Kehidupan

Artikel Blog Dan Trafik Terbaik 2015

Artikel blog dan trafik terbaik 2015

Bulan Disember sudah menjelang, pihak WordPress mula menghantar laporan untuk memberi gambaran artikel blog dan trafik terbaik 2015 untuk blogger yang menggunakan platform mereka. Sedikit sebanyak laporan tersebut menunjukkan beberapa artikel yang ditulis pada tahun 2014 masih berbisa.

 

 artikel blog dan trafik terbaik 2015

 

Selain itu, WordPress turut membuat analisis di mana sumber trafik yang banyak memberikan laluan kepada blog saya. Sebahagian besarnya datang dari laman sosial Facebook, blog Denai Hati dan Google Plus.

 

artikel blog dan trafik terbaik 2015

 

Laporan tersebut turut memaparkan pengunjung yang aktif berkomen di blog saya. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi berkunjung dan berkomen di blog saya.

 

Ashadee bakal ditutup tahun 2016

Platform tempatan yang banyak menghimpunkan produk-produk affiliate iaitu Ashadee bakal ditutup dan vendor yang mengiklankan produk mereka di sana perlu mencari alternatif lain untuk memasarkan produk.

Hal ini pastinya akan mengejutkan ramai vendor dan agen affiliate yang banyak membuat jualan dan menjana komisyen lumyan dengaan Ashadee. Walau pun Ashadee ditutup, ada banyak lagi platform affiliate yang boleh anda sertai, contohnya Klikjer, Vidmiil dan Tim Infokerjaya.

 

Siapakah Tim Infokerjaya?

Tim Infokerjaya telah diasaskan pada tahun 2013. Ia diterajui oleh 3 anak muda yang komited untuk membantu graduan bagi membuat persediaan menghadapi peperiksaan awam anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Di antara panduan yang disediakan berbentuk ebook seperti tajuk-tajuk di bawah :

 

Jika anda mempunyai pengetahuan asas tentang affiliate dan niche kerjaya, anda dialu-alukan untuk menyertai affiliate niche kerjaya bersama dengan Tim Infokerjaya.

6 thoughts on “Artikel Blog Dan Trafik Terbaik 2015”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.