Ambilan Separa Perubatan U29 Terkini

Jun 21

Ambilan Separa Perubatan U29 terkini

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mengumumkan ambilan Separa Perubatan U29 Julai 2017. Individu yang berminat untuk memasuki Latihan Separa Perubatan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh SPA.

Ciri-ciri yang diperlukan untuk memasuki Latihan Separa Perubatan adalah seperti berikut :

  • Mempunyai ketrampilan yang baik
  • Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  • Mempunyai bakat kepimpinan
  • Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  • Mempunyai kelayakan/profesionalisme yang sesuai dengan jawatan

 

Untuk lepasan SPM, Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma yang ditawarkan ialah :

  • Juru X-Ray
  • Jurupulih Perubatan (Anggota)
  • Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  • Jururawat
  • Jururawat (PSL)
  • Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Penolong Pegawai Farmasi
  • Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Penolong Pegawai Perubatan

Kekosongan yang ditawarkan ialah 1,262 tempat.

 

Untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

  • Pembantu Pembedahan Pergigian
  • Pembantu Kesihatan Awam

Kekosongan yang ditawarkan ialah 173 tempat.

 

ambilan separa perubatan u29 terkini

 

Tarikh akhir untuk memohon ialah pada 9 Julai 2017, hari Ahad, jam 11.59 malam.

Anda boleh klik pada salah satu pautan di bawah untuk mengisi borang SPA8i :
https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

 

Selepas daftar nak buat apa?

Anda perlu menunggu SPA menapis permohonan anda. Kemudian, SPA akan mengeluarkan notis kepada calon-calon yang layak untuk membuat semakan menduduki peperiksaan online Separa Perubatan. Bagi mereka yang layak, slip peperiksaan akan dikirim menerusi emel. Dari situ anda akan tahu bilakah tarikh dan masa peperiksaan Separa Perubatan diadakan.

 

Soalan peperiksaan Separa Perubatan

Mengikut rekod peperiksaan Separa Perubatan yang lepas, ada satu seksyen soalan Pengetahuan Am sahaja yang ditanya. Anda perlu mengetahui sedikit sebanyak maklumat yang berkaitan dengan Separa Perubatan dan pecahan-pecahan program yang terdapat di dalamnya.

Selain itu, anda perlu tahu isu-isu seperti kesihatan, kesukanan, sains dan alam sekitar. Untuk memudahkan anda membuat persediaan peperiksaan, saya cadangkan anda dapatkan nota percuma Separa Perubatan.

Isikan nama dan emel anda pada borang di bawah. Selepas itu, anda perlu semak emel untuk membuat pengesahan sebelum nota percuma Separa Perubatan dihantar kepada anda. Pastikan anda sentiasa memeriksa emel untuk menerima berita dari kami dari masa ke semasa.

 

Borang Daftar Ebook Percuma

ambilan separa perubatan u29 terkini

Isikan nama dan emel anda untuk download ebook percuma Separa Perubatan.

468 ad

2 comments

  1. Dah keluar dah iklan ni…
    9 Julai tarikh tutupnya…
    Oklah tu… Seminggu selepas raya..
    Anuar recently posted…Pak Ya Homestay Seri Iskandar PerakMy Profile

  2. selamat berjaya semua calon
    raihanah recently posted…Rawat Osteoporosis Dalam 1 Bulan Selamat dan BerkesanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge