Bajet sangkut lepas hari raya
Setahun hanya sekali hari raya aidilfitri diraikan. Bajet dibelanjakan dengan besar dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Tawaran jualan murah menumpaskan kesabaran kewangan yang anda pertahankan sekian lama. Kos untuk balik kampung harus dikeluarkan menyebabkan bajet sangkut lepas hari raya. Itu tidak termasuk kos memberi duit raya lagi.
Sakitnya selepas hari raya akan mula terasa apabila wang anda semakin berkurangan. Ada 3 perkara yang boleh anda lakukan untuk penambah baikan bajet selepas sambutan hari raya.

1. Sediakan kalendar bajet
Catat belanja yang bakal anda keluarkan seperti bil air, bil elektrik, bile telefon, sewa rumah, kereta dan motor. Ini akan membantu anda untuk melihat dengan lebih teliti mengenai kewangan anda. Dari sini anda boleh kawal perbelanjaan yang perlu dan yang tidak perlu.
2. Potong belanja harian
Belanja hiburan di luar rumah seperti menonton wayang akan memakan belanja lain seperti kereta, minyak, tol dan makan minum. Potong belanja internet jika sekadar digunakan untuk melayari Facebook atau Twitter atau sekadar komen di Facebook Celcom kerana liputan tak memuaskan. Jika biasanya pergi kerja dengan memandu kereta, pilih untuk bertukar kepada menaiki motorsikal.
3. Tambahkan pendapatan keluarga
Ada banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk menambah pendapatan keluarga. Satu cara yang paling mudah ialah menerusi perniagaan. Anda boleh memilih untuk berniaga secara offline atau berniaga secara online. Perkara yang paling penting sekali ialah pemilihan produk yang nak dijual dan pelanggan yang disasarkan.
Mulakan perniagaan yang berkos rendah. Ini penting bagi mengurangkan risiko kerugian semasa anda berniaga. Saya sarankan anda mulakan dengan perniagaan internet. Ia boleh dimulakan selepas anda pulang bekerja di waktu siang. Anda boleh belajar menjual barang di Facebook. Dari situ anda boleh sasarkan pelanggan yang tepat dengan cara yang betul.
Bulan Ramadan ada banyak tawaran ibadah dari Allah, namun diskaun hari raya, jualan penghabisan stok, jualan stok terhad dan jualan borong raya jauh lebih diutamakan sehingga bajet anda bocor. Hajat di hati nak membeli baju raya, apakan daya tawaran yang diberi telah melemahkan poket anda sehingga terpaksa mengikat perut selepas hari raya.
Buat bisnes online dalam USD
Jika anda mempunyai komputer, jadikan ia sebagai aset untuk mendapatkan wang secara sambilan. Rujuk artikel Buat Bisnes Online Dalam USD untuk maklumat lanjut.
Memang nak kena betul-betul plan baget tuk raya nih, kalau tak, mau menangis bila nak masuk kerja balik.
SuperNifz recently posted…Pentingnya Vitamin Semasa Berhari Raya!
Terseksa nak tunggu duit gaji masuk.
banyaknya kena potong, tapi itulah hakikat, beli apa yang perlu saja..
Junaidy Jaimi recently posted…3 Perkara yang perlu seorang affiliate ada untuk menjana pendapatan.
Beli yang perlu, itu pun ikut tahap mampu.
Alhamdulillah tahun ni kami raya bersederhana.
Tak beli baju raya baru pun..
Tak berbuka buffet or makan luar pun
Fokus pada amalan & jualan jek.. dan hasilnya sangat-sangat memberansangkan! Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Yeen recently posted…sukaNYA 10 amalan semasa haid bagi fit&stylo muslimah mencari lailatulqadar
Baju raya tahun ni, saya guna dari tahun lepas punya 🙂
sekarang nak fikir dan buat kerja untuk elakkan pokai selepas raya..
Hero Borneo recently posted…5 Tips Balik Kampung Sempena Hari Raya
Kena tengok mana-mana lubuk yang panas untuk dijual kepada pelanggan.
antara potong perbelanjaan tidak perlu dan menambah pendapatan keduanya ada pro dan kontra..
biasa la manusia mudah tertewa dengan nafsu berbelanja..
mrhanafi recently posted…Jom Mencari Jodoh Yang Sudi Bersama Ke Jannah
Potong bajet agak terseksa kalau tak ada sumber kewangan tambahan.
Dah bayar bil-bil sebelum balik raya. Hari ni dah start bekerja. Raya tak perlu lama-lama.Sebelum balik dah buat iklan selepas raya siap-siap untuk cover perbelanjaan semasa raya 🙂
rahimah recently posted…Pengalaman Bercuti Ke Amsterdam-Panik Bila Kapal Terbang Bergegar ! ( Part 1 )
Sama dengan saya, sebelum balik beraya dah bayar bil-bil bulanan.
Berbelanja dengan hikmah dan ikut kemampuan. Tapi kalau dapat tambah pendapatan lagi bagus…
myliferia recently posted…6 Tips Berhenti Merokok Secara Semulajadi Perokok Tegar
Betul, ada simpanan persediaan di saat sesak.
Allhamdullilah..Raya tahun ini takda masalah dah, nasib baik dah standby awal-awal…
Sani recently posted…Tips Balik Kampung Di Musim Perayaan
Betul, lepas bersedia awal maka tiada masalah yang melanda.
setakat ni, masih tak lepas dari bajet.
still jimat.
hehe..
titan recently posted…Komisen ke 50 dari Ashadee.com
Sama, selagi boleh bajet kita bajet untuk masa depan.
expenses memang tak boleh nak dipotong dah ni, tapi pendapatan yang kena dipertingkatkan lagi..
Noriza Rahman recently posted…Lenyapkan Ketagihan Merokok Dengan Mudah
Betul, tambah saluran pendapatan kita.
Belanja kenalah ukur baju dibadan sendiri
siti hazreen recently posted…Dari Bahau ke Subang Parade, Shah Alam dengan Komuter
Kena buat rancangan perbelanjaan.
Lepas Raya kalau tak bajet betul2 memang naya. Silap-silap kena guna duit raya anak hehe.
So pastikan kawal belanja semasa dan selepas raya.
lankapo recently posted…Cara Untuk Setup Facebook Messenger Bots
Habis duit raya anak jadi duit bapak hehehe.
beraya tak perlu boros Rasulullah behari raya sederhana je
Kena sediakan payung sebelum hujan..kalau bocor payung tu, seksala nak tunggu payung lain kan.hehe
Kadang-kadang bajet hari raya terpaksa digunakan untuk kenderaan sebab tiba-tiba kereta bermasalah sebelum balik kampung. Itu belum lagi orang balik kampung yang terlibat dengan kemalangan. Bukan setakat bajet duit raya melayang malah nyawa ahli keluarga pun boleh melayang jugak.. Berhati-hati berbelanja dan berhati-hati di jalanraya.
Ksjb recently posted…Grab di Hari Raya