Bayar tambang tunai dengan Uber
Kini anda boleh bayar tambang tunai dengan Uber semasa menggunakan perkhidmatan Uber. Bayar tunai dengan Uber menjadi pilihan utama selain daripada kad kredit. Kini bayaran tunai mula diterima di bandar-bandar yang mempunyai servis Uber di Malaysia. Uber memperkenalkan bayaran tunai atas beberapa sebab.
1. Menghilangkan ketakutan penumpang baru. Tidak semua orang berasa selesa menyerahkan kad kredit kepada orang yang baru dikenali. Apatah lagi dalam urusan jual beli di internet. Kaedah bayaran tunai kepada Uber lebih fleksible untuk bergerak dengan lebih mudah.
2. Bukan semua orang ada kad kredit. Lebih ramai orang dapat menggunakan servis Uber termasuklah warga kota untuk mencuba pengalaman baru bersama Uber. Selain itu, ia boleh meningkatkan jumlah penumpang yang baru sehingga 45%.
3. Dapat lebih pendapatan. Bila penumpang bertambah, pendapatan Uber Driver akan turut meningkat. Secara tidak langsung lebih ramai orang akan memohon untuk menjadi Uber Driver. Rujuk artikel cara mendaftar sebagai Uber Driver.

Langkah pembayaran tunai Uber
1. Buka aplikasi Uber, pilih “pembayaran”
2. Pilih “tunai” sebagai pilihan bayaran
3. buat pengesahan lokasi dan pilih perjalanan anda
4. Bila tiba di tempat yang dituju, bayar tunai kepada pemandu Uber
5. Bayaran dibuat menurut kadar yang ditetapkan oleh Uber dengan jumlah yang genap
Anda perlukan akaun Uber yang sah untuk membuat tempahan dan bayaran tunai. Ini adalah pilihan bayaran yang terkini dan bukan semua orang dapat bayar secara tunai. Ia akan dapat digunakan oleh semua penumpang Uber secara berperingkat-peringkat.
Pastikan anda memiliki wang tunai yang cukup sebelum membuat tempahan dan memulakan perjalanan. Bayar mesti dibuat secara tunai keseluruhannya dan tidak boleh dijelaskan dengan kad kredit untuk sebahagian yang lain. Tambang tidak boleh dilaraskan bagi perjalanan tunai. Sekiranya anda memiliki kod promosi atau kredit dari Uber, aplikasi Uber akan menghitung jumlah tambang semasa anda tiba di destinasi.
betul tu..tak pernah lagi guna uber ni..biasa member yang tolong =)
Oh dah boleh gunakan tunai bila menggunakan perkhidmatan UBER ni ya, bagus juga atleast kalau hang memang takda kredit kad tu boleh bayar tunai terusss
Noriza Rahman recently posted…Cara Mudah Nak Tukar Akaun Instagram Personal kepada Bisnes
Kalau data habis, tak boleh akses internet, susah nak bayar tambang Uber.
Sebelum ni kan mesti bayar guna credit/debit kad dan uber ambil untung dengan potong 20% dari hasil driver uber. Kalau penumpang seluruh Malaysia dibenarkan bayar cash untuk naik uber nanti macam mana uber dapat untung? Driver uber memang untunglah dapat cash terus tanpa dipotong 20% untuk uber.
KJSD recently posted…Bagaimana peniaga berfikir?
Uber akan tetap potong. Komisyen Uber akan dipotong dari penumpang yang bayr kad kredit.