Kewangan

Bayar Kereta Guna Pembiayaan ASB

Bayar kereta guna pembiayaan ASB

Ikhwan mahu membuat pembiayaan untuk kereta Isuzu D-Max yang menjadi idamannya. Beliau hanya boleh menyediakan RM1,062 untuk ansuran bulanan. Ikhwan menangguhkan hasrat untuk membeli kereta tersebut di tahun berikutnya. Beliau mahu bayar kereta guna pembiayaan ASB seperti yang dicadangkan oleh Syazwan.

Tahun pertama Ikhwan memohon pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak RM200,000. Ansuran bulanannya ialah RM1,062. Lepas mendapat dividen sebanyak RM14,500, beliau mengambil RM1,062 dari pendapatan ASB untuk menjelaskan ansuran kereta. Jumlah yang sama beliau keluarkan untuk membayar pembiayaan ASB.

 

Guna dividen untuk beli kereta baru

Cukai jalan perlu diperbaharui setiap tahun. Ikhwan ambil dividen ASB yang ada untuk bayaran cukai jalan tersebut. Dalam masa 9 tahun, beliau menjelaskan ansuran kereta dengan wang ASB sahaja. Sehinggalah kereta Isuzu D-Max susut nilai, Ikhwan mahu menukar kereta yang baru dan selesa untuk famili. Jadi Ikhwan pergi ke bank untuk menamatkan pembiayaan ASBnya.

Hasil dari penutupan pembiayaan ASB tersebut digunakan pula untuk membeli kereta Honda BR-V. Anda sudah nampak kelebihan pembiayaan ASB? Bukan sekadar kereta, anda boleh beli rumah dengannya.

 

Tukar kereta setiap 5 tahun

Jika anda mahu tukar kereta setiap 5 tahun, Harith Faisal ada kongsikan caranya. Menurut beliau, cara ini telah dipraktikkan oleh kebanyakan orang Cina di Malaysia. Mengapa mereka berbuat demikian? Ini adalah beberapa sebabnya :

  • Kos selenggara yang bertambah
  • Mahu kereta selesa
  • Faktor keselamatan
  • Bertukar saiz, kelajuan dan jenama

 

4 perkara ini akan memerlukan kos ansuran yang meningkat dan deposit untuk kereta yang baru. Kereta yang boleh dijadikan contoh ialah Perodua Viva RM35,000 tanpa deposit.

Beli kereta yang pertama dengan ansuran RM670 pada kadar faedah 3% selama 5 tahun. Susut nilai kereta tadi dianggarkan 10% setahun. Nilai akan jadi RM22,000 selepas 5 tahun. Kereta sudah mula meragam minta dibaiki. Jual dengan nilai tersebut atau kurang dari RM20,000. Jumlah tersebut anda dapat kerana tempoh pinjaman hanya 5 tahun sahaja.

Wang tunai RM20,000  digunakan untuk deposit kereta baru dan mohon jumlah pinjaman yang sama untuk kereta baru anda. Jumlah harga kereta baru anda ialah RM20,000 + RM35,000 = RM55,000. Kereta yang anda boleh beli ialah Proton Persona atau kereta yang lebih besar.

Ansuran bulanan anda sama tetapi kereta anda sekarang lebih tinggi harganya berbanding dahulu. Setiap kali anda buat langkah ini, standard pemilihan kereta turut meningkat. Bermula dengan Perodua Viva, Proton Persona, Honda City dan Toyota Camry.

Langkah ini boleh diulang setiap tahun. Anda boleh memiliki kereta baru 5 tahun sekali tanpa fikirkan masalah kereta. Walau bagaimana pun, ini adalah teori sahaja. Untuk dilaksanakan atau tidak, ikut kemampuan kewangan anda.

 

bayar kereta guna pembiayaan asb
Pembiayaan ASB boleh membantu anda membayar ansuran kenderaan dengan mudah.

 

ASB sebagai punca pendapatan

Jika anda mahukan ASB menjadi sumber pendapatan, anda harus belajar selok-belok pelaburan ASB. Ia bukanlah sekadar simpanan, tapi boleh jadi modal untuk pelaburan hartanah.

3 thoughts on “Bayar Kereta Guna Pembiayaan ASB”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.