Beli 12 rumah dalam setahun
Sama ada ekonomi gawat atau dalam keadaan baik, rumah tetap menjadi pilihan untuk dijadikan aset. Harga rumah akan sentiasa meningkat walau pun mengambil masa yang lama. Bagaimana nak beli 12 buah rumah dalam setahun. Tidak mustahil untuk beli rumah dengan jumlah yang banyak dengan syarat anda memiliki modal ilmu dan wang.
Seperti yang disarankan oleh Ky Tee, anda perlu memiliki profil kewangan yang baik supaya mudah mendapatkan 90% pembiayaan dari RM400,000 hingga RM500,000 dengan modal sebanyak RM50,000 hingga RM60,000. Kemudian anda cari projek perumahan yang menawarkan rebet 20% hingga 30%.
Beli 6 buah rumah sekaligus
Kemudian anda perlu hantar permohonan untuk 6 projek hartanah yang masih dalam pembinaan kepada 6 bank yang berlainan. Jika anda mohon pada bank yang berbeza, surat tawaran akan diberikan dengan margin pembiayaan 90%. Pastikan anda terima rebet 20% selepas rumah siap contohnya RM500,000 x 20% dapat RM100,000 selepas rumah siap.
Jumlah tersebut boleh anda gunakan untuk bayar ansuran bulanan, contohnya rumah RM500,000 perlukan ansuran RM2,500 sebulan. Dengan RM100,000 anda boleh guna untuk bayaran 40 bulan atau 3 tahun 3 bulan.

Beli 6 buah rumah dengan rebet 30%
Selesai 6 buah rumah yang pertama, cari lagi 6 buah rumah yang seterusnya. Kali ini cari rumah yang menawarkan rebet sehingga 30%. Rekod CCRIS anda sudah ada pembiayaan 6 buah rumah, oleh itu pembiayaan kali ini akan dapat sebanyak 70% sahaja. Dengan rebet 30%, bayaran pendahuluan anda adalah 0. Kos yang anda keluarkan adalah minimum.
Membeli rumah dalam pembinaan perlukan bayaran faedah walau pun tidak tinggi. Selepas ianya siap dan disewakan, tetapi kadar sewa tidak dapat menampung ansuran bulanan RM2,500, masa inilah anda gunakan rebet RM100,000 tadi.
Jika ia disewakan pada kadar RM2,000 sebulan, tambah RM500 dari rebet. 6 buah rumah perlukan rebet RM6,000 sebulan yang boleh digunakan sehingga 8 tahun 3 bulan. Pelabur hartanah pula akan menjual rumah mereka selepas 3 hingga 5 tahun. Jika sebuah rumah boleh untung RM100,000 maka 12 buah rumah boleh dapat untung RM1,200,000.
Ini adalah cara yang berisiko tetapi anda boleh buat jika yakin. Risiko tetap ada bila rumah tak dapat disewakan atau dijual. Jika anda sudah bersedia, boleh mulakan dari sekarang. Jika tak mampu, beli rumah yang lebih rendah nilainya untuk mengurangkan risiko. Oleh itu, kurangkan risiko kerugian dengan mendapatkan panduan pengurusan kewangan dan hartanah sekarang juga.
Wah, patutlah pelabur hartanah sakan membeli rumah dengan banyak unit setahun. Begini caranya ye.
Noriza Abdul Rahman recently posted…Jangan Remehkan Penyakit Resdung, Ia Boleh Menjejaskan Pendengaran!
fuhh 12 unit dalam masa setahun..1 unit ni pun dah penat..hehe..tapi logik gak cara tu. yg penting, income source kena kuat..
JMR recently posted…9 Mei Pilihan Raya Umum Ke-14.Kenapa Rakyat Perlu #PulangMengundi ?
terbaik artikel ini boleh jadikan rujukan. tahniah tuan
Bila ada banyak duit senang bank nak luluskan pinjaman. Yang penting pandai kawal dan uruskan wang.
Tapi duit banyak tak kenal tuhan pun masalah juga.
Ibu Zaid recently posted…Tempat menarik di Selangor Waktu Malam & Siang? Wow, Cantiknya 20 Lokasi Ini!
Saya cukup bersyukur walaupun ada 1 rumah untuk berteduh.
Mama Hakim recently posted…Ubat Kencing Manis Terbaik? Sedapnya! Ini 11 Makanan Untuk Kawal Gula