Apa kaitan kempen pilihan raya dengan iklan
Menurut Hafiz Mansor, pengasas Cool Hijab mengulas tentang kempen pilihan raya yang terdapat di Malaysia. Sebelum pilihan raya dimulakan, kempen mula dijalankan menerusi poster, kain rentang, bunting dan bendera. Ia diibaratkan sebagai iklan. Tetapi apa kaitan kempen pilihan raya dengan iklan?

Iklan adalah pelaburan
Sesetengah masyarakat memandang ia sebagai satu bentuk pembaziran. Hanya kurang dari seminggu untuk pilihan raya, jika kalah tiada untung yang dapat. Bila tiba hari mengundi, lebih ramai ahli politik dan anak-anak buahnya mengibarkan bendera parti, pakai t-shirt dan berkonvoi untuk menarik undi.
Ini semua bukanlah satu pembaziran. Bagi orang bisnes, ia adalah pelaburan. Parti politik yang mengibarkan bendera mereka setiap hari berulang kali akan mempengaruhi pemikiran orang yang melihatnya. Lebih banyak bendera, lebih tinggi peluang untuk menang. Tiba hari mengundi pun masih ada orang yang mengibarkan bendera.
Bina jenama menerusi iklan
Jika anda sebagai orang politik berasa takut untuk berbelanja, malas berkempen dan malas jumpa pengundi, harapan untuk menang undi pasti akan gagal. Bagi orang bisnes, iklan anda perlu berjalan setiap masa sama ada di internet atau di luar dari internet.
Lebih kerap iklan disiarkan, lebih mudah jenama, servis atau produk anda tertanam di minda penonton. Untuk berjaya tidak boleh terlalu berkira. Usah buat iklan sekejap-sekejap kemudian mengharapkan jualan mencecah RM10,000 sehari.
Jika anda belum faham untuk menghasilkan iklan yang menjual, saya cadangkan anda belajar tentang ilmu bisnes terlebih dahulu. Usah bazirkan wang untuk buat iklan tanpa sebarang ilmu pengetahuan.
menarik info ni tuan
Raihanah recently posted…Suplemen Sesuai Untuk Pesakit Buah Pinggang
iklan yang hebat ialah iklan yang menyentuh hati para penonton atau para pendengar….
mrhanafi recently posted…Pahitnya Rasa Kalau Emosi Diabaikan
Iklan yang menyentuh jiwa, akan diingat sampai bila-bila.
tak ramai yang berjaya buat dengan baik iklan begini..
mrhanafi dot com recently posted…Kisah Sadis Etnik Uyghur Pertahankan Islam
Sedangkan company yang dah lama berbisnes pun sentiasa ada strategi dalam mengiklankan bisnes diorang..so.yang newbies lagi perlu bekerja keras untuk mendapat pulangan yang bagus
Noriza Rahman recently posted…Cara Mudah Nak Tukar Akaun Instagram Personal kepada Bisnes
Iklan kena buat berterusan baru nampak kesan nya
Mazni Azmi recently posted…Ibu ini elak kencing manis semasa mengandung. 12 Cara kawal gula. Lega!
Kena sentiasa bekerja keras untuk mengiklankan jenama kita supaya sentiasa diingati oleh pelanggan di luar sana.
azimah mohd zainuddin recently posted…Pisang Tanduk Goreng Sedap Di Seksyen 18, Shah Alam
Problemnya bukan apa, bajet kdg2 ciput, dan ditambah pula dgn reach iklan yg makin susut (dan dengar ada withholding tax plak lagi) — ini antara benda yg buat ramai patah hati dgn Fb Ads.
pentingnya iklan dlm mempromosikan produk.. iklan yg bagus memberikan pulangan lumayan
nikkhazami recently posted…Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone X
Jadi rugi, bila dah keluar modal banyak, tapi kalah pulak huhu
sabree hussin recently posted…Homestay Tangkak pilihan saya yang selesa dengan kadar sewa bawah RM200
kalau iklan yang hebat, orang akan ingat sampai bila bila
nikkhazami recently posted…Sinopsis Cik Reen Encik Ngokngek di Astro Ria