Uber

Bagaimana Nak Memandu Dengan Uber?

Bagaimana nak memandu dengan Uber?

Melihat Uber sebagai sumber wang masa kini, ramai orang mahu menjadikan ia sebagai sumber pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Untuk memandu dengan Uber, anda hanya perlu berusia 21 tahun ke atas dan memiliki kereta keluaran tahun 2009 dan ke atas. Anda haruslah memiliki Mykad, lesen memandu penuh dan polisi insurans kereta.

Jika anda tiada kereta, boleh sewa atau guna kereta isteri atau suami, dengan syarat nama anda ditulis dalam polisi insurans. Jangan lupa untuk mendapatkan sebuah telefon pintar. Anda perlukannya untuk menggunakan aplikasi Uber Driver untuk memandu dengan Uber. Dengan aplikasi tersebut anda boleh lihat penumpang, bayaran tambang dan kawasan operasi Uber.

Untuk menjaga kualiti servis Uber, sistem penarafan bintang diperkenalkan. Dengan adanya sistem ini, Uber boleh memilih pemandu yang berkualiti dan menyisihkan pemandu yang bermasalah.

 

bagaimana nak memandu dengan uber
Pemberian tips bukanlah satu kewajipan, tetapi amat dihargai oleh pemandu Uber.

 

Bagaimana anda nak bermula?

Untuk memohon sebagai pemandu Uber, pergi ke laman rasmi Uber. Terus klik link di bawah untuk membuat pendaftaran :
[+] https://get.uber.com/drive/?invite_code=m6wmnf62ue

Isi maklumat yang diperlukan seperti maklumat peribadi dan lokasi bandar yang anda mahu pandu. Muat naik gambar Mykad, lesen memandu dan polisi insurans kereta anda. Anda dikira sebagai pekerja bebas yang memandu dengan Uber. Anda boleh memilih waktu untuk memandu sama ada siang atau malam, di mana-mana sahaja.

 

Apa manfaat memandu untuk Uber?

Anda mempunyai kebolehan untuk mendapatkan wang dengan masa yang anda pilih. Jika anda perlukan wang, anda boleh memandu dengan Uber. Bila anda penat, anda boleh berhenti sebentar dan berehat. Tidak ada kerja yang anda boleh samakan dengan Uber. Jika anda perlukan wang lagi, anda boleh sambung memandu semula.

Dalam aplikasi Uber Driver, anda ada pilihan untuk “online” jika mahu memandu dan “offline” jika mahu berehat atau cuti. Namun harus diingat, jika anda bercuti tiada wang yang akan masuk. Jadi memandulah semula dengan Uber untuk tambah pendapatan.

 

Berapa banyak wang anda dapat dengan Uber?

Sama anda secara sambilan atau sepenuh masa, anda boleh mendapat komisyen yang tinggi jika memandu di waktu puncak dan kawasan yang mendapat permintaan tinggi. Rujuk kepada kaedah dan strategi untuk menjana RM3,000 hingga ke RM7,000 dengan Uber.

Penumpang akan membayar kepada Uber menerusi kad kredit. Wang tersebut akan masuk ke akaun Uber dahulu. Kemudian Uber akan membuat bayaran komisyen seminggu sekali kepada pemandu Uber. Sebelum bayaran dibuat, penyata bayaran akan dihantar ke emel dahulu.

 

Cabaran sebagai pemandu Uber

Semua jenis kerja ada risiko. Tidak terkecuali pemandu Uber. Setiap hari mereka akan berdepan dengan orang asing dari pelbagai sudut. Kos minyak kereta, selenggara dan kebersihan perlu dipertimbangkan untuk meneruskan operasi. Selain itu, pemandu Uber perlu menjaga keselamatan penumpang lebih dari diri sendiri.

 

Adakah memandu dengan Uber dikira kerja sampingan terbaik?

Memandu dengan Uber bukanlah kerja sampingan yang terbaik. Setiap orang yang bekerja pasti akan bercerita tentang pahit manis semasa menjalankan kerja. Tidak semua kerja sampingan mudah untuk dijalankan. Namun dengan Uber, anda bebas memilih masa, hari dan bila anda mahu memandu. Bila anda memandu anda akan dapat wang. Bila cuti, tiadalah pendapatan.

Mulakan kerja anda sebagai pemandu Uber. Buat secara sampingan dahulu sebelum memandu secara sepenuh masa. Daftar terus di sini :
[+] https://get.uber.com/drive/?invite_code=m6wmnf62ue

6 thoughts on “Bagaimana Nak Memandu Dengan Uber?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.