Artikel tular dapat 27,000 pembaca sehari
Tahun 2014, saya mula menulis blog secara serius. Boleh dikatakan setiap 3 hari akan ada artikel baru. Bukan mudah nak cari pembaca dan trafik. Saya selalu jenguk blog Encik Titan untuk melombong idea. Dari situ dapat tempias untuk aktif menulis artikel tular dapat 27 ribu pembaca sehari.
Ada satu hari saya kongsikan pengalaman dapat dana untuk anak yang dilahirkan di Selangor. Saya tuliskan cara untuk membuat permohonan bagi setiap anak yang lahir di kawasan Selangor secara terperinci. Bila siap, saya letakkan di Fanpage untuk dikongsikan dengan sahabat sahabat di Facebook.
Trafik naik mencanak
Sehari kemudian, saya buka blog untuk melihat trafik. Agak menghairankan mengapa blog saya amat perlahan. Bila periksa hosting, memori sudah penuh kerana mendapat trafik yang tinggi. Hampir 27,000 orang pelawat mula membaca blog saya untuk hari tersebut.
Keesokan harinya, trafik menurun kepada 25,000. Walau bagaimana pun, setiap kali saya beralih ke halaman lain, amaran Internal Server Error mula keluar. Hosting yang saya gunakan adalah pakej standard, bukan untuk komersial seperti akhbar di internet.

Bagaimana untuk buat duit dengan trafik yang banyak?
Saya letakkan iklan banner. Dari situ pelawat yang berminat akan klik pada banner. Dari situ jumlah pembeli tidak ramai, tetapi ada jualan yang berjalan secara konsisten. Dapatlah pendapatan sampingan walau tidak sebesar mana.
Saya ada letakkan banner secara berganti ganti. Dari buat duit dengan pound sterling, sampailah buat duit dengan USD. Contoh produk adalah tips buat duit dengan USD.
Selepas artikel berkenaan mendapat 25,000 Share di Facebook, saya pun menukar link bagi menjimatkan hosting. Tak lama kemudian, pelawat mulai berkurangan dari 21,000 kepada 8,000 sehari.
Sehingga hari ini masih ada lagi pelawat, cuma tak banyak macam dulu. Syarikat hosting yang saya langgan dilanda masalah kewangan, hosting tak dapat diakses selama sebulan. Kena bayar yuran awal, kemudian baru dapat semula blog saya.
Kena cari trafik semula sebab blog dah hilang dari radar lebih 3 minggu…
saya suka trafik yang perlahan naik dan berkualiti..
naik konsisten tanpa penurunan mendadak..
mrhanafi recently posted…SGshop RM1000 FREE Shopping Credit Giveaway
Wow. Hebat tue. Saya masih lagi berjinak-jinak dalam dunia blogging walaupun telah lama.
Cik Norizam recently posted…Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna