Bangun Semula Selepas Lingkup

Jun 25

Bangun semula selepas lingkup

Bila baca kisah-kisah sahabat yang berniaga, ramai yang berjaya. Tapi sebelum berjaya ramai yang diuji dengan kesusahan, kerugian dan macam-macam lagi. Hebatnya mereka sebab boleh bangun semula selepas lingkup. Aku pun rasa termotivasi lepas baca kisah-kisah mereka. Cuma aku masih belum masuk dalam fasa berjaya, sekarang adalah fasa untuk bertahan.

Sebelum berniaga sepenuh masa, aku kerja makan gaji sebagai seorang pensyarah. Sebelum ini berniaga separuh masa, jual Pati Delima, jual produk affiliate, bisnes produk digital ebook dan video, dan macam-macam program bisnes internet. Masa bujang, aku sudah mula jual ebook niche kerjaya sendiri. Duit itulah aku guna untuk belanja kahwin dan beli motor Yamaha 135LC secara tunai. Susah kalau beli hutang.

 

bangun semula selepas lingkup

Usah biarkan kegagalan masa silam menghalang kejayaan hari ini.

 

Cita-cita bisnes sepenuh masa

Aku nak buat bisnes sepenuh masa. Jadi aku boleh kawal masa aku sendiri, lebihkan masa untuk keluarga. Balik kampung sesuka hati. Jadi macam-macam perkara aku belajar dan buat walau pun bukan semuanya menjadi. Aku tak takut risiko kegagalan. Aku sedia menghadapi kegagalan. Akhirnya aku dapat tahu guru-guru yang belajar di institut perguruan akan menamatkan pengajian tak lama lagi.

Aku mula cari bahan untuk menulis ebook temuduga penempatan untuk guru-guru. Sasaran aku, bila mereka habis belajar nanti, aku akan promosikan kepada mereka. Jadi mereka akan jadi pembeli aku. Meski pun ada tempoh 10 bulan lagi, aku sudah mulakan penulisan supaya tak jadi kelam kabut. Cuma sebagai seorang pensyarah, aku ada kekangan masa sebab kadang-kadang bawa kerja balik ke rumah.

 

Bersengkang mata setiap malam

Demi cita-cita, aku tidur lewat setiap hari. Kalau dikira cuma 2 jam sahaja aku tidur. Di tempat kerja memang mengantuk dan penat. Namun semangat aku jauh lebih kuat pada masa itu. Aku ada anak kecil masa itu, dan aku tak kisah untuk bangun malam buatkan susu dan tukarkan lampin. Aku tak nak susahkan isteri aku sebab dia sudah cukup penat mengandungkan anak, melahirkan dan menyusukan.

Aku buat semua perkara dari rekabentuk laman jualan, ecover untuk ebook dan maklumat ebook. Maklumat yang aku dapat perlu diteliti supaya tak berbeza dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Jawatan guru memang banyak perlukan maklumat dari situ. Memang lambat aku buat kerja sebab aku kena baca satu persatu. Aku tak rasa penat sebab itu memang minat aku.

 

10 bulan yang tiada hasil

Aku sudah mula menyiapkan surat perletakan jawatan. Aku nak buat bisnes sepenuh masa. Aku begitu yakin sebab data emel yang aku simpan dalam autoresponder amat responsif. Prospek aku dahagakan maklumat perguruan dengan harapan yang menggunung. Namun langit bukan selalu cerah, sesuatu yang buruk menimpa aku. Kejadian itu aku takkan lupa sampai bila-bila.

Komputer aku diceroboh oleh seseorang lalu memadamkan kesemua maklumat ebook yang aku usahakan dalam 10 bulan ini. Bukan itu sahaja, fail-fail lain pun dipadamkan juga. Maklumat bisnes yang aku beli pun sudah tiada. Aku buntu dan keliru. Tak lama lagi aku akan berhenti kerja, macam mana aku nak cari duit untuk keluargaku? Kalau barang tiada apa yang nak aku niagakan? Aku tersandar keletihan hingga mataku berair. Aku teringat usaha 10 bulan yang tak cukup tidur semata-mata untuk menulis.

Aku mencuba beberapa fungsi dalam aksesori komputer untuk mencari fail-fail yang sudah dipadam. Sayang sekali ianya tak berhasil. Aku sudah tiada wang simpanan. Banyak yang aku laburkan untuk mencapai sehingga tahap ini. Tak lama lagi nak pindah rumah, belanja pun aku tiada. Akhirnya aku tertidur dalam keletihan yang amat sangat.

Hal itu diketahui oleh sahabat aku. Sebelum ini, kami berpakat untuk menubuhkan sebuah syarikat bersama. Selama ini aku bekerjasama separuh masa. Kali ini sahabat aku tawarkan untuk aku bekerja sepenuh masa dalam syarikat sendiri. Aku bersetuju walau pun bayaran gaji yang ditawarkan itu tidak setinggi gaji semasa aku jadi pensyarah dulu.

 

Lupakan kisah lalu tapi jangan lupakan pengajarannya

Aku sentiasa ingat hal ini. Hal bagaimana aku jatuh. Aku tak kisah berapa banyak duit yang aku rugi, cuma aku kesal dalam tempoh 10 bulan itu aku tidak mendapat apa-apa hasil. Aku percaya aku boleh bangkit semula selepas lingkup. Aku boleh hilang pekerjaan, tetapi aku tak boleh hilang keyakinan diri sendiri. Aku boleh mulakan semula bisnes aku yang sudah lingkup itu.

Meski pun berlainan bidang dan berlainan cara, aku percaya aku boleh bangkit semula. Sebab orang boleh musnahkan bisnes aku, tapi mereka tak boleh musnahkan masa depan aku. Apa yang aku harus buat ialah berusaha tanpa henti, tanpa jemu dan tanpa menyerah kalah. Aku patut berterima kasih kepada mereka yang menikam aku dari belakang, sebab merekalah aku masih berada di sini.

17 comments

  1. Wahh, seronok baca kisah-kisah jatuh bangun seseoarang.

    Buatkan saya jadi lebih semangat.

    Sebab bagi saya, kita pasti akan gagal.

    Tapi apa yang lebih penting,
    apa yang kita belajar daripada kegagalan tersebut.

    #Kipidap!
    Adzrif Sidek recently posted…Tabiat Menyimpan Syiling EmasMy Profile

  2. lingkup tu biasa.

    tapi jangan mudah biasakan.
    titan recently posted…Jubah Lelaki Moden dari ELRAH ExclusiveMy Profile

  3. Hebat sungguh cerita ini..saya termotivasi pulak membacanya.
    mrhanafi recently posted…Telekung Reehans Pilihan MuslimahMy Profile

  4. Jatuh bangun tu adat lah. Tak rasa tak tau. Yang dah rasa aje yang tau macam mana susahnya. Kena ada mental dan fizikal yang betul-betul strong kalau nak bekerja sendiri. Keep it up !
    rahimah recently posted…9 Tempat Menarik Di Turki Yang Di Sukai Rakyat MalaysiaMy Profile

  5. Jatuh bangun dalam bisnes perkara yang biasa tetapi tak ramai yang bangun semula dan bangkit dengan jayanya
    Noriza Rahman recently posted…Apakah Punca Kaki Kejang Semasa Mengandung?My Profile

  6. kalau jatuh bgn semula tu la legend..kalau jatuh terus tido tu bukan sape2
    Belang Tarung recently posted…Bagaimana Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jerebu DitentukanMy Profile

  7. Fasa bertahan! Mungkin ini lah jugak fasa yang sedang saya harungi sekarang ni -_-
    sabree hussin recently posted…Jobdirumah: Review Program Latihan Bekerja Dari Rumah (Lengkap & Komprehensif)My Profile

  8. Tahniah tuan atas keputusan yang diambil dan keyakinan pada keputusan yang tuan buat.
    Saiful Bahari recently posted…Tips Temuduga Swasta dan Kerajaan; Cara Tinggalkan Tanggapan BaikMy Profile

  9. 1. Bisnes lingkup untuk orang kuat semangat boleh bangun semula.

    2. Bisnes lingkup orang tak ada semangat, cari kerja bermajikan la jawapnya.

    Tuan orang no 1. Syabas!
    Zaini recently posted…2 Teknologi Percuma yang Tidak Boleh DiabaikanMy Profile

  10. Terkesan dengan perkongsian tuan ini. Tuan seorang yang tabah dan bercita-cita murni. Semoga tuan terus sukses… aamiin. 🙂
    Khir Khalid recently posted…Inspirasi Pemenang Nippon Paint Young Designer AwardMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge