Hartanah

Bayar Kereta Guna Duit Rumah Sewa

Bayar kereta guna duit rumah sewa

Bagi anda yang berminat nak membeli kereta, tangguhkan dahulu hasrat anda. Bukan tidak bagus untuk membeli kereta, tetapi ada hasrat yang lebih murni iaitu rumah sewa. Kenapa dengan rumah sewa? Ia boleh bantu anda bayar kereta guna duit sewa rumah. Tapi bagaimana jika anda tiada rumah sendiri? Bagaimana nak buat rumah sewa?

Menurut idea dari Akademi Sublet, anda perlu sediakan duit sebanyak RM6,600. Cari sebuah rumah yang mempunyai 3 bilik untuk anda sewakan semula (sublet) dengan kadar RM700 sebulan. Berundinglah dengan pemilik rumah supaya dapat berikan deposit 1 bulan + 1 bulan + 1/2 bulan. Jumlah deposit adalah RM700 + RM700 + RM350 = RM1,750.

 

bayar-kereta-guna-duit-rumah-sewa
Beli kereta dan guna duit orang lain lebih baik kerana anda boleh guna duit anda untuk dilaburkan ke tempat lain.

 

Kos yang terlibat untuk persediaan rumah sewa

Setiap bilik anda tambah perabot seperti 2 buah almari, katil 2 tingkat dan 2 tilam. Anggaran kos yang terlibat ialah RM110 + RM150 + RM40 + RM40 = RM450 untuk sebuah bilik yang memuatkan 2 orang penyewa. Jadi jumlah untuk 3 buah bilik ialah RM450 x 3 = RM1,350.

Untuk perabot lain seperti mesin basuh, peti sejuk, sofa, meja makan dan televisyen anda letakkan bajet sekitar RM350 + RM350 + RM200 + RM200 + RM100 = RM1,200. Cari barang terpakai, jadi lebih jimat untuk sediakan semua ini. Jumlah keseluruhan untuk rumah sewa ini ialah RM1,750 + RM1,350 + RM1,200 = RM4,300.

Kemudian cari penyewa dan sewakan mengikut individu. Seorang caj RM200 sebulan. 6 orang x RM200 = RM1,200. Bayar kepada pemilik rumah RM700. Jadi anda ada lebihan RM500. Katakan anda minta deposit 1 + 1 + yuran perjanjian. Jumlah deposit dari semua penyewa ialah RM1,200 + RM1,200 + RM300 = RM 2,700. Kos barang rumah tolak jumlah deposit RM4,300 – RM2,700 = RM1,650.

Jika anda mahukan kereta seperti Honda Civic, anda perlukan sekurang-kurangnya RM1,300 sebulan sebagai ansuran bulanan. Jika aliran tunai bersih adalah RM400, maka untuk membayar sebuah Honda Civic, anda perlu wujudkan 4 buah rumah sewa lagi. Dapat RM1,600 sebulan dengan lebihan bayaran untuk kos minyak.

Untuk menghasilkan rumah sewa yang lain, anda tidak perlu sewa rumah terlebih dahulu. Cari penyewa seramai 24 orang dahulu. Kumpul deposit dari mereka dan tambah dengan modal anda, RM10,800 + RM6,660 = RM17,400. Sebelum itu pastikan anda ada jaringan dengan ejen-ejen hartanah dan pemilik-pemilik rumah yang bakal disewa.

Selepas duit deposit dikumpul, barulah anda cari rumah-rumah yang bakal disewakan dan buat persiapan untuk menerima penyewa-penyewa baru. Jumlah wang dengan deposit sekuriti ialah RM6,600 + RM4,800 = RM11,400. Modal ini akan dapat kembali pada bulan ke 5 atau ke 7 selepas penyewa masuk ke rumah tertakluk pada aliran tunai.

 

Masa untuk beli kereta idaman

Jika aliran tunai secara kasar dapat RM2,000 sebulan, RM11,400/RM2,000 = 5.7 bulan. Jika aliran tunai secara kasar ialah RM1,600 sebulan, RM11,400/RM1,600 = 7.1 bulan. Selepas bulan ke 5, duit sewa dari 4 buah rumah ini sedia digunakan untuk bayaran ansuran kereta anda.

Jika anda masih ragu-ragu, rujuk dari orang yang berpengalaman.

Jika anda ada perancangan yang lebih bijak, cari kereta yang lebih rendah dari Honda Civic atau di bawah RM100,000. Mungkin cari kereta yang berharga RM70,000. Lebihan dari ansuran RM1,300 boleh disimpan dalam pelaburan unit amanah atau buat belanja dapur.

 

Anda boleh gunakan kelebihan pembiayaan ASB untuk dijadikan modal bagi membeli kereta. Laburkan untuk masa yang panjang bagi mendapatkan deposit untuk memiliki kereta idaman anda.

12 thoughts on “Bayar Kereta Guna Duit Rumah Sewa”

  1. Sekarang mungkin masa yang baik untuk beli kereta 1500cc atau ke bawah. Sebab bajet 2019 umumkan kereta kategori ini dapat subsidi minyak yang dapat menjimatkan wang yang banyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.