarankan anda dapatkan panduan yang betul sebagai langkah permulaan.
Hamdan No telipo 0122068836
Pls call saya
Telefon untuk apa ya? 🙂
makan 5% untuk kerja atas angin..hu..hu..mana tak kaya..kalau dapat 10 syarikat lagi la kaya tanpa usaha keras..
Hero Borneo recently posted…Ilmu Pelaris Bisnes Yang Mujarab
Senang je hidup sebab makan komisyen 🙂
Bukan semua projek perlukan kabel dalam.
bagus artikel ni.
pemanis stevia recently posted…Pemanis Stevia
bila masuk bab politik.
memang tak best.
ohcikgu recently posted…Nak kerja dengan kerajaan ni WAJIB ada Kabel Besar ke?
sedih dgn realiti nie..banyak terjadi di mana2. seorang kenalan kami sampai diberhentikan kerja sebab tak mahu amalkan budaya suap menyuap. betapa ruginya mereka kehilangan staff yg amanah. tp tue la, nakkan untung dgn jalan begitu. hanya iman dan taqwa je yang mampu jauhkan kita semua daripada budaya sebegini. 🙁
Oja Samid recently posted…Kenapa Makeup Remover Penting Walaupun Tak Pakai Makeup
Realiti semasa yang ukar nak dibendung kan?
Noriza Rahman recently posted…Deodoran Semulajadi Untuk Hilangkan Bau Badan
He he..nak seribu daya..tak nak seribu dalih..yang penting bijak mengambil peluang..
Hafizul recently posted…Nak Antivirus Kaspersky Internet Security?