Bisnes

Apa Nak Buat Bila Bisnes Merudum

Apa nak buat bila bisnes merudum

Bisnes ada naik dan turun. Bila bisnes jatuh, kesabaran mula diuji, semangat mula rasa merudum. Rasa putus asa mula menjelma, rasa seperti orang lain sedang merendahkan bisnes yang dijalankan. Keputusan untuk terjun ke dunia bisnes mula dipersoalkan. Hir Effendy Md Tahir ada kongsikan pendapat beliau di status Facebooknya, apa nak buat bila bisnes merudum? Bagaimana nak hilangkan perasaan tersebut?

1. Ingat tujuan anda buat bisnes. Mengapa bila anda diuji, anda mahu tinggalkan hasrat murni anda?

2. Bercampur dengan golongan yang positif. Cari mereka yang boleh memberi semangat positif selain dari kumpulan bisnes anda. Perhatikan bagaimana mereka mengekalkan semangat untuk kekal dalam bisnes. Ia boleh membantu anda mengembalikan semangat yang pudar.

3. Bersilaturahim dengan mereka yang lebih muda. Banyak perkara yang anda boleh pelajari bermula dengan impian dan rancangan bisnes mereka.

4. Bertemu dengan mereka yang pernah gagal. Belajar dari mereka untuk bangkit semula dan berjaya dalam bisnes. Lihat bagaimana kejayaan mereka boleh meningkatkan semangat anda.

5. Laksanakan kemahiran anda. Jika anda mahir menjual, buat promosi dan hasilkan jualan. Lakukan berulang-ulang kali.

 

apa-nak-buat-bila-bisnes-merudum
Ikhtiarkan diri anda untuk kembali bersemangat seperti mula-mula berbisnes.

 

6. Perhatikan pencapaian anda. Apa perkara positif yang anda pernah buat?

7. Impikan kejayaan yang bakal tiba. Percayalah bahawa anda akan bangkit semula dan berjaya.

8. Ceriakan hidup anda. Senyumlah walau pun hati anda dilanda hujan dan taufan.

9. Baca dan fahami Al-Quran. Cari Al-Quran dan terjemahan. Selain mendapat kebaikan, anda harus dapat pelajaran dari Al-Quran.

10. Berdoalah pada Allah. Mengadulah pada Allah kerana Dialah sebaik-baik tempat mengadu.

11. Buat banyak perkara. Buat kerja yang boleh mengisi masa anda. Berusahalah sehingga anda melupakan rasa putus asa tersebut. Walau pun rasa tak bersemangat, rasa rendah diri dan rasa tak bermaya, penuhilah masa anda sehingga anda berjaya mengenepikan rasa seperti seorang yang gagal.

 

Seorang pemuda yang pernah ditipu lebih RM400,000 sehingga tinggal RM400 dalam poket masih boleh bangkit semula untuk menjalankan bisnes. Kini beliau mengasaskan komuniti yang dipanggil Like Method yang banyak berkongsi tentang Facebook Ads.

Pemenang bukannya tak pernah kalah, dia hanya tak pernah menyerah kata Dr Azizul Azli Ahmad.

 

Jika anda pernah rugi dalam bisnes dan mahu naik semula, sila rujuk laman di bawah :

–>> klik sini untuk belajar buat bisnes dari kosong <<–

8 thoughts on “Apa Nak Buat Bila Bisnes Merudum”

  1. Nice sharing. Bawa manfaat pada ramai orang. Bila diuji dengan kejatuhan perlu sentiasa ingat kita diuji bersebab. Jadi perlu sentiasa bersangka baik.
    Ira recently posted…omegaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.