Bayar PTPTN Dari 15 Tahun Kepada 6 Tahun

Dec 19

Bayar PTPTN dari 15 tahun kepada 6 tahun

Semasa belajar di IPTA, sebahagian besar pelajar membuat permohonan pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Bayaran semula pinjaman kepada pihak PTPTN akan mengambil masa yang lama sehingga berbelas tahun lamanya. Namun anda boleh bayar PTPTN dari 15 tahun kepada 6 tahun.

Lihat contoh pinjaman PTPTN berjumlah RM28,000. Anda perlu membayar semula dalam tempoh 15 tahun atau 180 bulan. Dengan ansuran RM189.90 sebulan, ia mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan. Tips ini adalah sebahagian dari perkongsian seorang anak muda yang berpengalaman dalam kewangan, Amir Syahir.

 

bayar-PTPTN-dari-15-tahun-kepada-6-tahun

Bayaran balik PTPTN adalah tanggung jawab anda yang meminjam.

 

Tips cepatkan bayaran PTPTN dengan pinjaman ASB

Jadi sebaik sahaja anda tamat belajar dan mendapat pekerjaan, terus buat pinjaman ASB Islamik berjumlah RM50,000. Pilih ansuran bulanan RM285 untuk tempoh 30 tahun dan kadar keuntungan bank sebanyak 5.2%. Selepas setahun anda dapat RM3,625 jika dividen 7.25%.

Jumlah RM3,625 gunakan untuk dibayar kepada PTPTN. Jika anda pilih bayar PTPTN sebulan RM200, setahun sudah RM2,400. RM3,625 tolak RM2,400 ada lagi RM1,225. Ulang kaedah ini sehingga 6 tahun. Selepas 6 tahun berlalu, baki PTPTN anda tinggal RM13,600.

Kemudian batalkan pinjaman ASB anda selepas dividen diperolehi pada bulan Januari tahun ke 6. Hasilnya dividen anda ialah RM3,625, pulangan prinsipal RM4,800 dan baki dividen RM1,225 x 7 tahun sebanyak RM8,575. Jumlah keseluruhannya ialah RM17,000.

Mengikut kaedah ini, pinjaman PTPTN anda boleh dilangsaikan dalam masa 4 hingga 5 tahun sahaja. Sekiranya anda mendapat kenaikan gaji dan bonus kerja, maka bayaran PTPTN anda tidak akan terabai. Jika anda bijak, maka gandingkan pinjaman ASB dengan hartanah.

 

CCRIS rosak tak boleh mohon pinjaman ASB

Jika laporan CCRIS anda tidak menunjukkan tanda-tanda yang positif akibat tidak membayar PTPTN, anda perlu berjumpa dengan pihak PTPTN dengan membawa laporan CCRIS di cawangan yang berhampiran. Berbincang dengan pihak PTPTN untuk melangsaikan jumlah pinjaman yang tertunggak.

Anda mempunyai pilihan untuk menggunakan wang dari Akaun 2 KWSP. Anda mungkin boleh membayar separuh dari jumlah keseluruhan yang tertunggak bergantung pada pandangan pegawai PTPTN yang mengendalikan hal tersebut.

PTPTN akan memberikan surat pengesahan bayaran semula menurut perjanjian yang terkini. Kini bayaran PTPTN anda sudah pun distrukturkan semula. Mengikut perjanjian terkini, CCRIS anda akan menjadi angka 0 semula.

Tunjukkan kepada pihak bank disertakan resit pembayaran. Kini anda sudah faham bagaimana nak bayar PTPTN dari 15 tahun kepada 6 tahun.

 

Dengan ASB, bukan sekadar PTPTN boleh diselesaikan dengan cepat, malah modal untuk mendapatkan deposit rumah juga boleh diperolehi. Rujuk cara kumpul deposit hartanah sekarang juga.

3 comments

  1. bagus tips ni
    Raihanah Ahmad recently posted…Minuman Isotonik Terbaik Pilihan AndaMy Profile

  2. ada ke case study sesiapa yang dah buat?menarik gak tu tipsnya

    • Ikhwan Fahmi /

      Ada, kebanyakannya dari ejen pembiayaan ASB tu sendiri, contohnya Amir Syahir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.