Kewangan

Ansuran Toyota Camry RM500 Sebulan

Ansuran Toyota Camry RM500 sebulan

Bila lihat rakan-rakan anda pakai kereta berjenama luar negara, mungkin ada sedikit rasa tercabar pada diri sendiri. Siapa yang tak nak pakai kereta macam mereka, tapi sayang kewangan anda amatlah terhad. Anda amat teringin untuk memandu kereta seperti mereka. Anda boleh belajar bagaimana nak memiliki kereta seperti keluaran Toyota dengan mempelajari kaedah ansuran Toyota Camry RM500 sebulan.

Untuk menjalankan kaedah ini anda perlu bersabar kerana ianya tidak akan dapat dicapai dalam masa yang sekejap. Anda perlu melakukannya untuk tempoh masa yang panjang. Disiplin anda untuk mencapai impian Toyota Camry mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Ia adalah satu strategi bijak untuk memilikinya dengan cara yang bijak.

 

ansuran-toyota-camry-rm500-sebulan
Hadkan pembayaran kereta anda sebanyak RM500 sebulan sahaja.

 

Cari kereta terpakai dahulu

Sebelum anda memiliki Toyota Camry dengan ansuran RM500 sebulan, cari dahulu kereta Toyota Vios yang terpakai dengan bajet RM15,000 hingga RM20,000. Buat pinjaman bank untuk diselesaikan dalam tempoh 3 tahun. Pastikan bayaran bulanannya dalam lingkungan RM500. Sebuah Toyota Vios yang baru boleh mencecah sehingga RM900 sebulan. Beza dengan yang terpakai, anda boleh simpan RM400.

RM400 disimpan dalam bank atau unit amanah selama 36 bulan akan membuahkan hasil RM14,400 tidak termasuk dividen. Selepas 3 tahun anda boleh jual kereta Toyota Vios anda. Nilai semasa mungkin tinggal RM7,000. Campur dengan simpanan RM14,400 boleh dapat RM21,400. Gunakan wang tersebut untuk membeli kereta yang bernilai RM35,000.

Bayaran pendahuluan gunakan wang anda RM21,400 dan RM15,000 yang dipinjam daripada bank. Pastikan bayaran bulanannya masih lagi dalam lingkungan RM500. Simpan RM400 setiap bulan seperti biasa. Ingat anda harus berdisiplin menjaga aliran tunai anda. Selepas 3 tahun berlalu, nilai kereta tersebut akan susut menjadi RM17,500.

 

Cari kereta yang bernilai tinggi

Jual kereta tadi dan tambah simpanan anda RM14,400 dan RM17,500 menjadi RM31,900. Kemudian cari lagi kereta yang bernilai RM46,900. Pinjam RM15,000 dari bank dan tambah dengan RM31,900. Buat bayaran bank dalam tempoh 3 tahun dan simpan RM400 setiap bulan seperti biasa. Jaga disiplin kewangan anda supaya matlamat anda tercapai.

Kemudian cari sebuah kereta yang bernilai RM70,400. Gunakan simpanan RM14,400 dan jualan kereta anda yang bernilai RM41,000. Jumlah sebanyak RM55,400 dicampur dengan pinjaman RM15,000 dari bank digunakan untuk membiayai kereta tersebut. Patuhi simpanan sebanyak RM400 sebulan untuk disimpan dalam masa 3 tahun.

 

Bayar pinjaman secara konsisten

Ulang strategi ini sehinggalah anda mampu membayar ansuran Toyota Camry RM500 sebulan. Jangan lupa untuk membayar komitmen bulanan pada bank supaya mereka akan memberikan peluang untuk anda membuat pinjaman kereta lagi. Berhutang itu bukanlah satu perkara yang baik, tapi jika anda bijak mengawalnya, pasti anda akan dapat memiliki kereta idaman anda.

Lebih baik anda memandu sebuah kereta terpakai supaya anda dapat menjimatkan perbelanjaan harian daripada terus membeli kereta baru yang mungkin akan membocorkan poket anda dengan lebih pantas. Apa pun pilihan kereta yang anda buat, pastikan ianya berada dalam tahap kemampuan anda. Wang anda adalah tanggung jawab anda.

 

Jika anda mahu menggunakan pembiayaan ASB untuk dijadikan modal untuk kumpul modal untuk beli kereta atau beli rumah, rujuk kepada panduan kumpul deposit dengan pembiayaan ASB sekarang juga.

15 thoughts on “Ansuran Toyota Camry RM500 Sebulan”

  1. agak mencabar cara ini tuan..apa kata buat bisnes yang ada potensi untuk jana pendapatan 10 ribu sebulan..dah ada income macam tu buat ansuran 5 ribu sebulan supaya cepat langsai..

    walaupun bisnes tu dah tak jalan kita dah ada kereta camry habis bayar
    mrhanafi recently posted…Puasa Peluang Untuk Jimat BelanjaMy Profile

    1. Tak perlu jual kereta yang ada, sebab jika nak jual semula kena ikut harga semasa. Jika kurang, kita kena tambah perbezaan harga kepada pihak bank.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.