Kehidupan

Bangkitlah Walau Pun Sakit

Bangkitlah walau pun sakit.

Dikatakan helang mampu hidup lama sehingga mencecah 70 tahun. Pada usia 40 tahun, cakar helang yang tajam tak dapat mencengkam dengan baik.

Paruhnya pula mula membengkok. Sayap helang tak dapat membantunya untuk terbang kerana bulunya mulai menebal.

Sang helang hanya ada 2 pilihan, mati atau melalui transformasi yang perit selama 150 hari. Helang akan mengasingkan diri di tempat yang tinggi dan berdiam di sarang bersama bekalan makanannya.

Helang akan menghantukkan paruhnya pada batu sehingga patah. Selepas paruh yang baru tumbuh, helang akan mencabut bulu ditubuhnya dan bulu yang baru akan tumbuh sebagai pengganti.

Angin kencang, kesejukan dan kelaparan akan menjadi ancaman kepada helang pada waktu ini.

Transformasi helang ini akan dapat memanjangkan hayat helang kira-kira 30 tahun lagi…

 

bangkitlah walau pun sakit
Helang mampu hidup sehingga usia 70 tahun selepas proses transformasi.

 

16 cara untuk tenangkan diri anda bila hidup semakin mencabar

1. Berjalan-jalan. Ia dapat membantu untuk melapangkan fikiran anda. Ia memberikan anda perspektif yang berbeza.

2. Manjakan diri. Luangkan masa sehari untuk buat perkara yang anda sukai.

3. Jadi seorang yang pemurah. Berikan sesuatu (sedekah) kepada orang yang anda tak kenali.

4. Minum di kedai kopi atau lepak di tempat yang sibuk. Lihat ragam manusia tanpa sebarang kata.

5. Didik diri sendiri. Selidik apa perkara yang sedang anda hadapi, contohnya depresi. Apa tanda-tanda dan apa kaedah untuk berdepan dengannya.

6. Bersedia dengan tugasan. Sebelum tidur atau awal pagi sediakan senarai kerja yang nak dibuat. Selesaikan satu demi satu.

7. Kekuatan diri. Senaraikan 30 kelebihan dalam diri anda.

8. Terus bergerak. Melangkahlah walau pun setapak demi setapak. Berdiri statik nasib takkan berubah.

9. Luangkan masa untuk hobi anda. Jika tiada hobi, carilah sesuatu untuk dijadikan hobi.

10. Keutamaan. Dahulukan perkara yang jadi keutamaan. Yang remeh-temeh itu dikurangkan.

11. Tidur yang cukup. Dapatkan waktu tidur yang cukup, dari 6 – 8 jam sehari.

12. Berhibur bagaikan kanak-kanak. Usah terlalu serius atau lurus macam pembaris. Kata Joker “why so serious?”

13. Menangis. Lepaskan emosi yang terpendam, masa mandi atau selepas solat tahajjud.

14. Suara dari dalam. Apa suara yang sering membisik dalam kepala anda? Lupakan suara-suara negatif yang kerap berbunyi.

15. Tulis pendapat anda. Luahkan secara berhemah tentang apa-apa topik pada blog atau laman sosial anda. Ia membantu fikiran anda berkembang.

16. Hidup adalah perjalanan. Anda akan jumpa jalan lurus, jalan bengkang-bengkok, jalan mendaki dan jalan menurun, bukan sekadar Jalan Masjid India sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.